Pemandangan ‘Insta Worthy’ Di Atas Bangunan! LaLaport Bukit Bintang Kini Dibuka

Share

 

FBBCC Retail Mall Sdn Bhd akhirnya telahpun merasmikan pembukaan Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) pada hari Jumaat lalu setelah foto pusat membeli-belah itu tersebar pada akhir 2021; lalu menarik perhatian masyarakat terutamanya di Lembah Klang.

Menariknya, ini merupakan cawangan Lalaport kedua Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park Lalaport Shanghai Jinqiao. Secara tidak langsung, ia menjadi cawangan Lalaport pertama di Asia Tenggara yang dibina oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd (yang juga bertanggungjawab ke atas pembukaan Mitsui Outlet Park KLIA di Sepang pada tahun 2015).

Justeru, korang kini tidak lagi perlu menjelajah jauh ke Jepun untuk ke salah satu daripada 16 cawangan LaLaport di sana. 

Pada kunjungan kali pertama REMAJA ke sini, kami dapat melihat dengan jelas konsep pusat beli-belah gaya hidup ala Jepun yang diperkenalkan oleh LaLaport BBCC.

Bertemakan rekaan ‘Modern Simplicity’ dengan sedikit ‘perisa’ budaya Jepun, LaLaport BBCC bukan sekadar kompleks baharu yang menyediakan hampor 400 buah kedai baharu untuk korang sakan kunjungi. Malah, ia juga terletak dalam ‘bandar’ berskala besar dengan adanya bahagian kediaman, pangsapuri servis, bangunan pejabat dan hotel.

Malah, ruang atas bangunan atau rooftop yang disediakan LaLaport BBCC juga menarik tumpuan orang ramai. Dikenali sebagai ‘Central Rooftop Garden’ dengan keluasan 1,700 meter persegi, ia dikelilingi kehijauan dan dek pemandangan ‘Insta Worthy’ berlatarkan menara Merdeka 118 dan Berjaya Times Square.

REMAJA menjangkakan ramai yang akan ke sini untuk menikmati masa makan tengah hari mahupun makan malam bersama keluarga dan sahabat yang inginkan lokasi baharu untuk berjumpa. Jangan risau, LaLaport BBCC menawarkan pelbagai pilihan di aras makanan dan minumannya yang besar.

Tarikan ‘Depachika Marche’ ada menyediakan aneka makanan bungkus manakala medan selera ‘Cafeteria’ dan ‘Gourmet Street’ tentunya boleh memuaskan selera makan korang – pilih saja ingin makan di dalam atau di kawasan terbuka dekat luar bangunan. Medan selera ‘Garden Dining’ juga ada di aras empat dengan kapasiti tempat duduk luas bagi menampung 1,400 orang.

Bagi yang ingin mengunjungi LaLaport BBCC, korang boleh menju ke sini menerusi tiga terowong ke kawasan parkir kereta. Selain itu, korang juga boleh mengakses secara langsung dari Stesen LRT & Monorail Hang Tuah.

Sebelum ke sini, kami cadangkan agar korang memuat turun aplikasi LaLaport MY Mobile bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pusat membeli-belah ini. Bolehlah korang ketahui kedai terbaru yang telah dibuka serta aktiviti menarik yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN : Siap Ada Pawagam & ‘Music Hall’, MITSUI Shopping Park Berdiri Atas Tapak Penjara Pudu Lama – REMAJA

BACA LAGI : Tiket Masuk Taman Tema Genting Skyworlds Dijangka Berharga RM200 Sehari – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