
Penyampai berita, Raymond Goh dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di sini pada pukul 10.40 pagi tadi.
Menerusi laporan Astro Awani, difahamkan solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham Raymond atau nama Islamnya, Mohd. Zaman Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar pada 30 Ogos lalu.
Sekadar informasi, penyampai berita bersuara emas itu memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan sebelum beralih kepada Nightline di TV3.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas Filem No Time To Die, Tayangan Peter Rabbit 2 Juga Ditunda Gara-Gara COVID-19

Selepas filem No Time To Die menangguhkan tayangannya ke bulan November, kini Sony Pictures Entertainment pula mengambil keputusan untuk menukar tarikh tayangan asal Peter Rabbit 2 dari April ke bulan Ogos tahun ini.
Filem yang dibintangi oleh Rose Byrne, Domnhall Gleeson, David Oyelowo, Elizabeth Debicki, James Corden, Margot Robbie khabarnya bakal ditayangkan pada 20 Ogos nanti ekoran daripada penularan virus COVID-19 di seluruh dunia.


Tindakan ini diambil setelah mengambil kira faktor kesihatan orang awam yang sekali gus mungkin akan mempengaruhi jumlah kutipan tiket di pawagam.

Bagus juga tindakan mereka untuk menangguhkan tayangan filem-filem box office ini kerana musim wabak sekarang membuatkan ramai yang tidak mahu keluar rumah jika tiada urusan penting.
Apa-apa pun, kami berharap agar korang sentiasa menjaga kesihatan diri dan amalkan pemakaian penutup muka sekiranya berada di luar.
“Masa Salah Untuk Tunjuk Kereta Tesla Baru, Tony Fernandes..”

Kita semua sedar akan impak yang dihadapi sektor pelancongan dan syarikat penerbangan pada musim pandemik penuh mencabar ini. Dengan sekatan pergerakan masih berkuatkuasa dan menghalang penduduk dunia daripada mengembara seperti normal, syarikat penerbangan teruk terjejas dengan kerugian yang terpaksa ditanggung.
Nasib malang ini seringkali disuarakan oleh salah sebuah syarikat penerbangan Malaysia, AirAsia Berhad menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menerusi platfrom media sosial AirAsia dan akaun peribadi beliau sendiri.
Isu bayaran semula tiket penerbangan yang berbangkit sejak tahun lalu dan soal perlepasan tenaga pekerja AirAsia masih jelas di minda ramai rakyat Malaysia
Semua sedar akan keadaan semasa dan membenarkan syarikat tersebut ruang serta peluang untuk perlahan-lahan mengatasi isu tersebut. Semua orang tampil bersimpati dengan nasib AirAsia. Tidak mengapalah jika bayaran semula tiket penerbangan masih belum diproses, take your time!
ARTIKEL BERKAITAN : Isu ‘Refund’ Tiket AirAsia Belum Selesai? Tony Fernandes Jelaskan – REMAJA
Justeru, apabila Tony Fernandes berkongsi foto kenderaan premium jenama Tesla baharu beliau di media sosial dua hari lalu, warganet tempatan jelas keliru dengan mesej disampaikan oleh beliau.
Ada yang berpendapat tindakan menunjukkan kenderaan berharga antara RM170,000 hingga RM260,000 itu adalah tidak tepat dengan masa dan situasi semasa.
Memandangkan masih ramai penumpang belum memperolehi bayaran semula wang mereka, ada pihak menyindir foto tersebut di ruangan komen dan menyifatkan Tony tidak sensitif.
“Harap refund tiket AirAsia sudah berjaya dibayar balik semuanya.”
“Kami berharap kamu boleh membayar semula duit kami secepat kamu memberi reward kepada diri sendiri dengan mendapatkan kereta baru.”
Namun, janganlah cepat melatah guys.
Menerusi kapsyen yang ditulis Tony, beliau berkata bahawa model Tesla itu hanya disewa olehnya selama dua minggu saja. Ia bukanlah kenderaan baharu yang dibelinya.
Ramai tampil memuji Tony Fernandes kerana memilih sebuah kenderaan mesra alam seperti ini bagi tempoh trial. Malah, ada yang berharap agar model Tesla Y ini digunakan dalam perkhidmatan AirAsia Ride selepas ini. Amboi, penulis pun hendak cuba naik jika berpeluang! Hehe..
BACA LAGI : AirAsia Filipina Beri Ganjaran Penerbangan Percuma Seumur Hidup Buat Hidilyn Diaz – REMAJA
16 Job Dalam 2 Bulan, Model 14 Tahun Dikatakan Mati Akibat Overwork

Setiap tahun, dunia fesyen pasti menyaksikan ramai peragawati-peragawati muda muncul dari setiap pelosok dunia. Memulakan karier dalam industri ini seawal usia 13 atau 14 tahun kini bukan lagi satu perkara baru. Malah, ramai antara supermodel terkenal yang turut memulakan karier mereka pada usia awal.
Namun, adakah ia baik untuk perkembangan sama ada dari segi kesihatan fizikal atau mental mereka. Tanpa pengawasan daripada ibu bapa atau penjaga, pelbagai kemungkinan buruk boleh berlaku. Kes-kes seperti manipulasi, gangguan seksual dan tempoh kerja tanpa kawalan pernah dilaporkan sebelum ini.
Jumaat lalu seorang peragawati, Vlada Dzyuba yang baru berusia 14 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di China. Gadis warganegara Rusia itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan serius sebelum jatuh koma pada hari Rabu minggu lepas.
Vlada merupakan peragawati bagi ESSE Model Management yang terikat dengan kontrak selama 3 bulan dan dilaporan menerima bayaran USD8 sehari. Laporan dari The Siberian Times mendakwa bahawa Vlada telah bekerja melebihi tempoh waktu dibenarkan di dalam kontraknya – termasukan pertunjukan fesyen yang berlangsung selama 13 jam. Dia juga dikatakan tidak mempunyai perlindungan insurans perubatan.
Agensi Vlada menolak dakwaan ini dengan mangatakan Vlada hanya baru melakukan sebanyak 16 tugasan sepanjang 2 bulan dia berada di China. Dan setiap tugasan itu dakwa mereka tidak melebihi 8 jam waktu bekerja.
Hasil pemeriksaan awal punca kematiannya mendapati bahawa dia meninggal akibat meningitis yang disebabkan oleh kepenatan melampau. Disebabkan itu, beberapa organ utama seperti hati telah gagal berfungsi.
Apa yang menyedihkan lagi sebelum kematianya Vlada sempat menelefon ibunya, Oksana.
“Vlada menelefon saya dan mengatakan dia sangat penat dan ingin tidur. Mungkin itulah peringkat awal sebelum dia sakit dan koma. Suhu badannya juga meningkat secara mendadak.”
Kejadian seperti ini bolehlah kita ambil sebagai pengajaran. Kadangkala jika tidak diberikan pengawasan ramai orang lupa bahawa insan yang baru berusia belasan tahun memerlukan pengawasan yang baik. Walaupun mereka mempunyai cita-cita dan ingin menggapainya namun jangalah sehingga membawa keburukan.