Ribuan ucapan takziah diterima oleh keluarga mendiang pemandu Formula 2 dari Perancis, Anthoine Hubert selepas maut dalam satu kemalangan tragik di litar Belgium terkenal, SPA.
Pemandu remaja berusia 22 tahun itu sedang berlumpa dalam pusingan kedua kelayakan Formula 2, hanya beberapa jam selepas pusingan kelayakan Formula 1 tamat, semalam.
Semuanya terjadi apabila satu demi satu jentera berlaga di atas trek. Bermula daripada jentera Anthoine sendiri yang tersasar pada kelajuan 273 kilometer/jam. Ia bertembung jentera Giuliano Alesi dan akhirnya melanggar Juan Manuel Correa, yang menyebabkan jentera Anthoine terbahagi dua.
Alesi dan Correa dilaporkan berada di hospital dan dalam keadaan stabil.
Mereka semua dijadualkan bertanding dalam perlumbaan akhir pada hari ini. Susulan kemalangan yang melanda, kesemua perlumbaan termasuklah Formula 1 dibatalkan sebagai tanda penghormatan kepada kehilangan Anthoine.
Ads
Juara dunia 5 kali, Lewis Hamilton mengucapkan takziah dengan berkata, “Berita yang mendukacitakan. Semoga tuhan merahmati Anthoine.”
Sementara itu, seorang lagi pemandu F1 iaitu Max Verstappen berkata dia amat terkejut dengan berita ini. “Teribble. Saya bersimpati kepada keluarga, rakan, pasukan dan semua yang menyayangi Anthoine.”
Ads
Lebih menyayat hati apabila ini merupakan musim pertama mendiang dalam perlumbaan Formula 2. Walaupun masih baru, dia telahpun menunjukkan perkembangan membanggakan selepas dia memenangi 2 pusingan di litar Monaco dan Perancis.
#RIP
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah ada ke yang mula merancang untuk bercuti tahun 2023?
Sejak virus pandemik COVID-19 menyerang bumi, antara industri yang sangat terkesan akibat pandemik ini ialah industri pelancongan.
Jadi satu syarikat penerbangan, keluarkan idea kreatif bagi mereka yang gian untuk duduk dalam kapal terbang.
Satu pakej menarik ditawarkan oleh China Airlines dan EVA Air kepada mereka yang “gian” nak melancong, iaitu dengan melakukan penerbangan palsu.
Pakej penerbangan palsu itu ditawarkan di Taipei dengan proses bermula daripada membeli tiket, memeriksa barang, duduk atas kapal terbang untuk tempoh dua jam bagaikan departure dan seterusnya arrival.
Mereka yang sudah membeli tiket akan melalui pos keselamatan dan imigresen bagi pemeriksaan bagasi. Kemudian, penumpang akan masuk ke dalam pesawat sambil disambut oleh pramugari, sama seperti penerbangan biasa.
Penumpang akan diarahkan ke tempat duduk mereka dan menikmati masa untuk berehat. Tetapi dalam penerbangan palsu ini tidak disediakan perkhidmatan makanan dan minuman sebaliknya, penumpang bebas mengambil gambar di pesawat seolah-olah sedang terbang.
Pesawat yang menyediakan perkhidmatan penerbangan palsu ini tetap berada di kawasan lapangan terbang selama dua jam.
Wakil Pengarah Bandara Taipei Songshan, Chih-ching Wang berkata, ramai tidak berpeluang melancong keluar negara. Justeru, perkhidmatan disediakan ini mampu memberi pengalaman berbeza sambil mempelajari lebih lanjut mengenai proses penerbangan.
Tertanya juga adakah ramai yang mengikuti penerbangan palsu ini? Sejak ia dijayakan bermula 4 Julai dan dijadualkan seterusnya pada 7 Julai di lapangan terbang Taiwan, sudah beribu orang telah ‘menempah tiket’.
Menarik juga idea ini kan? Bolehlah rawat kerinduan korang nak pergi travel musim-musim Covid-19 ni. Mungkin AirAsia boleh guna strategi ni.
Tapi ramai juga yang gian nak travel eh…hiks
Sumber: Daily Star
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedangkan pemandu yang memiliki kenderaan berharga puluhan ribu Ringgit pun akan menyayangi kenderaan mereka bagaikan menjaga anak sendiri, inikan pula jika seseorang itu memiliki kenderaan berharga ratusan ribu Ringgit.
Begitulah perumpamaan yang sesuai dengan situasi yang berlaku kepada penyanyi, Haqiem Rusli dan isterinya, Wan Anis Sofea.
Menerusi hantaran lewat malam di Instagram, Haqiem meluahkan rasa kecewanya terhadap sebuah stesen minyak yang terletak di Terengganu setelah pihak mereka enggan bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku
Dedah Haqiem, keretanya daripada jenis Mercedes telah mengalami kerosakan selepas mengisi minyak yang didakwa telah bercampur air di stesen itu.
“Saya dan isteri menegaskan bahawa pihak stesen minyak tidak memberi kerjasama untuk membayar kos membaik pulis kereta saya yang rosak akibat dibekalkan minyak yang bercampur air ketika mengisi minyak di stesen minyak di Bukit Besi, Terengganu.”
