Touch ‘n Go (TNG) dan Shell Malaysia bekerjasama untuk membolehkan pembayaran minyak petrol di Shell menggunakan tag TNG RFID.
Dengan cara ini, pengguna boleh melakukan beberapa tetapan seperti had pembayaran pada aplikasi Touch n Go eWallet yang dihubungkan ke pelekat RFID yang ada pada kenderaan.
Sebelum ini, ramai sedia maklum pelekat TNG RFID memudahkan pembayaran tol dengan hanya mengimbas pelekat RFID berkenaan. Perkara sama sekarang ingin dilakukan oleh stesen minyak Shell, di mana sensor khusus akan digunakan bagi membolehkan pengguna terus berhenti berhampiran pam dan keluar untuk mengisi minyak petrol.
Korang hanya perlu parkir kenderaan bersebelahan pam yang dilabelkan TNG RFID. Ada sebuah panel yang akan memaparkan proses pengesahan sebaik sahaja korang meletakkan kenderaan bersebelahan dengan pam. Selepas itu, korang akan menerima notifikasi melalui aplikasi TNG untuk melihat pembayaran dan perbelanjaan yang telah dilakukan.
Pengguna hanya diberikan had masa selama 80 saat untuk memulakan pengisian selepas berhenti di pam yang mengesahkan pembayaran kaedah TNG RFID ini.
Sekiranya korang tidak membuat pengisian dalam tempoh tersebut, korang perlu melakukan pembayaran seperti biasa sama ada secara tunai atau kad.
Pengguna sudah boleh melakukan pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan ini di TNG eWallet. Korang hanya perlu membuka aplikasi tersebut dan seterusnya memilih Shell pada bahagian ‘pengangkutan’.
Seterusnya, jika korang sedia mengaktifkan ciri TNG RFID, korang boleh melakukan pendaftaran untuk menyertai program ini.
Berikut merupakan 35 stesen minyak Shell yang menawarkan perkhidmatan menerusi RFID:
1. Shell Taman Tun Dr Ismail
2. Shell Mint Hotel
3. Shell Bandar Sri Menjalara
4. Shell NKVE Damansara
5. Shell Taman Connaught
6. Shell Desa Aman Puri
7. Shell Danau Desa
8. Shell Jalan Kepong 2
9. Shell MRR2 Gombak 2
10. Shell LDP Kelana Jaya
11. Shell Federal Hway 4
12. Shell Federal Highway Route 2
13. Shell Jalan Puchong KM 12
14. Shell Desa Petaling
15. Shell Cheras Perdana
16. Shell Jalan Cheras, KM 5.5
17. Shell LDP Puchong
18. Shell Persiaran Mahkota Cheras 2
19. Shell Plus HW J Duta KL Bound
20. Shell New Pantai Expressway
21. Shell Wangsa Maju 2
22. Shell Sri Hartamas
23. Shell Kesas Highway Klang Bound
24. Shell SKVE Serdang Kajang Bound
25. Shell NSE Bukit Jalil (TPM 2)
26. Shell Kesas Highway KL Bound
27. Shell Kajang Semenyih
28. Shell Bandar Puteri Puchong
29. Shell Prima Saujana Kajang Bypass
30. Shell Sunway Damansara
31. Shell Sunway Damansara
32. Shell Sg Kayu Ara
33. Shell Bukit Rimau Shah Alam
34. Shell Jalan Kuchai Lama 2
35. Shell Kesas R&R Kinrara
Inisiatif ini dilihat sangat praktikal dan lebih mudah untuk pengguna kerana dapat menjimatkan lebih banyak masa. Cuma diharap sistem ini dapat berjalan lancar untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.