Berita baik buat korang yang sudah bekerja, pembayaran pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 KWSP telah pun dikreditkan ke akaun ahli bermula semalam sehingga 18 Mei ini.
Permohonan pengeluaran yang diluluskan akan dimaklum menerusi laman web i-Lestari sejurus bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank ahli KWSP.
Menurut Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, proses pengkreditan ke dalam akaun bank ahli mungkin mengambil masa satu hingga tiga hari daripada tarikh KWSP membuat pindahan.
Jadi, kalau ada yang belum dapat tu harap bersabar sikit ya. Hiks!
Rata-rata masyarakat Malaysia mengucapkan syukur dapat mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka, walaupun dikatakan menggunakan duit sendiri namun sedikit sebanyak ia mampu meringankan beban dalam situasi ekonomi sekarang.
Diharap rakyat Malaysia dapat menggunakan wang KWSP yang telah ditelah dikeluarkan ini dengan baik. Elakkan pembaziran dan berbelanjalah secara berhemah.
Sumber: Berita Harian