Nama Fatin Syahirah Roszizi, atlet papan selaju atau skateboard negara di Suka Asia 2018 menjadi tular semalam di media sosial.
Atlet negara yang berusia 16 tahun tersebut merupakan salah seorang peserta bagi acara papan selaju di Jakarta bersama beberapa atlet lain seperti Yaziru Amiru Dasyir Zainordin, Ian Nuriman Amri dan Christina Lai Grace.
Pada pertandingan yang berlangsung pada Rabu lalu, Fatin telah menduduki tempat terakhir bagi street event. Acara tersebut dimenangi oleh atlet Filipina iaitu Margielyn Didal diikuti Kaya Isa (Jepun) dan Bunga Nyima (Indonesia).
Namun ada banyak perkara yang tidak elok dilakukan oleh netizen-netizen negara kita yang tidak berhati perut memberi kririkan, kutukan dan kata-kata menghina bersifat membuli.
Malah ada suara sumbang yang tidak bertanggungjawab melontarkan kata-kata yang diberikan kepada Fatin seperti “memalukan negara” dan “menghabiskan masa dan duit sahaja”.
Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab daripada sesetengah pengguna laman media sosial, Fatin hari ini telah memadamkan semua posting-nya di Instagram-nya (@fatinsyahirahroszizi).
Ads
Akan tetapi Fatin meninggalkan mesej menerusi IG-stories dengan kata-kata ringkas, “Sorry, Malaysia”.
Kami di REMAJA MENGUTUK sekeras-kerasnya perbuatan menghina, memaki-hamin, mencerca dan apa juga kata-kata kritikan negatif yang tidak membina kepada atlet Malaysia.
Ads
Apatah lagi atlet remaja seperti Fatin yang baru berusia 16 tahun. Marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu kepada Fatin agar dia tidak berputus asa dan meneruskan impiannya menjadi seorang skateboarder berjaya pada masa akan datang!
Baru semalam kami war-warkan tentang promosi yang dibuat oleh Chatime dengan memberikan potongan harga kepada golongan wanita, kali ini satu lagi jenama minuman bubble tea yang menjadi pilihan anak muda, The Alley turut menawarkan harga istimewa yang berbaloi-baloi.
Bermula 22 Februari lalu, The Alley menawarkan tawaran istimewa Combo 1: RM20 untuk minuman Brown Sugar Deerioca Milk & Brown Sugar Deerioca Dark Chocolate dan Combo 2: RM22 untuk minuman Brown Sugar Deerioca Matcha Latte & Brown Sugar Creme Brûlée Milk.
Promosi ini akan berlangsung sehingga 28 Februari nanti di seluruh cawangan The Alley. So guys, masih ada masih lagi untuk korang ‘serang’ The Alley untuk mendapatkan harga istimewa ini.
Pembelian tertakluk kepada terma dan syarat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tragedi meragut nyawa enam anggota bomba dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dua hari lalu masih mencetuskan kesedihan berpanjangan buat seluruh ahli keluarga dan rakyat Malaysia.
Dalam tragedi ini, enam anggota bomba iaitu Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma bin Wan Ibrahim, Mazlan bin Omarbaki dan Yahya bin Ali dari PPDA Pelabuhan Klang sementara Adnan Othman dan Muhammad Hafdzul Malik bin Saari dari Shah Alam terkorban dalam satu operasi menyelamatkan seorang remaja lemas iaitu adik Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam yang terjatuh dari atas “jambatan” besi di lombong di Putra Perdana, Puchong.
Tinjauan REMAJA di lokasi semalam mendapati jika tiada air hujan (ketika kejadian, berlaku hujan) lombong di Putra Perdana, Puchong ini sebenarnya agak cetek, separas dada dan kanak-kanak juga boleh mandi.
Airnya agak jernih dan batu-bata yang kelihatan di bawah empangan itulah yang di pihak oleh salah seorang anggota bomba sebelum menarik rakan yang lain yang ketika itu mahu melakukan surface teknik iaitu selaman pada permukaan sebelum membuat operasi selanjutnya.
Lombong ini merupakan kawasan tadahan air yang agak luas dan mempunyai lima empangan yang dibina bagi menahan air dari memasuki kawasan perumahan sekitar.
Lima empangan ini pula dibina secara bertingkat bagi memastikan jika berlaku hujan deras, kawasan perumahan tidak ditenggelami air dengan kadar cepat.
Lihat video di bawah ini, betapa ceteknya sehingga kanak-kanak boleh bermain. Jika diperhatikan dari jambatan besi (berwarna biru) inilah arwah Ilham Fahmy terjatuh ke kawasan empangan.
Ketika kejadian, arwah dikatakan bergurau (kun fa ya kun. Ajalnya sudah tiba dan ini adalah penyebab sahaja), membuka bajunya sebelum berlari anak di jambatan besi itu dan secara tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke bawah empangan itu.
Ini video ketika air deras.
Melihat Fahmy terjatuh, dua rakannya yang berada sama di atas jambatan itu, terjun untuk menyelamatkannya. Menurut bapa mangsa yang terselamat yang ditemui semalam, Mohd Fawwaz, 45 berkata, anaknya Ahmad Fahim sendiri hampir lemas ketika cuba menarik Fahmy ke atas kerana tolakan air.
Ahmad Fawwaz turut berkongsi sebuah video yang sememangnya amat bermanfaat dan berguna untuk tontonan.
