Isu kelestarian Tasik Chini yang baru-baru ini telah diumumkan tidak lagi memenuhi kriteria rizab biosfera UNESCO dek kerakusan penebangan pokok yang menjejaskan biodiversiti kawasan tersebut menjadi perhatian ramai.
Umum sedia maklum mengenai pembongkaran kejadian perlombongan dan juga penebangan hutan secara besar-besaran di kawasan sekitar Tasik Chini. Perkara ini menimbulkan kemarahan ramai apatah lagi melihat nasib orang asli yang menghuni kawasan sekitar kehilangan sumber mereka yang selama ini bergantung kepada hasil hutan.
Bukan itu sahaja, kemusnahan alam itu juga menyebabkan haiwan yang selama ini menjadi ‘penghuni’ tetap kawasan tersebut menerima nasib yang buruk dek kerakusan manusia.
Dalam pada itu, artis grafik, Fahmi Reza yang terkenal dalam menghasilkan pelbagai karya satira mengenai isu-isu yang terjadi di dalam Malaysia telah memuat naik karya satira terbaharunya yang menampilkan figura Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam karya tersebut, dalam dilihat Fahmi Reza menghasilkan karikatur Tengku Hasanal yang selama ini terkenal dengan kempennya melakukan tekan tubi dalam memberi kesedaran mengenai penjagaan kelestarian alam. Bersama dengan karikatur tersebut tertulis perkataan, Push Up for Tasik Chini dan tanda pagar Watch & Learn
.Karya tersebut menerima reaksi bercampur baur dari warganet, ada yang kurang senang dengannya dan menyatakan dia bersikap kurang ajar dan seharusnya dimasukkan ke dalam lokap.
Namun penghasilan karya satira tersebut mendapat perhatian dari pada Tengku Hasanal. Anakanda sulung kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong itu telah mengulangsiar hantaran yang buat Reza Fahmi di Instasory dengan mesej, “Terima Kasih. Tidak perlu laporan polis dibuat, saya sebenarnya sukakan grafik tersebut.”
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Putus Asa Mencuba, Ini Permulaan Untuk Semua”- Pesan Tengku Hassanal Kepada Lepasan SPM
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Tengku Hassanal adalah seorang figura penting yang selama ini mengambil berat tentang isu kelestarian alam di negeri Pahang. Bahkan pada tahun 2021 baginda memerintahkan supaya aktiviti perlombongan di sekitar Tasik Chini dihentikan. Hasilnya, menurut laporan MalaysiaKini, aktiviti pelombongan di kawasan tersebut telahpun dihentikan pada Disember tahun lalu.
Dalam usaha untuk menyelamatkan Tasik Chini yang kini terjejas teruk, kerajaan persekutuan dan kerajaan Pahang memulakan penanaman semula pokok tahun lalu. Proses membaikpulih semula kawasan tersebut telah dibuat dengan Kerjasama badan bukan kerajaan dan Orang Asli.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.