Pemain Baharu JDT, Jodi Amat Rupa-Rupaya Berdarah Diraja Indonesia

Share

Siapa sangka rupa-rupanya pemain baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat sebenarnya merupakan keturunan diraja. Perkara ini disahkan sendiri oleh Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara Indonesia apabila mengurniakan tonggak pertahanan tengah itu gelaran Pengeran yang kebiasaannya diberikan kepada keturunan Raja Indonesia.

Instagram: @jordiamat5

Tonggak termahal Liga Malaysia ini disahkan sebagai generasi ketiga keturunan Raja M D Kansil yang juga pemerintah kerajaan Riau di Sulawesi Utara.

“Dengan ini menyampaikan dasar perhatian dan penghargaan terhadap Trah Keluarga Besar Raja & Sultan Nusatara Indonesia dalam hal ini perkumpulan Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara menyambut dengan penghormatan kepada YM Pangeran Jordi Amat Maas, generasi ketiga dari Raja M D Kansil, kerajaan Riau, Sulawesi Utara,”

Jodi turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mengiktiraf statusnya itu dan menjelaskan ini adalah satu penghormatan baginya dan juga keluarga.

Instagram: @jordiamat5

Untuk info, Jodi merupakan bekas pemain Real Betis dan Swansea City dan baru sahaja menyertai kelab JDT pada minggu lalu. Pemain berdarah kacukan Indonesia-Sepanyol itu menyarung jersi nombor 55 bersama JDT dan dijangka kemunculannya bakal memantapkan lagi benteng pertahanan kelab bola sepak itu.

Instagram: @jordiamat5

Fuh, bukan biasa-biasa nampaknya pemain baharu JDT ni! Apa-apa pun selamat maju jaya diucapkan buat Jodi dan semoga pemain ini dapat membantu kelab JDT untuk melangkah maju lagi ke hadapan.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman