Pemandu Traktor Pemotong Rumput Insiden Kematian Pelajar Terkena Bilah Terbang Hadapi 3 Pertuduhan

Share

Kira-kira dua minggu yang lalu, Remaja turut menyingkap ksiah tragis kematian adi Nur Afini Ruslan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman. Tragegi yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi pada 13 Februari yang lalu, Nur Afini disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik selepas bilah mesin potong rumput terbang mengenai kepalanya.

Remaja turut bergegas ke Gemas, Negeri Sembilan bagi mendapatkan sendiri reaksi daripada ahli kelugarnya. Artikel tersebut mendapat perhatian yang sangat tinggi di kalangan pembaca Remaja menunjukkan ramai yang prihatin dengan kejadian ini. Kisah tersebut bolehlah kamu baca di sini

.

Dalam perkembangan terbaru, pemandu traktor mesin potong rumput tersebut yang berusia 26 tahun bakal dihadapkan di mahkamah atas tiga pertuduhan insiden berkenaan.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Tampin, Superintenden Hamazah Ab. Razak berkata, pemandu traktor tersebut yang berusia 26 tahun berasal dari Tanjung Keling, Melaka. Dia berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan dengan kecuaian menyebabkan kematian mangsa.

Manakala dua lagi pertuduhan di bawah Seksyen 337KK dengan perbuatan cuai menyebabkan kecederaan.

“Selain itu, kita turut telah menerima analisa DNA daripada Jabatan Kimia pada bilah pisau yang ditemui yang mempunyai DNA mangsa.

“Tarikh pertuduhan bakal dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan pada minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Selain kehilangan nyawa pelajar tersebut, dua lagi pelajar lelaki mengalami kecederaan iaitu Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, cedera di bahagian kepada dan Abdullah Hazlan, cedera pada bahagian telinga kanan.

Remaja berharap kesemua keluarga mangsa dapat terus bersabar dan banyakkan berdoa kepada mangsa. Diharapkan kejadian seperti ini tidak lagi berlaku kerana pada hemah kami, ia TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU.

Semoga di masa akan datang sebarang kerja berkaitan dengan jentera berat mengikuti SOP sebetulnya. Dan diharapkan juga pengawasan terhadap kontraktor yang mendapat tanggungjawab melakukan apa jua penambah baikan di sekolah dipantau setiap masa.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim