
Bintang Johor Darul Takzim (JDT), Liridon Krasniqi akhirnya secara rasmi telah pun diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah rasmi menjadi warganegara Malaysia.
Di akaun media sosial rasmi FAM, Stuart Ramalingam telah mengumumkan bahawa pemain kelahiran Kosovo itu telah menerima kad pengenalan (MyKad) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.
Penerimaan MyKad ini telah menjadikan Liridon seorang warganegara Malaysia yang layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan selaku pemain naturalisasi.
FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.
Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti akan dapat memperkasakan lagi pasukan negara kita dalam menempatkan sukan bola sepak ke peringkat lebih tinggi.
GEMPAR! Najib Jawap Semua Tuduhan Terhadapnya & Keluarga, Akui Beg Tangan Mewah Hadiah Kahwin Anak, Tiada Kaitan IMDB

Isi Kandungan
ToggleSelepas 40 hari Pakatan Harapan membentuk Malaysia Baru, ternyata semalam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama kalinya “membuka mulut” kebenaran cerita tentang isu barang kemas, beg tangan mewah serta tuduhan dikatakan bakal meninggalkan negara kerana dakwaan terlibat dengan skandal rasuah IMDB serta pelbagai isu lain dalam satu temu bual bersama Reuters di Langkawi.
Ternyata isu ini mendapat perhatian ramai khususnya dari rakyat Malaysia yang ingin tahu “kebenaran” di sebalik semua cerita barangan rampasan yang dianggap terlalu banyak dan nilai yang bukan sedikit. Malah DS Najib turut memberi penjelasan isu rampasan wang tunai lebih RM100 juta di kondomonium mewah di ibu kota selepas beberapa hari turun dari pimpinan kerajaan. Beliau turut menyentuh isu cincin berlian merah jambu yang harganya dikatakan berpuluh juta milik isterinya yang viral di media sosial dalam temubual itu.

Baca temubual ini sepenuhnya.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak sepatutnya dipersalahkan atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Malah beliau juga mendakwa tidak tahu mengenai wang berbilion dolar yang berada di dalam akaun peribadinya. Namun, beliau mempunyai penjelasan mengenai jumlah wang tunai, beg tangan mewah dan barang kemas yang dirampas dari kediamannya oleh pihak berkuasa.
Bercakap kepada Reuters dalam temu bual pertama beliau sejak kekalahan mengejut dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, Najib berkata, penasihatnya dan pihak pengurusan 1MDB, secara tidak sengaja melibatkan dirinya terhadap dakwaan menggelapkan dana tersebut.
Perdana Menteri yang baharu Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa lalu, memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa mempunyai kes yang hampir sempurna terhadap Najib atas tuduhan penggelapan, penyelewengan dan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.
Najib, dalam beberapa komen terdahulunya mengenai skandal 1MDB berkata, beliau tidak tahu jika ratusan juta dolar yang berada di dalam akaunnya adalah berpunca dari sumber 1MDB hingga terjerat ke perolehan aset secara global seperti kapal layar, lukisan, permata dan hartanah.
“Saya tidak terlibat dengan tuduhan kapal layar, lukisan … Saya tidak pernah melihat lukisan itu.
“Saya tidak sedar pembelian tersebut. Ini dilakukan tanpa pengetahuan saya. Saya tidak akan membenarkan dana 1MDB digunakan untuk perkara seperti ini. Saya sudah lama berkhidmat dalam kerajaan, saya tahu apa yang betul dan apa yang salah,” katanya ketika bercuti di Langkawi baru-baru ini.
Najib juga menyalahkan Lembaga Pengurusan 1MDB kerana mereka tidak memaklumkan kepadanya jika berlaku salah laku dalam pengurusan syarikat tersebut.


