Pemandangan Indah Ini Bukan Di Eropah Tapi Arab Saudi, Musim Bunga Jacaranda Indahkan Tanah Arab

Share

Subhanallah! Masya Allah!

Sekali pandang tentu orang menyangka gambar-gambar ini diambil di negara Eropah yang mempunyai empat musim. Cantik sungguh pemandangannya.

Manakala kalau menyebut tentang Tanah Arab, kita hanya terbayangkan Kaabah, Masjidilharam, Masjid Nabawi dan lain-lain tempat bersejarah lain selain tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW. Namun perkongsian dari saudara Najmi Farisham yang menetap di Madinah, Arab Saudi pasti menukar persepsi kita bahawa Tanah Arab hanya dipenuhi padang pasir sebaliknya cukup indah terutama di musim bunga Jacaranda sedang berkembang.


Nah! Bacalah perkongsian indahnya mengenai bunga jacaranda yang menghiasi bumi Arab kala ini.

Percaya tak kalau saya katakan bahawa pemandangan cantik ini dirakamkan di Arab Saudi? Ya, tak tipu woih. Di Tanah Arab sana, bukannya di negara Mat Salleh, bukan juga di Korea atau Jepun.

Bunga Jacaranda yang berbunga mekar ini telah mencantikkan lagi pemandangan suasana di Abha, sebuah bandar yang terletak di sebelah barat Arab Saudi.













Bandar ini berada di kawasan pergunungan, kira-kira 2270 meter tingginya dari paras laut. Ia menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara sejak dahulu lagi. Tambahan, iklim cuaca dan suhunya di sana sangat sederhana. Tenang dan mendamaikan.

Kawasan ini sangat dikenali dengan tumbuhan hijau dan sayur-sayuran yang tumbuh subur. Sebahagian besarnya dipenuhi dengan pokok Jacaranda inilah. Bahu-bahu jalan raya dihiasi dengan indahnya bunga yang tercantik di dunia.

Saat ia berbunga lebat, bunga-bunga ungu ini memenuhi segenap ruang. Dongak ke atas, kelihatan indah ia menari-nari mengikut alunan angin yang lalu menyapa. Kemudian ia gugur ke lantai bumi. Atas dan bawah, cantik terpegun dibuatnya.

Masya-Allah!

Abha pernah dinobatkan sebagai sebuah Ibu Kota Pelancongan Arab pada tahun 2017 oleh Arab League’s Arab Tourism Organization.

Itulah.

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.
#NF


.

Published by
Almaswa Haji Che Ros