Bukan semua individu dikurniakan bakat seni seperti melukis. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kebolehan melukis sudah tentu ini menjadikan satu kelebihan buat mereka.
Sekali pandang tidak menyangka itu adalah daripada gabungan makanan dan bukan terhasil daripada cat warna yang seperti biasa digunakan pelukis-pelukis lain.
Gadis berusia 25 tahun ini mengunakan waktu kuarantin ketika dunia dilanda musibah pandemik Covid-19 dengan mencuba sesuatu yang baru. Menjadikan bahan-bahan mudah dan ada di depan matanya untuk dijadikan medium utama dalam berkarya.
Memetik laporan Oddditycentral, pelukis wanita berusia 25 tahun itu mula bereksperimen dan menggunakan beberapa jenis makanan yang ada di depan mata dan mudah diperoleh seperti coklat, madu, jem dan jus delima sepanjang tempoh kuarantin baru-baru ini.
“Saya mulai memikirkan tentang apa yang dapat digunakan dan disukai semua orang, dan akhirnya saya merasakan makanan adalah sesuatu yang sangat sesuai memandangkan ia berdekatan dengan kita sepanjang masa.
“Ke mana sahaja saya melangkah, apa yang dilihat hanyalah makanan, jadi saya merasakan ia sangat sesuai dan perlu saya gunakan beberapa bahan daripada makanan yang boleh kita nikmati selepas melukis,” kongsinya.
Memang terbaik dan sangat kreatif! Kombinasi beberapa makanan itu ternyata menghasilkan lukisan yang umphh dan luar biasa!