Ads
Home Berita Pemandu Myvi 23 Tahun Hadir Berkerusi Roda, Mengaku Bersalah

Pemandu Myvi 23 Tahun Hadir Berkerusi Roda, Mengaku Bersalah

Ads
Suspek mengaku bersalah mengakibatkan kematian seorang anggota tentera berusia 31 tahun. Foto: BERNAMA

 

Meskipun hadir dalam keadaan cedera berkerusi roda, seorang pemandu Perodua Myvi perempuan yang tular setelah mengakibatkan satu kemalangan maut jalan raya tetap hadir di Kompleks Makhamah Johor Bahru, pagi tadi.

Pemandu wanita berusia 23 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu telah mengakibatkan kematian seorang anggota tentera berusia 31 tahun, Sabtu lalu dekat Plaza Pelangi.

Pemandu Myvi 23 Tahun Hadir Berkerusi Roda, Mengaku Bersalah
Ketua Polis Johor berkata, kereta Perodua MYVi yang dipandu ini adalah milik tunang remaja perempuan itu.
Pemandu Myvi 23 Tahun Hadir Berkerusi Roda, Mengaku Bersalah
Pemandu juga didapati tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan pada kereta itu juga telah tamat.

Video kemalangan tersebut tular di media sosial kerana cara pemanduannya yang mengejutkan ramai pihak. Kereta yang dipandunya secara melulu itu hilang kawalan dan melanggar tembok batu pembahagi jalan. Lalu, pemandu merempuh dua buah kereta lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Ads

Impak daripada rempuhan itu, kereta yang dipandu suspek melambung sehingga terbalik di atas jalan. Manakala, anggota tentera yang memandu kenderaan Honda Accord cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Serta-merta, suspek ditahan oleh pihak polis daerah Johor Bahru Selatan dan didapati positif ujian dadah.

Ads

Menurut laporan rakan media di BERNAMA, suspek mengaku bersalah pada hari ini dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistreet Johor Bahru.

Ads

Terdahulu, suspek dikenakan dua pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian dan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952 kerana pengambilan dadah terlarang.

*

Walaupun sepantas mana pun kita ingin memandu, jangan sesekali lupakan pengguna jalan raya lain yang berisiko disebabkan perbuatan kita.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI