Usaha tidak mengkhianati hasil. Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan buat finalis seorang ini.
Menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam episod 3 menerusi rancangan realiti Hero Dewi Remaja ini, namun rezeki berpihak kepadanya sekali lagi apabila Myra sebagai finalis yang berjaya diserap semula menerusi cabaran episod 6 ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Fokus Belajar Tapi Jangan Sampai Abaikan Kesihatan Mental” -Pesanan Dewi Adrina Buat Pelajar SPM
Selain itu, berjaya mencuri tumpuan juri juga membuatkan peserta berusia 24 tahun ini diangkat sebagai pemenang bagi cabaran Dark Tourism pada episod kali ini.
Berkata kepada Remaja, selain menitipkan kesyukuran, Myra juga tidak menyangka apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang finalis yang berjaya diserap masuk semula untuk meneruskan cabaran yang akan datang.
“Sejujurnya, saya tidak jangka kerana semasa juri komen saya, mereka ada mengatakan ada beberapa bahagian yang tidak okey seperti jalan cerita tidak sampai. Jadi saya pun menjadi keliru juga.
“Saya pun sudah reda kalau tidak diserapkan bermakna bukan rezeki saya, tetapi sewaktu mereka mengumumkan pemenang bagi cabaran episod ini, saya terdiam seketika. ‘Betul ke? Dahlah pernah tersingkir sebelum ini… selepas itu terus menang apabila diberi peluang…” katanya.
Dalam pada itu, anak kelahiran Kedah ini juga sempat menzahirkan penghargaan buat keluarga dan kenaalan rapatnya yang tidak pernah lekang mendoakan dan menyokong perjalanannya dalam program realiti popular ini.
“Ya, saya terkejut sangat. Buat keluarga saya, terima kasih kerana menyokong saya walaupun saya menjadi finalis pertama yang tersingkir, tetapi anda semua tetap beri kata-kata positif dan doa buat saya.
“Kepada rakan-rakan pula, terima kasih kerana selalu nasihatkan saya untuk terus bangkit dan buat fans saya juga, love you,” tuturnya lagi.
Sekadar informasi, selain Myra, Hero Jay Iskandar dan Dewi Arabella juga menjadi finalis yang berjaya diserap masuk semula dalam episod 6.
Saksikan Hero Dewi Remaja 2023, Jumaat, 10.00 malam di Astro Ria dan Strim di Astro GO dan teruskan mengundi finalis kegemaran anda di https://bit.ly/47L8Mbw bagi memilih Hero Favourite & Dewi Favourite serta undi pasangan kegemaran anda sebagai Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.