Seringkali muncul dalam bingkisan dokumentari, filem Hollywood, bahan bacaan sejarah malah merupakan sebuah tapak warisan UNESCO. Itulah keunikan yang ada pada bangunan bersejarah kebanggaan rakyat Turki; yakni Hagia Sophia.
Jika di Malaysia, para pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk ke tapak bersejarah seperti Dataran Merdeka Kuala Lumpur, bangunan Stadthuys dan kota A’Famosa di Melaka atau ke Bangunan Sultan Abdul Samad juga di Kuala Lumpur. Di Turki pula, Hagia Sophia menjadi pilihan pelancong di sana.
Sayang kan jika sudah ke Turki dan tidak berkunjung ke sini. Apakah di antara perkara unik yang ada pada Hagia Sophia ini sebenarnya?
Bulan Julai ini merupakan ulang tahun pertama setelah tapak bersejarah Hagia Sophia bertukar fungsi daripada sebuah muzium kepada masjid oleh Presiden Turki, Recep Taayyip Erdogan. Ini kerana Erdogan mahu orang luar mengunjungi mercu tanda negaranya ini sebagai sebuah masjid.
Disebut sebagai Ayasofya dalam sebutan Turki, pertukaran fungsi Hagia Sophia ini adalah satu kebanggaan buat umat Islam.
Lalu, masyarakat Islam di sana tidak melepaskan peluang untuk bersolat di Hagia Sophia pada minggu pertama ia bertukar fungsi. Seramai 350,000 jemaah hadir ketika solat Jumaat pertamanya pada 24 Julai 2020.
ARTIKEL BERKAITAN : [VIDEO] Netizen Syukur Azan Kembali Berkumandang Di Hagia Sophia, UNESCO Pula Kecewa.. – REMAJA
Namun akibat kelonggaran SOP dan tiada penjarakan sosial, masjid berkenaan merekodkan 500 kes jangkitan COVID-19 dalam masa sebulan setelah masyarakat dibenarkan solat di dalamnya.
Seekor kucing bernama Gli pernah menjadi ‘duta’ Hagia Sofia sebelum ia mati pada bulan November tahun lalu akibat usia tua. Mana-mana pengunjung pasti akan cuba mencari kelibat Gli semasa ia masih hidup.
Umpama ‘penjaga’ Hagia Sofia, Gli tidak pernah cuba untuk meninggalkan tapak tersebut dan menganggapnya sebagai rumah. Ia juga tidak takut apabila bertemu orang asing dari serata dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : Gli, Si Kucing Popular Hagia Sophia Mati Pada Usia 16 Tahun. – REMAJA
Seperti mana-mana kawasan bersejarah lain, Hagia Sophia juga menawarkan perkhidmatan pemandu pelancong ataupun ‘Tour Guide’ sama ada di atas talian ataupun di sekitar ‘courtyard’ tapak masjid itu. Namun, ia lebih menguntungkan sekiranya pelancong mendapatkan jurupandu yang membawa mereka ke beberapa kawasan perlancongan dan bukan setakat ke Hagia Sophia saja.
Sebagai contoh, dapatkan pakej kumpulan kecil yang akan membawa korang mengunjungi daerah lama Sultanahmet sepanjang hari. Selalunya, pemandu pelancong akan membawa orang ke Hagia Sophia, Istana Topkapi, Basilica Cistern, Hippodrome, Blue Mosque dan ke Grand Bazaar.
Disebabkan Turki berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara benua Asia dan Eropah, tentunya korang boleh menjangkakan pertembungan budaya dan agama di bangunan seikonik Hagia Sophia.
Di ciri-ciri campuran yang boleh dilihat adalah jubin mosaic Kristian daripada era Maharaja Zoe dan Constantine IX, gabungan unik tingkap daripada era Byzantine dan Otoman, nama keempat-empat khalifah Islam, seni dinding mosaic yang menunjukkan imej Maryam dan juga makam kelima-lima sultan era Otoman.