Pembeli Coklat Kegemaran Ramai Ini Perlu Guna Semula Balang Tak Lama Lagi

Share

 

Coklat seperti jenama Kinder, Ferrero Rocher dan Nutella memang sedap dimakan, tapi adakah bungkusannya itu mesra alam?

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh The Ferrero Group pada hari ini, mereka menyatakan komited untuk menukar cara pembungkusan coklat kepada cara dan bahan yang boleh 100 peratus diguna semula, dikitar semula atau dikompos menjelang tahun 2025.

Buat masa ini, eksperimen itu sedang dijalankan di Paris, Perancis terlebih dahulu dengan melibatkan kolaborasi Nutella bersama Loop (sebuah platform guna semula yang popular di sana) dan pasaraya Carrefour.

Sumber Foto: QZ.com

Menerusi kolaborasi ini, pembeli perlu membeli balang coklat Nutella Khas dari 10 stor terpilih dan di platform online Carrefour dengan membayar deposit.

Balang yang boleh digunakan semula itu dihasilkan sendiri oleh kumpulan designer Ferrero Group dengan kerjasama Loop untuk memenuhi kriteria yang diperlukan untuk penggunaan semula. Ia lebih tahan lama, selamat, bersih, mempunyai label dan kedap udara.

Secara tidak langsung, langkah ini akan secara perlahan-lahan menyisihkan penggunaan balang plastik Nutella biasa yang kita beli di kedai.

*

Untuk pengetahuan korang, sememangnya sudah wujud pengumpulan balang kaca Nutella dan penutup plastiknya di seluruh Perancis. Bagaimanapun, menerusi usaha ini, mereka dapat mengujui operasi dan pandangan pengguna terhadap kelebihan sistem guna semula ini.

Pada masa yang sama, Ferrero juga sedang mengkaji pembungkusan coklat Kinder Happy Hippo agar ia memenuhi garis panduan CEFLEX untuk dikitar semula. Bungkusan baharu ini mempunyai struktur monomateria polipropilena yang lebih selamat.

Agaknya, sistem yang sama boleh tak diimplentasi di Malaysia tak lama lagi?

Selain Kinder dan Nutella, Ferrero Group juga merupakan pemilik jenama coklat Ferrero Rocher dan gula-gula Tic Tac.

Tiba-tiba teringat pula Banana Crepe berinti Nutella yang popular dijual di Myeondoong, Seoul dekat Korea Selatan.

Remaja Ini Kongsikan 8 Snek Halal Untuk Dicuba Di Myeongdong, Seoul – REMAJA

Published by
FZ