Foto: Shell

 

Touch ‘n Go (TNG) dan Shell Malaysia bekerjasama untuk membolehkan pembayaran minyak petrol di Shell menggunakan tag TNG RFID.

Dengan cara ini, pengguna boleh melakukan beberapa tetapan seperti had pembayaran  pada aplikasi Touch n Go eWallet yang dihubungkan ke pelekat RFID yang ada pada kenderaan.

Sebelum ini, ramai sedia maklum pelekat TNG RFID memudahkan pembayaran tol dengan hanya mengimbas pelekat RFID berkenaan. Perkara sama sekarang ingin dilakukan oleh stesen minyak Shell, di mana sensor khusus akan digunakan bagi membolehkan pengguna terus berhenti berhampiran pam dan keluar untuk mengisi minyak petrol.

Korang hanya perlu parkir kenderaan bersebelahan pam yang dilabelkan TNG RFID. Ada sebuah panel yang akan memaparkan proses pengesahan sebaik sahaja korang meletakkan kenderaan bersebelahan dengan pam. Selepas itu, korang akan menerima notifikasi melalui aplikasi TNG untuk melihat pembayaran dan perbelanjaan yang telah dilakukan.

Pembayaran Guna TNG RFID Kini Boleh Di 5 Stesen Minyak Shell Ini

Ads

Pengguna hanya diberikan had masa selama 80 saat untuk memulakan pengisian selepas berhenti di pam yang mengesahkan pembayaran kaedah TNG RFID ini.

Sekiranya korang tidak membuat pengisian dalam tempoh tersebut, korang perlu melakukan pembayaran seperti biasa sama ada secara tunai atau kad.

Ha, kalau macam ini pengguna kenalah pantas dan tak boleh terkedek-kedek. Hiks!

Ads

Pendaftaran dibuka

Pengguna sudah boleh melakukan pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan ini di TNG eWallet. Korang hanya perlu membuka aplikasi tersebut dan seterusnya memilih Shell pada bahagian ‘pengangkutan’.

Seterusnya, jika korang sedia mengaktifkan ciri TNG RFID, korang boleh melakukan pendaftaran untuk menyertai program ini.

Ketika mendaftar, korang akan diminta mengaktifkan ciri pengisian minyak menggunakan TNG RFID dan seterusnya memilih amaun maksima yang ingin ditetapkan sebagai pengaktifan automatik setiap kali tiba di pam berkaitan.

Ads

Amaun yang ditetapkan adalah amaun maksima, dan sebarang amaun yang tidak digunakan akan dikreditkan semula ke akaun.

Untuk fasa ujian ini, hanya lima stesen minyak Shell yang terlibat. Ini termasuklah Shell Bandar Sri Menjalara, Shell Mint Hotel, Shell NKVE Damansara, Shell Taman Connaught dan Shell Taman Tun Dr Ismail. Ujian ini akan dilakukan antara 13 Julai hingga 12 Ogos 2021 nanti.

Insiatif yang dilakukan ini juga dilihat sebagai salah satu usaha mengelakkan kontak fizikal berlebihan. So guys, siapa yang berhampiran dengan stesen-stesen minyak tersebut, bolehlah mendaftar segera untuk cuba perkhidmatan ini.

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI