Pemandu Uber Tak Nak Pulangkan Handphone, Ugut Pelanggan Bayar RM 300

Share

Baru-baru ini, seorang pengguna perkhidmatan Uber diugut kerana tidak sengaja meninggalkan iPhone miliknya dalam kenderaan pemandu.

Menurut Facebook post Alvin, pemandu Uber itu tidak akan memulangkan semula iPhone miliknya melainkan dia mahu membayar sejumlah wang.
Ini merupakan perbualan mangsa bersama pemandu yang tak bertanggungjawab itu..

“Telefon ini mungkin penting untuk awak, tapi tidak saya. Bukan salah saya dan ianya adalah kesilapan awak sendiri. Berapa sanggup awak bayar untuk saya pulangkan telefon ni semula”

 

“Kalau setakat RM 100, awak boleh lupakan saja sebab tak berbaloi dan saya tak nak buang masa atas kesilapan orang lain. Lebih baik saya buang saja ke dalam tong sampah,” kata pemandu Uber tersebut.

 

Alvin tidak mempunyai pilihan lain dan bersetuju dengan permintaannya.

“Bagi saya RM200 dan saya akan hantar malam ini. Nak ke tak nak? Jangan buang masa, saya nak sambung bawa Uber ni,” tambah lelaki itu.

Namun begitu, setelah mereka bertemu lain pula jadinya. Pemandu tersebut meminta lagi RM100, bermakna Alvin terpaksa membayar RM300 untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya.

Perghh cekik darah!

Ramai yang meninggalkan pesanan di ruangan komen menasihatkan Alvin supaya membuat laporan polis dan pihak Uber kerana ugutan pemandu tamak ini.

Harapnya lepas ni tiada lagi insiden seperti ini berlaku lagi dan kita juga patut lebih berhati-hati serta tidak cuai dalam menjaga barangan peribadi sendiri.

Published by
Noor Ain Norman