Hadiah perkahwinan
Kumpulan penyiasat percaya, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor mengumpulkan banyak kekayaan dan harta dengan menggunakan dana dari kerajaan.
Hampir 300 kotak beg berjenama dan puluhan beg lain yang dipenuhi dengan wang tunai dan barang kemas antara barangan dirampas oleh polis dalam serbuan di beberapa kediaman bekas perdana menteri itu termasuk beg berjenama Hermes Birkin masing-masing mencecah nilai ratusan ribu dolar.
Najib berkata, rampasan itu menimbulkan persepsi negatif tetapi kebanyakkannya adalah hadiah diberikan untuk isteri dan anak perempuannya dan tiada kaitan dengan 1MDB.
“Ya, ini adalah hadiah, terutamanya kepada anak perempuan saya, kebanyakannya adalah hadiah ketika perkahwinannya .
Najib berkata, menantunya Daniyar Nazarbayev, yang merupakan anak saudara Presiden Kazakstan Nursultan Nazarbayev, juga memberikan banyak hadiah kepada Rosmah.
“Orang mungkin sukar difahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin dari sumbernya sendiri, jadi ia tiada kaitan dengan 1MDB,” katanya.
Beliau juga berkata, RM114 juta yang ditemui di rumah adalah dana parti milik Umno di mana beliau menjadi Presiden sehingga beliau meletak jawatan selepas kekalahan BN pada PRU14 lalu.

Permata merah jambu
Pendakwa Amerika Syarikat mendakwa, lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB terlibat dalam urus niaga yang kompleks.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini telah menuntut tindakan undang-undang melibatkan aset kira-kira AS$1.7 bilion yang dipercayai dicuri dari 1MDB.
Beberapa aset lain yang masih dicari termasuk lukisan Picasso, hartanah mewah di California Selatan dan New York, saham dalam syarikat pengeluaran perfileman Hollywood, kapal layar AS$265 juta, lebih daripada AS$200 juta barang kemas termasuk 22 karat berlian merah jambu dan kalung.
Najib berkata, set barang kemas itu adalah hadiah untuk isterinya tetapi beliau tidak pernah menerimanya.
“Dan sehingga hari ini saya tidak tahu … dia mengatakan item itu tidak berada dalam simpanannya,” katanya.
Dalam temu bual itu, Najib buat kali pertama juga bercakap tentang ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Penyiasat Amerika dan Malaysia menganggap Jho Low yang paling mendapat manfaat daripada dana 1MDB.
Najib juga merasakan hubungan Jho Low negara di Timur Tengah terutama Arab Saudi boleh membantu menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.
Namun, beliau berkata, beliau tidak pernah mengarahkan Jho Low untuk terlibat dalam 1MDB dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang dilakukannya.
“Saya tidak memberikan arahan kepadanya, tetapi dia secara sukarela melakukan perkara-perkara tertentu, yang menurutnya dapat membantu 1MDB. Tetapi setiap tindakkannya adalah tanggungjawab pengurusan dan lembaga,” katanya.

Hubungan Arab Saudi
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam 1MDB. Beliau berkata, AS$681 juta dipindahkan ke akaun bank peribadinya adalah derma dari Arab Saudi dan bukan dari dana 1MDB.
Najib berkata, beliau diberi jaminan dari Allahyarham Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud bahawa Arab Saudi akan menghantar sumbangan.
“Apa yang saya tahu, saya menerima wang itu dari Raja Abdullah,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak mengetahui apa-apa urus niaga yang melibatkan akaun peribadinya, kerana beliau telah melantik Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil untuk menguruskannya.
SPRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Nik Faisal namun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Tidak akan lari
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau bertekad untuk tinggal di Malaysia dan berjuang mengekang segala tuduhan itu walaupun berhadapan akan dipenjarakan.
“Tidak, saya tidak pernah bercadang untuk lari kerana jika saya berbuat demikian saya ada dianggap bersalah.
“Saya tidak boleh menjadi buruan untuk sepanjang hayat. Saya mahu membersihkan nama saya dan keluarga,” katanya.
Asalnya Pelajar Tercicir Universiti, Pengasas Permainan Sudoku Meninggal Dunia

