Bosan dengan keadaan pandemik yang menyerang dunia ketika ini dan menyebabkan korang terkurung di rumah? Pernah bermimpi duduk di planet Marikh?
Ini lah peluang korang…hiks
Baru-baru ini, NASA mahu mengupah individu yang sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Mars selama setahun.
Rata-rata kita mesti pernah terlintas berharap untuk berada di angkasa lepas kerana ingin melihat sendiri ciptaan dan kekuasaan Maha Pencipta. Tapi bukan senang untuk ke sana kerana tiada kelayakan yang mengizinkan. Nak ke angkasa lepas bukan boleh main suka-suka, ilmu kena cukup di dada barulah boleh digelar sebagai seorang angkasawan.
Kini Pentadbiran Aeronautif & Angkasa Kebangsaan ataupun NASA sedang merangka perancangan dan misi simulasi, yang disebut Crew Health and Performance Exploration Analog (CHAPEA).
Ia dirancang sebagai ujian bagi menghadapi cabaran, rintangan dan kesukaran ketika berada di planet Marikh. “Analogi ini sangat penting untuk mencari penyelesaian bagi memenuhi keperluan hidup yang kompleks di permukaan Marikh,” kata saintis teknologi makanan utama Grace Douglas dari Pusat Angkasa Johnson NASA di Houston.
Calling all Martians! @NASA is recruiting four crew members for a year-long mission that will simulate life on a distant world, living in “Mars Dune Alpha,” a 3D-printed habitat. Want to take part in research for the first human Mars mission?
Learn more! https://t.co/v3dL7qzRk9 pic.twitter.com/k5sviRXvtV
— NASA Mars (@NASAMars) August 6, 2021
Walaupun kedengaran seperti tidak logik ia terbuka kepada semua untuk menjadi angkasawan di planet Marikh, dan mereka mencari individu yang sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Mars selama setahun. Mereka yang lulus akan mendapat latihan mendalam mengenai bagaimana rasanya menjadi angkasawan yang ditempatkan di planet Marikh untuk misi jarak jauh.
NASA kini mahu mengupah individu yang sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Mars selama setahun.
Untuk misi ke bulan kali ini, program terbaru NASA iaitu CHAPEA merangkumi tiga misi analog, yang pertama dalam fasa pemilihan, kemudian misinya akan bermula pada musim gugur 2022 dan lanjutan daripada projek ini akan berlangsung pada tahun 2024 dan 2025.
Dalam simulasi yang dijalankan sepanjang tahun ini, empat anak kapal akan tinggal dan bekerja di Mars Dune Alpha. Ini kawasan habitat seluas 160 meter yang diasingkan di Johnson Space Center. Kawasan yang dirancang oleh firma seni bina BIG-Bjarke Ingels Group ini akan menempatkan kru untuk mereka menangani pelbagai tugas dan masalah.
Tapi malangnya tiada peluang untuk rakyat Malaysia kerana salah satu syarat untuk menjadi sukarelawan ini, NASA mengharuskan menjadi warganegara Amerika Syarikat. Mempunyai tubuh badan yang sihat serta bermotivasi tinggi, berusia 30 hingga 55 tahun dengan keinginan yang kuat untuk berjuang. Keperluan lain adalah tidak merokok, mahir berbahasa Inggeris, dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang relevan – termasuk ijazah sarjana atau setaraf, selain dua tahun pengalaman profesional – atau mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 jam penerbangan sebagai juruterbang.
Di Mars Dune Alpha, setiap anak kapal akan mendapat ruang mereka sendiri. Di tempat lain, susun atur merangkumi kawasan kerja, stesen tumbuh-tumbuhan, bilik perubatan, dapur, ruang kecergasan, dan ruang tamu bersama. Sistem pencahayaan, suhu dan bunyi semuanya boleh disesuaikan. Manakala kebanyakan perabot mampu dipindahkan bagi membantu kru menyesuaikan diri dengan keperluan mereka.
Kalau rasa korang memenuhi kriteria ini, boleh la mohon disini.
Sumber : NASA