Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai ‘Damok’ telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan meraih tempat kedua dalam acara kejuaraan FIM World Junior GP yang berlangsung di Autodromo Internacional do Algarve di Portugal.
Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila Damok dan pasukannya yang bertungkus-lumus memberikan saingan sengit untuk memenangi kejuaraan ini.
“Saya sangat gembira dengan perlumbaan saya hari ini dan saya harap saya dapat mengekalkan momentum ini sehingga pusingan terakhir FIM JuniorGP 2022.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Monlau Motul, SIC Racing, semua penaja saya, keluarga saya, dan isteri saya untuk sokongan yang tidak berkesudahan. Trofi ini untuk semua orang di Malaysia!” petik kenyataan rasmi Damok.
Ads
Tambah netizen lagi, inilah salah satu individu yang benar-benar layak digelarkan ‘Ikon Permotoran Tanah Air’, selepas Hafizh Shahrin yang telah bersara dari kejuaraan MotoGP pada tahun lalu
Perlumba berusia 20 tahun ini mewakili SIC Racing,mempamer tunggangan meyakinkan Ahad lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 29 minit 07.323 saat (s) dan dipisahkan 6.551s di belakang pemenang, Jose Rueda (29:00.772s) manakala Adrian Cruces melengkapkan pentas podium di tempat ketiga, 29:07.437s.
Penamat kedua diraihnya itu adalah yang ketiga selepas turut meraih kedudukan sama pada dua perlumbaan di Litar Catalunya, bulan lalu.
Ads
Damok kini mengumpul 97 mata untuk berada di tangga kedua keseluruhan ketika berbaki tiga lagi pusingan di Litar Misano, Aragon dan Ricardo Tormo.
Bagi pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin menyatakan beliau sangat gembira dengan prestasi Damok hujung minggu lalu kerana mendapat podium ke-3 musim ini dan meletakkan dirinya di tempat ke-2 dalam kedudukan kejuaraan.
Ads
Zulfahmi turut berharap semasa cuti musim panas nanti, Damok boleh melihat secara terperinci apa yang boleh beliau perbaiki untuk membuat langkah seterusnya.
Apa-apa pun tahniah dan selamat berjaya kami ucapkan kepada Damok. Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Negara jiran kita Indonesia kini menjadi tuan rumah bagi acara berprestij MotoGP 2022 yang berlangsung pada 18 Mac lalu. Sirkuit Mandalika di Lombok menjadi tempat pertarungan dimana penonton dapat menyaksikan aksi pelumba MotoGP terkenal seluruh dunia.
Namun apa yang menariknya tahun ini, selain daripada liputan perlawanan, kehadiran seorang pawang hujan di Grand Prix Indonesia menjadi tumpuan ramai dan menjadi tular di media sosial. Ramai yang berkongsi video pawang hujan itu berada di hentian pit dengan niat untuk menghentikan hujan.
Rara Isti Wulandari melakukan ritual itu agar cuaca di sekitar Sirkuit Mandalika tidak dibasahi hujan sewaktu perlawanan MotoGP berlangsung. Sebelum ini juga, Rara pernah menjadi pawang hujan bagi acara pembukaan Sukan Asia 2018. Wanita ini mengakui bahawa dia telah dipanggil untuk berkolaborasi dengan pasukan keselamatan di sirkuit itu.
Jom kita lihat aksi si pawang hujan ini di Sirkuit Mandalika, Lombok Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seperti yang hangat diperkatakan oleh warganet mengenai kes beberapa individu terpilih yang seakan-akan ‘imun’ daripada sekatan rentas negeri, tentunya semua orang tertanya-tanya apakah kumpulan individu ini bebas untuk ke mana-mana saja disebabkan oleh status, kuasa mahupun populariti yang mereka miliki?
Justeru, peluang sidang media khas bersama Datuk Seri Ismail Sabri pada sebelah petang tadi telah diambil oleh media untuk bertanyakan sekiranya ada pengecualian yang diberikan oleh pihak MKN mahupun pihak berkuasa sendiri hingga mengakibatkan stigma ‘double standard’?
Tentunya, kita sendiri enggan mendengar lagi perkhabaran mengenai individu terkenal mahupun individu kenamaan digolongkan sebagai ‘manusia kayangan’ yang bebas merentas negeri tanpa alasan munasabah.
Jelas beliau, kuasa menahan sesiapa yang merentas negeri terlepak kepada pihak polis di sekatan jalan raya.
“Saya percaya tiada pengecualian dari segi soal rentas negeri kecuali beberapa perkara seperti kematian, sakit kritikal nazak dan kerja. Tapi ini juga kena ada kebenaran polis sebelum mereka merentas negeri.
“Yang lain-lain, kuasa tetap pada pihak polis. Isi borang dan mohon kebenaran daripada polis.
“Tapi saya difahamkan, kadang kadang (kerana sukar mempercayai) kesahihan (alasan) itu membuatkan pihak polis tidak membenarkan (merentas negeri).
“Untuk hujung minggu saja, permohonan merentas negeri boleh mencecah hingga 40,000 setiap hari.”
“Kadangkala pihak polis kurang yakin dengan alasan yang diberikan.
“Bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, kuasa kita telah berikan kepada pihak polis sama ada untuk membenarkan atau tidak,” kata beliau.
Terdahulu, berbagai-bagai pihak telahpun ditahan atau dikompaun akibat merentas negeri. Begitupun, warganet berang apabila ada ‘individu kayangan’ yang bebas merentas tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat rakyat Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengumumkan bahawa syarikat telekomunikasi bakal menawarkan panggilan percuma sempena hari raya Aidilfitri.
Kemudahan yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini dapat dinikmati oleh semua pelanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi berikut:
• Celcom
• Digi
• Maxis
• REDtone
• TM Unifi
• TIME dotcom
• Tune Talk
• U Mobile
• Yoodo
• YES
Panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara ini boleh dibuat bermula pukul 10 malam pada 12 Mei 2021 (Rabut) hingga pukul 10 pagi pada 13 Mei 2021 (Khamis), iaitu hari pertama Aidilfitri.
[KENYATAAN MEDIA]
Syarikat telekomunikasi sedia kemudahan panggilan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri
YB Dato Saifuddin Abdullah
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Bagi pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan, korang boleh menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut.
Walaupun rakyat Malaysia tidak dapat melakukan aktiviti kunjung-mengunjung, namun diharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu mengeratkan lagi silaturahim sesama Islam.
Kami di Remaja juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ingat, jangan ada yang curi-curi pergi raya rumah sebelah ya. Hiks!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...