Terdapat pelbagai bentuk permainan yang boleh menajamkan minda kita. Salah satu permainan paling popular adalah Sudoku.
Permainan yang beradal dari Jepun ini berasaskan logik dan bergantung pada memori jangka pendek. Bagi yang tidak pernah bermain, ia menggunakan kotak 9×9 di mana beberapa nombor petunjuk sudah tertera bagi membantu pemain.
Semua ini tercipta hasil kebijaksanaan sang pengasasnya iaitu lelaki Jepun bernama Maki Kaji.
Malang sekali, Maki Kaji dikhabarkan baru saja meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat kanser hempedu.
Memetik laporan The Guardian, Maki Kaji yang terkenal dengan gelaran Godfather of Sudoku dilaporkan berhenti daripada menjalankan tugas sebagai presiden syarikat Nikoli Co. Ltd pada Julai lalu selepas keadaan kesihatannya semakin merudum.
Untuk pengetahuan, mendiang Maki yang pada asalnya merupakan pelajar yang tercicir daripada universiti memulakan kariernya di sebuah syarikat percetakan di Jepun sebelum mengorak satu langkah ke hadapan dengan mengasas sebuah majalah berbentuk puzzle.
Mengambil asas permainan puzzle sedia ada, Maki mendapat ilham untuk mengolahnya menjadi permainan baharu dan dari situ terciptalah Sudoku.

Permainan yang menguji ketangkasan minda ini mula popular di Jepun sejak zaman 1980-an dan seterusnya menjadi fenomena antarabangsa pada tahun 2005. Sama ada ia kini dimainkan dalam bentuk buku ataupun secara digital di aplikasi telefon pintar, kepuasan yang diperolehi setelah menyiapkan satu teka-teki berbentuk angka ini memang tidak boleh digambarkan.
“She Is Serving!” Netizen Pertahankan Solekan Cik B Di Cover Majalah Remaja

Satu gambar sudah dapat menimbulkan percanggahan pendapat di media sosial..?
Itu yang berlaku apabila foto salah seorang penghias cover Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019 iaitu Cik B dimuat naik di laman Twitter.
Cik B dipilih untuk digandingkan bersama penyanyi, Naim Daniel dan YouTuber berbakat, Cupcake Aisyah bagi isu istimewa Digital Darlings, kali ini. Mereka memulakan minat masing-masing dalam bidang perniagaan, vlogging dan nyanyian menerusi medium digital dan terbukti, mereka mempunyai pengikut tegar.

Jadi apabila Cik B terpilih, tentulah ada konsep solekan dan styling yang disediakan khas bagi remaja berusia 14 tahun ini.
Dia mengakui tidak biasa disolek atau rambutnya ditata rias secara profesional.
Semasa sesi penggambaran dilangsungkan juga, Cik B lebih selesa membiarkan saja jurusolek dan jurudandan, Ayang Kamell untuk melakukan tugas tanpa banyak bertanya.
Tapi apabila siap, Cik B ternyata berubah imej! She is all glammed up for our shoot.
Kami pun terkejut dengan hasilnya, inikan lagi netizen yang mengenali Cik menerusi video-videonya.
Terkejut sangat sampaikan ada sesetengah daripadanya tak dapat menerima perubahan tersebut. Guys, inikan penggambaran cover Majalah Remaja. Tentulah ada konsep solekan berbeza yang ditampilkan. Malangnya, ada yang… hhm malas lah nak cakap.
NAMUN, tak semua berpendapat sedemikian. Lebih ramai netizen yang menganggap Cik B kelihatan confident dan berjaya menjadikan shot tersebut menjadi.
She is serving the look and some of us just can’t even.
*
Jelas, Cik B sendiri menyukainya and that is the most important part.
Mana tahu, selepas ini Cik B lebih terbuka hati untuk mencuba solekan berbeza pula.
*
Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019 kini di pasaran.