Gejala kanser di kalangan masyarakat sememangnya tidak mengenali faktor usia, latar belakang, status dan betapa aktifnya gaya hidup seseorang itu.
Pemain tengah Harimau Malaya dan juga Kapten Pasukan Selangor FC, Brendan Gan mengesahkan dirinya menghidap kanser testis dan bakal direhatkan buat sementara waktu bagi Liga Malaysia (Liga M) musim ini, lapor Kosmo! Online.
Lelaki berdarah kacukan Malaysia-Australia itu berkongsi menerusi laman Instagram yang beliau sudah melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut dan sedang menjalani proses pemulihan.
“Hidup saya sentiasa positif walaupun ada ketika agak kecewa dengan kritikan negatif tetapi saya sering menjadikan perkara tersebut sebagai motivasi untuk menguatkan karakter diri sendiri.
“Kini, saya berdepan ujian sekali lagi apabila disahkan mengalami kanser testis dan saya sudahpun melakukan pembedahan. Sekarang adalah fasa untuk saya menjalani proses pemulihan,” tulis pemain berusia 33 tahun itu.
Malah, pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia itu turut bersyukur dikelilingi individu yang memberikan sokongan seperti ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan komuniti bola sepak tempatan.
“Kanser tidak akan mematahkan semangat saya sebaliknya akan lebih bermotivasi dalam usaha kembali ke padang bola sepak memimpin pasukan Selangor secepat mungkin,” ujarnya.
Kanser alat sulit atau Testis boleh menyerang lelaki semuda 15 hingga 34 tahun. 90 peratus pesakit kanser ini boleh disembuhkan sekiranya dapat dikesan daripada awal. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri di rumah dengan mengesan sebarang benjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran alat sulit.
Jika ada tanda-tanda macam tu, cepat-cepat jumpa doktor ok?
Antara faktor risiko tersebut adalah seperti berikut:
Sekiranya ia berlaku kepada korang, mungkin akan muncul beberapa simptom terhadap individu termasuklah:
Seandainya ia telah merebak ke bahagian tubuh badan yang lain pula, mungkin ini perkara yang akan berlaku:
Sebelum ini, ketiadaan Brendan mengundang persoalan peminat bola sepak tempatan kerana tidak beraksi ketika skuad Gergasi Merah bertemu Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi Liga Super minggu lalu.
Lebih menjadi tanda tanya apabila kesebelasan utama pasukan Selangor memegang jersi No.88 milik Brendan ketika sesi bergambar sebelum perlawanan.
Ok guys, selepas ni harap korang lebih peka ya?
Sumber : Kosmo! Online, Instagram Brendan Gan, Hello Doctor