Tidak ada yang lebih istimewa dan indah buat pemain badminton negara, Nur Izzuddin Rumsani apabila mendedikasikan kejuaraan Terbuka Artik di Finland kepada isteri, Mawar Mutiara yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 27 pada Ahad.
Nur Izzudin yang berpasangan dengan Goh Sze Fei baru-baru ini memperagakan aksi bertenaga ketika menumpaskan gandingan nombor dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19 dalam aksi final yang mendebarkan.
“Syukur Alhamdulillah semua kejayaan ini datang daripada Dia (Allah). Kemenangan ini juga khas buat isteri saya yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27”
ARTIKEL BERKAITAN: Kekal Cemerlang! Sze Fei-Nur Izzuddin Kini Muncul Juara Terbuka Artik
Kejayaan berstatus Super 500 di Energia Areena, Vantaa itu adalah ketiga buat Nur Izzudin-Sze Fei yang turut cemerlang menjuarai Terbuka China (Super 1000) bulan lalu dan Terbuka Jepun (Super 750) pada Ogos lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu turut menyifatkan kejayaan yang diraih tersebut bukan mudah, tetapi perlu melalui saingan sukar dan sengit daripada lawan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Badminton Beregu Negara, Nur Izzuddin Kini Bergelar Bapa. Tahniah!
Katanya, “ia bermula di peringkat suku akhir sehingga ke final.”
Susulan itu, menerusi kejayaan tersebut membolehkan pasangan nombor lapan dunia itu membawa pulang wang berjumlah AS$33,180 (RM142,442).
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.