Video ini menunjukkan apabila seseorang itu terperangkap di bawah pusaran air, individu harus menyelam sehingga ke dasar sebelum berputar mengikut aliran air supaya dapat naik ke atas (info ini dari video luar negara).
Manakala ibu kepada seorang lagi remaja (Najmi) yang berada di lombong semalam menjelaskan anaknya turut terjun dari atas jambatan itu dan bertahan di tebing empangan namun apabila dia melihat Ilham Fahmy dan Fahim tidak muncul dalam beberapa saat, dia mengenetepikan niatnya untuk menyelam. Ketika dalam saat genting itulah dia melihat Fahim tiba-tiba melonjakkan diri ke permukaan manakala Ilham Fahmy tidak timbul-timbul.
Misteri kawasan lombong ini mula tercetus apabila tular di media sosial gambar menunjukkan “ada sesuatu” di atas bahu seorang dari anggota bomba yang tidak bertugas tetapi berniat membantu. REMAJA difahamkan, beliau ialah Faizal dan seorang lagi Khairul tetapi ketika selaman dilakukan Faizal sendiri hampir lemas dan beliau kembali naik ke atas sebelum skuad bomba memulakan operasi pada sebelah malam.
Dalam satu temubual semalam dengan bapa arwah Ilham Fahmy, Mohd Azzam berkata, setahunya ada 14 nyawa terkorban dalam tempoh dua bulan.
“Sesebelum ini sudah ada kes kematian. Bulan lalu dua orang yang menjala ikan berasal dari Sabah meninggal akibat lemas. Sesebelum itu juga ada, tetapi kali ini jumlahnya agak banyak iaitu tujuh orang sekaligus.
“Saya tak tahu ianya berkaitan dengan misteri atau apa tapi ikutkan saya sendiri biasa memancing di kawasan lombong ini,” katanya yang dilihat agak tenang. Mengakui keluarganya menerima kecaman hebat dari netizen ekoran tragedi ini namun bagi Azzam, dia meminta maaf jika ramai mengata begitu dan sebagai umat Islam, segala yang terjadi adalah ketentuan dari Allah SWT.
Dalam pada itu, tambah Mohd Azzam, jika hujan, air di kawasan empangan ini boleh mencecah 10 kaki kedalaman dan ditambah pusaran air mengakibatkan seolah-olah ada pusaran di bawah empangan tersebut.
Sama ada benar-benar misteri, mempunyai 14 juta jin seperti yang tular di media sosial selepas ketua jinnya ditangkap seperti didakwa oleh sebuah pengamal perubatan hari ini, sesungguhnya umat Islam harus berpegang teguh pada rukun Iman dan Islam.
Untuk sedikit info, selepas kematian enam anggota tentera ini, seramai 150 orang terlibat dalam operasi mencari remaja ini semalam. Dron turut digunakan, bot selain usaha terakhir membawa masuk mesin pengepam air bagi menyurutkan air tetapi kuasa Allah melebihi segalanya kerana remaja ini ditemui sebelum mesin pengepam itu dibawa masuk ke kawasan lombong.
Al-Fatihah untuk kesemua arwah yang terkorban dalam tragedi ini. Moga sentiasa dalam rahmat Allah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekurang-kurangnya dua orang meninggal dunia akibat hujan lebat yang melanda barat Arab Saudi semalam termasuk bandar tepi pantai, Jeddah mengikut laporan Media Arab Saudi .
Untuk info, bandar Jeddah terletak kira-kira 86.8 kilometer dari Tanah Suci Makkah yang merupakan bandar kedua terbesar di Arab Saudi dengan kira-kira empat juta penduduk.
Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM), jumlah hujan yang direkodkan di Jeddah dari 8 pagi hingga 2 petang Khamis melebihi jumlah yang direkodkan pada 2009, iaitu mencecah 179 mm dalam tempoh enam jam.
Jabatan Perbandaran Jeddah mengerahkan sejumlah 2,564 pekerja, dilengkapi kira-kira 960 jentera, untuk mengeluarkan air dan sisa dari jalan raya bagi membolehkan pergerakan trafik disambung semula.
Di Jeddah, gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan air hujan memenuhi jalan-jalan raya dengan sejumlah kenderaan turut tenggelam. Sekurang-kurangnya dua maut, manakala beberapa lagi dapat diselamatkan setelah kenderaan mereka ditenggelami banjir terburuk dalam tempoh 13 tahun.
Kebanyakan penduduk terpaksa tinggal di dalam rumah kerana mereka melihat paras air meningkat secara berterusan di persekitaran rumah mereka manakala kebanyakan jalan ditenggelami air.
Penduduk menggunakan Twitter dan Instagram untuk berkongsi imej dan klip video keadaan cuaca melampau dan kejadian kenderaan dihanyutkan. Kenderaan rosak di beberapa jalan di Jeddah akibat hujan lebat yang mula melanda bandar ini sejak pagi tadi.
Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz mengumumkan bahawa beberapa penerbangan telah ditangguhkan kerana keadaan cuaca.
Dalam satu kenyataan di akaun Twitternya, lapangan terbang itu berkata bahawa beberapa penerbangan telah ditangguhkan kerana keadaan cuaca, menyatakan bahawa ia akan berkomunikasi dengan syarikat penerbangan untuk mengesahkan jadual pelepasan penerbangan baharu.
Semoga semuanya baik-baik sahaja di tanah Suci Mekah ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...