Pemain bola sepak Piala Presiden Selangor, Muhammad Husni bin Idrus, telah meninggal dunia setelah rebah di sebuah restoran di Petaling Jaya malam tadi.
Berita pemergian remaja berusia 21 tahun itu telah disampaikan oleh pihak Selangor FC menerusi platform Facebook mereka.
Memetik kenyataan yang ditulis pada siaran tersebut, “Dengan penuh dukacita kami memaklumkan pemergian Muhammad Husni Bin Idrus, pemain Skuad Piala Presiden Selangor FC 2022 yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi (25 Mei 2022).
“Kami dari Selangor FC mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan bersama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
“Kami juga memohon agar semua pihak dapat bersama menjaga adab dan privasi keluarga Allahyarham dalam kita berkongsikan berita ini bagi menghormati keluarganya.”
Setakat jam ini, punca kematian allahyarham masih belum diketahui.
Menurut laporan, Allahyarham sebelum itu turun beraksi menentang pasukan JDT pada sebelah petang yang mana menyaksikan pasukan Selangor tewas 0-3.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.