Coklat seperti jenama Kinder, Ferrero Rocher dan Nutella memang sedap dimakan, tapi adakah bungkusannya itu mesra alam?
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh The Ferrero Group pada hari ini, mereka menyatakan komited untuk menukar cara pembungkusan coklat kepada cara dan bahan yang boleh 100 peratus diguna semula, dikitar semula atau dikompos menjelang tahun 2025.
Buat masa ini, eksperimen itu sedang dijalankan di Paris, Perancis terlebih dahulu dengan melibatkan kolaborasi Nutella bersama Loop (sebuah platform guna semula yang popular di sana) dan pasaraya Carrefour.
Menerusi kolaborasi ini, pembeli perlu membeli balang coklat Nutella Khas dari 10 stor terpilih dan di platform online Carrefour dengan membayar deposit.
Ads
Balang yang boleh digunakan semula itu dihasilkan sendiri oleh kumpulan designer Ferrero Group dengan kerjasama Loop untuk memenuhi kriteria yang diperlukan untuk penggunaan semula. Ia lebih tahan lama, selamat, bersih, mempunyai label dan kedap udara.
Secara tidak langsung, langkah ini akan secara perlahan-lahan menyisihkan penggunaan balang plastik Nutella biasa yang kita beli di kedai.
*
Ads
Untuk pengetahuan korang, sememangnya sudah wujud pengumpulan balang kaca Nutella dan penutup plastiknya di seluruh Perancis. Bagaimanapun, menerusi usaha ini, mereka dapat mengujui operasi dan pandangan pengguna terhadap kelebihan sistem guna semula ini.
Pada masa yang sama, Ferrero juga sedang mengkaji pembungkusan coklat Kinder Happy Hippo agar ia memenuhi garis panduan CEFLEX untuk dikitar semula. Bungkusan baharu ini mempunyai struktur monomateria polipropilena yang lebih selamat.
Ads
Agaknya, sistem yang sama boleh tak diimplentasi di Malaysia tak lama lagi?
Selain Kinder dan Nutella, Ferrero Group juga merupakan pemilik jenama coklat Ferrero Rocher dan gula-gula Tic Tac.
Tiba-tiba teringat pula Banana Crepe berinti Nutella yang popular dijual di Myeondoong, Seoul dekat Korea Selatan.
Tahniah diucapkan kepada Universiti Teknologi Petronas (UTP) kerana telah disenaraikan antara universiti terkemuka dunia dalam 11 mata pelajaran menerusi Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings by Subject 2022.
Menurut Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.
Bagi mata pelajaran Kejuruteraan dan Teknologi, UTP kini berada di kedudukan ke-159 di peringkat global, meningkat 71 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini iaitu 230 dan sekali gus menjadikan UTP berada pada kedudukan keempat terbaik dalam kalangan universiti di Malaysia.
Mata pelajaran Kejuruteraan Petroleum ditempatkan di kedudukan ke-22 dan mengekalkan kedudukan 50 teratas, manakala subjek Kejuruteraan Mineral dan Perlombongan, UTP berada di tempat 60 teratas.
Pencapaian ini menunjukkan reputasi kukuh UTP di peringkat global dari segi kecemerlangan akademik menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kepakaran dan kekuatan mereka sebagai institusi pengajian tinggi yang berfokuskan industri dalam bidang penting berkaitan industri.
Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan kepada UTP kerana telah membuktikan bahawa institusi pengajian di negara kita juga mampu menjadi yang terbaik dalam bidang akademik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tubuhnya mungkin kelihatan kecil sahaja di atas podium semasa menerima kalungan pingat emas. Kecil-kecil cili padi, atlet angkat berat remaja Indonesia, Luluk Diana Wijayana hari ini telah membuktikan saiz tubuh dan usia mudanya tidak sesekali menjadi halangan untuk muncul juara.
Bertempat di Kejohanan Remaja Dunia International Weighlifting Federation (IWF) yang kini sedang berlangsung di Leon, Guonojuoto dekat Mexico, Luluk yang baru berusia 16 tahun telah diangkat sebagai juara dunia dalam kategori 49 kilogram (kg) wanita setelah melakukan jumlah angkatan 170 kg; 75 kg menerusi angkatan snatch manakala 95 kg lagi menerusi clean & jerk.
Dengan angkatan memberangsangkan itu, Luluk sekaligus mengenepikan saingan terdekat dari Poland, Oliwia W. Drzazga yang memenangi pingat perak setelah melakukan jumlah angkatan 161 kg dan atlet tuan rumah, Gonzalez J. Lopez yang berpuas hati dengan pingat gangsa setelah melakukan jumlah angkatan 153 kg.
Sedikit info menarik mengenai Lulu; remaja yang dilahirkan pada 9 Ogos 2005 di Pacitan, Jawa Timur ini sejak muda telah menetapkan misi yang lebih jauh sebenarnya daripada kejohanan remaja dunia ini.
“Saya amat berbangga dapat memberikan hasil terbaik untuk Indonesia pada kali ini dan (kemenangan ini) meningkatkan motivasi saya untuk tampil di Sukan Olimpik akan datang,” katanya.
REMAJA merasakan persatuan sukan di Malaysia boleh mengambil contoh daripada usaha persatuan di negara seberang itu yang kini gigih melatih serta memberi peluang kepada angkatan atlet remaja mereka untuk bergelar wakil negara di kejohanan berprestij seperti ini.
Ia penting agar Malaysia terus dilengkapi generasi pelapis yang terlebih awal telahpun bersedia untuk memberi tentangan sengit apabila nama mereka ‘naik’ sebagai wakil negara kelak.
Untuk pengetahuan, Kejohanan Remaja Dunia IWF ini disertai oleh 205 atlet angkat berat remaja dari 39 buah negara; 115 terdiri daripada atlet perempuan manakala 90 lagi adalah atlet lelaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai terbiasa menggunakan perkhidmatan perbankan secara online ataupun urusan e-wallet sekarang. Yelah lebih memudahkan urusan seharian malah ia diyakini kerana keselamatan yang agak ketat. Malah begitu ramai mempercayai bank utama di negara ini.
Namun pada hari ini, Malayan Banking Berhad (Maybank) hari ini dalam satu kenyataan di laman Twitter rasmi mereka memaklumkan bahawa beberapa servis perbankan termasuk perbankan atas talian akan mengalami gangguan pada 3 April 2021, bermula jam 11.30 pagi sehingga 11.59 pagi.
Untuk mengurangkan masalah transaksi pada tempoh tersebut, Maybank menasihatkan agar melakukan transaksi lebih awal dan pihak Maybank memohon maaf atas segala kesulitan.
Lepas ni harap korang tak la pelik kenapa tidak dapat lakukan urusan diatas pada 3 April nanti. So buat la urusan perbankan melibatkan Maybank lebih awal okay!
Sumber: Maybank
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...