Ribuan ucapan takziah diterima oleh keluarga mendiang pemandu Moto3 dari Switzerland, Jason Dupasquier selepas maut dalam satu kemalangan tragik di litar Mugello.
Pemandu remaja berusia 19 tahun itu sedang beraksi pada musim keduanya dalam Moto3 Grand Prix (GP), terjatuh selekoh ke-9 dan kemudian dilanggar oleh sekurang-kurangnya sebuah motosikal sebelum terseret di atas litar.
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh penganjur MotoGP dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad berkata pemergian Dupasquier amat dirasai.
“Kami sangat sedih untuk memberitahu kehilangan Jason Dupasquier.
“Bagi pihak seluruh keluarga MotoGP, kami mengucapkan takziah kepada pasukannya, keluarga dan orang tersayang.
“Anda akan dirindui Dupasquier.”
Only one person in our thoughts tonight
Ride in peace Jason, you will always be in our hearts ❤️#JA50N pic.twitter.com/WoImuRL8V8
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) May 30, 2021
Hospital Careggi di Florence yang merawat Dupasquier mengesahkan pelumba remaja itu mengalami kecederaan kepala dalam kemalangan di Mugello semalam.
Menurut kenyataan tersebut, petugas perubatan tiba di lokasi kemalangan untuk memberi rawatan segera sebelum dia digegaskan ke hospital.
“Walaupun pasukan perubatan litar berusaha keras untuk menyelamatkan pelumba Switzerland itu, pihak hospital kemudian memaklumkan bahawa Dupasquier mengalami kecederaan yang teruk,” menurut kenyataan itu lagi.
Pasukan Dupasquier, Pruestel GP menarik diri daripada perlumbaan hari ini dan tindakan sama diambil pelumba Moto2 Switzerland, Tom Luthi yang sepatutnya beraksi bersama pasukan SAG Racing. – AFP
#RIP
Tak Perlu Buat Permohonan, Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dilanjut Kepada Enam Bulan Secara Automatik
Berikutan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sampai 31 Mac oleh Perdana Menteri, ramai yang kehilangan pendapatan apabila diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji.
Jadi demi mengurangkan beban, kerajaan dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk memberikan lanjutan masa semua bayaran balik pinjaman PTPTN kepada enam bulan susulan daripada penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Hal ini juga telah diumumkan di laman rasmi twitter PTPTN @twitptptn
Sebelum ini, PTPTN telah bersetuju untuk menangguhkan semua bayaran balik pinjamannya selama tiga bulan.
Katanya, penangguhan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga 30 September ini, dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta peminjam yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.
Penangguhan ini juga dimaklumkan akan diberikan secra automatik tanpa permohonan. Selain peminjam dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaaan dan perundangan.
Langkah ini bukan sahaja dilakukan oleh negara ini, malah turut berlaku pada negara yang terjejas dengan penularan wabak berbahaya ini. Seperti di Itali, mereka menggantung semua pembayaran balik semua pinjaman perumahan.
Langkah yang diambil Itali ini bukanlah kali pertama diambil, kerana ketika krisis kewangan melanda, Itali turut mengambil tindakan yang sama.
Berikutan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sampai 31 Mac oleh Perdana Menteri, ramai yang kehilangan pendapatan apabila diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji.
So, diharap berita ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan korang, lagi-lagi yang bercuti tanpa gaji tu. Harap cepat lah wabar ini hilang…huhu
Mengintai Punya Pasal, Seorang Lelaki Maut Dipukul
Kerana mulut badan binasa.
Tapi berbeza pula dengan kes yang berlaku di Kampung Orang Asli Baru, Semenyih, Selangor. Kerana mata dia telah menemui ajal.
Menurut laporan daaripada BERNAMA, seorang lelaki warga Indonesia telah maut selepas dia dipercayai dipukul gara-gara disyaki mengintai di kampung tersebut.
Lelaki berkenaan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi semalam di Hospital Kajang selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala. Dia telah menerima rawatan dan berada di Hospital Kajang selama 12 hari.
ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh Ulas Tentang #DeleChallenge, PU Azman ‘Sekolahkan’ Dulu Netizen
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata lelaki tersebut telah ditangkap oleh penduduk kampung dan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Hasil bedah siasat mendapati punc kematian adalah disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala selain terdapat kecederaan dalaman. Buat masa ini pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 20 tahun di kampung tersebut bagi membantu siasatan.
Dia direman selama tujuh hari sheingga 29 Ogos ini bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
REMAJA berasa amat kesal akan kejadian seumpama ini boleh berlaku. Perbuatan mengintai bukan sahaja memalukan malah boleh merendahkan martabat dan maruah seseorang. Namun begitu jangalah bertindak menghukum dengan tindakan sendiri.
Apa jua kesalahan perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa. Jika perkara seumpama ini berlaku dalam kehidupan kamu seharian, elakkan daripada melakukan tindakan memukul dan menggunakan kekerasan. Hubungi pihak berkuasa dan serahkan segala siasatan kepada pihak berwajib.
Sumber: BERNAMA
[VIDEO] Selamba Spray Pewarna Merah Pada Beruk, Lucukah Bagi Kita?
Perbezaan antara manusia dan binatang adalah akal.
Jika manusia punya hati dan perasaan, sama juga dengan binatang tetapi manusia sahaja yang tidak mampu menterjemahkannya tentang perilaku binatang. Jika manusia mampu bezakan mana salah atau betul (walau sering kali buat silap) haiwan pula tidak mampu membezakan mana yang betul dan mana yang salah.
Tapi nampaknya setiap hari, semakin banyak perlakuan manusia menganiayai binatang dipertonjolkan. Semuanya berbentuk kekejaman yang membuatkan ramai berasa panas hati. Jika dua tiga hari lalu tular seorang lelaki menghempas kucing yang menumpang rehat di atas keretanya hingga patah riuk kucing berkenaan, hari ini terpapar pula satu rakaman video tindakan seorang lelaki yang bertindak menyembur pewarna merah kepada seekor beruk yang terkurung di dalam kandang kecil.
Hish, tak fahamlah sampai bila isu penganiayaan begini akan berakhir? Tiada belas ihsankah kita kepada makhluk Allah ini juga?.
Bertindak pantas dengan video yang tular, MyAct – Malaysia Animal Crime Transparency di page mereka “memburu” lelaki yang bertindak menyembur pewarna merah meminta agar pelakunya ditangkap.
Baca rayuan mereka mengenainya. Siapa ada maklumat boleh salurkan segera ya.
Video monyet diwarnakan kembali berlegar. Perlakuan menunjukkan ia berlaku dalam negara ini. Mewarnakan haiwan liar seperti beruk ini adalah jenayah. Ia mengubah sifat asal kejadian haiwan liar.
Kesalahan jenayah haiwan liar amat berat. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 memperuntukkan hukuman denda dan penjara.
Maklumat pelaku sila salurkan ke www.wasap.my/+601120901097
STOP ANIMAL CRIME!
Tonton rakaman video ini. Tak tahu mana hilang naluri dan belas kasihan manusia pada haiwan yang tak mampu melawan.