Pemandu Tangmo Akui Sebabkan Bot Tersengguk, Namun Kematian Masih Dianggap Satu Kemalangan

Share

 

Tragedi yang melanda aktres televisyen Thailand, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong pada 24 Februari lalu telah diklasifikasikan sebagai kemalangan oleh pihak polis Thailand.

Jasad Tangmo ditemukan 38 jam selepas dia terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya dalam keadaan terapung dan menyayat hati.

Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong. Sumber Foto : Instagram

ARTIKEL BERKAITAN : Plot Kes Pelakon Thailand Lemas Semakin Rumit, Polis Tidak Yakin Kenyataan 5 Saksi – REMAJA

Sepanjang siasatan dilakukan terhadap kes ini termasuklah menyoal siasat lima individu lain yang berada di dalam bot tersebut, pelbagai teori konspirasi telah dikongsikan oleh rakyat di Malaysia, Thailand dan Indonesia berkenaan kejadian sebenar. Ini memandangkan firasat ibu Tangmo sendiri  merasakan insiden tersebut telah dirancang.

Bagaimanapun semalam menerusi laporan Bangkok Post, pihak polis di sana telah menyifatkan insiden yang berlaku ke atas Tangmo ini adalah satu bentuk kemalangan. Siasatan masih lagi dijalankan buat masa ini, namun pihak polis percaya insiden tersebut tiada kaitan dengan unsur jenayah setelah mereka meneliti bukti-bukti sementara yang telah dikumpulkan.

Harus diingat, ibu Tangmo juga adalah individu sama yang menerima wang santunan berserta permohonan maaf daripada pemilik bot laju, Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit dan pemandunya, Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananun.

ARTIKEL BERKAITANIbu ‘Tangmo’ Nida Dituduh Maafkan 2 Saksi Kes Kerana Wang Bernilai RM3.8 Juta – REMAJA

Bercakap mengenai pemandu bot iaitu Robert; dia dilaporkan mengaku menyebabkan bot laju itu untuk tersengguk akibat tidak mempunyai pengalaman sah memandunya pada malam kejadian sehingga mengakibatkan Tangmo yang pada waktu itu ingin bangun dari bahagian belakang terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Sumber Foto : Bangkok Post

Kata pihak polis kepada Bangkok Post, Robert telah memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia mempunyai ilmu yang sedikit mengenai pemanduan bot dan hanya sekadar ingin mencubanya pada malam itu. Kesemua lima orang saksi juga mengaku mereka mengambil minuman alkohol di atas bot berkenaan.

Polis kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan forensik selama seminggu untuk mengenal pasti punca kesan koyak pad peha kanan Tangmo.

BACA LAGI : 5 Filem & Drama Lakonan Tangmo Nida, Pelakon Thailand Viral – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