“Untuk makluman pada 17 Mac 2023, saya telah mengisi minyak petrol di stesen minyak. Kemudian, saya meneruskan perjalanan keluar dari stesen minyak tersebut tetapi lebih kurang 100 meter, kereta saya menunjukkan tanda amaran dan menyebabkan enjin kereta mati dan tidak dapat dihidupkan semula.
“Kemudia kereta saya terpaksa ditunda ke bengkel autorized Mercedes Benz paling berdekatan yang beralamat di Kuala Terengganu. Pada 19 Mac 2023, Pihak Asbenz Stern Sdn Bdn selaku authorized Mercedes Benz dealer telah memaklumkan kepada saya bahawa kerosakan yang berlaku ke atas kereta saya disebabkan oleh kerana dalam tangki minyak kereta terdapat air yang berlebihan daripada minyak. Pihak Asbenz memberitahu kos untuk membaik pulih kereta saya ini dianggarkan hampir RM50 ribu,” catat Haqiem.
Tambah Haqiem lagi, setakat hari ini sudah hampir sebuulan lebih pihak stesen minyak menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dengan berdiam diri dan gagal memberikan maklu balas biarpun sebelum ini, pihak stesen minyak pernah menghubungi Haqiem untuk meminta kebenaran memindah kereta Mercedes Benz milikny untuk dibaiki di bengkel yang dicadangkan oleh stesen minyak.
Namun kerana kenderaannya masih berada dalam tempoh waranti Mercedes Benz, maka Haqiem dan isteri menolak pelawaan untuk menunda keretanya untuk dipindahkan ke bengkel berlainan.
Ada Netizen Yang Musykil, Peminat Pertahankan
Tinjauan REMAJA di ruang komen mendapati ada segelintir netizen yang sedikit musykil dengan situasi yang dihadapi oleh Haqiem dan isterinya, Anis memandangkan tidak banyak kes sebegini pernah diadukan oleh pelanggan stesen minyak berkenaan sehingga tular.
“Kenapa sebiji kereta saja yang kena… kereta lain yang isi di stesen minyak yang sama ada berlaku tak?”
“Cam pelik lak kereta dia je yang kena. Rasanya mesti ramai yang complain kan kalau isi minyak dari tempat yang sama.”
“Yang pelik tu, awat tak ada orang lain senasib Haqiem ni? Ke ada?”
“Dah dah la kau banyak duit baiki kereta mahal kan, pergi je lah towing bawa dekat bengkel yang under waranti Mercedes. Tak payahlah kecoh-kecoh macam ni adeh. Bincang elok-elok, tak payahlah viral sana viral sini. Tak penat ke ayo..”
Begitupun, majoriti peminat Haqiem tampil mempertahankan keputusannya untuk melakukan pendedahan ini secara terbuka dengan menamakan stesen minyak berkenaan dalam kenyataan medianya.
“Banyak je yang kena. Cumanya kes mereka diwar-warkan sebab mereka kan artis.”
“Kenapa ramai sangat yang toxic eh dekat comment ni? Dah kereta dia mestilah dia nak minta ganti rugi.”
“Macam kereta ayah saya jadi kerosakan sama macam Haqiem ni. Kereta jadi semput. Bila dibawa ke bengkel, pomen tu kata minyak bercampur dengan air.”
Sabarlah ya Haqiem dan Anis, harapnya semua urusan membaiki kereta premium ini dipermudahkan.
FOTO: Instagram @haqiemrusli98_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kali terakhir Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah melakukan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur adalah pada bulan Mac 2019 sempena menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei.
Ini bermakna dua orang Perdana Menteri Malaysia terdahulu iaitu Tan Sri Muhyuddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri juga tidak berkesempatan untuk menerima kunjungan Baginda sepanjang pemerintahan mereka; lebih-lebih lagi disebabkan penangan pandemik Covid-19.
Lalu apabila Sultan Hassanal Bolkiah melakukan lawatan khas Baginda ke sini semalam untuk menemui Perdana Menteri baharu Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, tumpuan media tempatan terus terarah kepada kehadiran Baginda yang disertai oleh anakanda, Pangeran Muda Abdul Mateen Bolkiah.
Tambah mengujakan apabila Sultan Hassanal Bolkiah berkenan membuat kejutan memandu sendiri kereta jenama BMW Baginda untuk membawa Pangeran Mateen dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersamanya.
Perjalanan penuh kasual kedua-dua pemimpin itu dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang me Seri Perdana, Putrajaya itu diiringi pasukan keselamatan bermotosikal dan berkereta.
Malam tadi, Pangeran Mateen sempat berkongsi foto yang menampakkannya bersama Sultan Hassanal Bolkiah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Haa, agak-agak apa yang dibualkan oleh pemimpin berusia 75 tahun itu dengan pewaris Kesultanan Brunei terbabit?
Mungkin sekali ia berkaitan dengan idea dan usul aktiviti akan datang yang melibatkan Brunei dan Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!