Dunia ratu cantik di Malaysia hari ini penuh dengan kegembiraan apabila Cassandra Yap berjaya memecah kemarau untuk bergelar semi-finalist di pentas Miss International 2023 yang berlangsung di Jepun sebentar tadi.
Bukan calang-calang, Miss International merupakan salah sebuah pertandingan ratu cantik bertaraf papan atas selain Miss Universe, Miss World dan Miss Supranational.
Kejayaan Cassandra untuk berada di kedudukan top 15 memecah kemarau selama 58 tahun yang mana kali terakhir wakil Malaysia berjaya tembus ke peringkat separuh akhir adalah pada tahun 1965 menerusi perwakilan, Linda Lim Hong Eng.
Ads
Gadis berusia 24 tahun ini yang berasal dari Johor Bahru sebelum ini merupakan figura yang tidak asing lagi dalam dunia ratu cantik selain aktif sebagai peragawati.
Dalam pertandingan Miss International 2023, seramai 70 peserta telah bertanding mewakili negara masing-masing. Sepanjang tempoh bertanding, mereka dinilai oleh juri profesional yang memberi perhatian kepada cara komunikasi dan juga penampilan mereka.
Untuk pengetahuan para pembaca, daripada 15 peserta yang berjaya tembus ke kedudukan semi-final, 12 merupakan pilihan juri berdasarkan markah tertinggi manakala tiga lagi kedudukan merupakan peserta yang memiliki undian populariti tertinggi.
Ads
Cassandra berjaya memecah masuk sebagai perserta yang dinilai juri. Walaupun begitu, perjuangannya terhenti di kedudukan top 15 apabila gagal untuk masuk ke peringkat top 7. Gelaran Miss International tahun ini akhirnya dimenangi oleh wakil Venezuela, Andrea Rubio.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasalah perempuan, suka untuk mencuba stail yang baru..
Orang kata menukar stail atau gaya rambut boleh ubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue?
Trend rambut sekitar tahun 60-an hingga ke 70-an ini tiba-tiba kembali ‘in’ dikalangan anak muda masa kini. Menerusi hashtag #hime atau #himecut di Instagram dan TikTok, ramai betul orang mencubanya.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Tidak terkecuali Twice Momo, Blackpink Lisa, kumpulan Haim dan influencer dilihat sakan menggayakan trend ini.
Apa itu trend himecut?
Ala, lebih kurang seperti stail rambut gadis-gadis anime. Hiks! Menarik bukan? Jangan kata kanak-kanak, kalau dah namanya perempuan, kami pasti ramai yang turut menggemari watak dalam anime yang comel itu terutamanya watak anime Kakegurui, di mana pelajar Yumeko Jabami mengenakan stail ini.
Ia serupa dengan mullet, iaitu rambut panjang di belakang dengan bahagian sisi pendek, bangs adalah pilihan tapi ramai merasakan cantik dengan bangs.
Agak-agaknya macam mana rupanya kalau rambut digayakan dengan “Anime Haircut” ni ya? Jom kita lihat antara bintang kpop dengan trend rambut ini.
Momo (TWICE)
2. Irene (Red Velvet)
3. Yuju (GFRIEND)
4. Hyeri (Girls Day)
5. Somyi (DIA)
Ini tutorial yang korang boleh cuba, tapi hati-hati ye kalau tak mahir. Kang lain pulak jadinya. Hiks
Cutenya….Ada berani nak try?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jam tangan merupakan satu keperluan, tidak kira siapapun anda. Dari seorang pelajar hinggalah seorang doktor, saintis ataupun kontraktor, jam tangan diperlukan sejak dahulu kala untuk menentukan ketepatan masa.
Baru-baru ini, jenama Time Zone di bawah kelolaan kumpulan Habib memperkenalkan rangkaian jam tangan terbaru yang memang BERSTAIL!
Jam tangan Timex bekerjasama dengan siri popular, The Stranger Things. Kolabrasi dengan Netflix ini menghasilkan rekaan menggabungkan getaran digital retro 80-an dengan bakat moden untuk peminat jam tangan. Timex melancarkan 3 koleksi jam tangan dengan tema sci-fi Stranger Things. Jam tangan ini dikeluarkan bertepatan dengan keluaran Stranger Things Musim 4.
REMAJA berpeluang untuk melihat sendiri rekaan yang disediakan bagi pasaran Malaysia oleh pihak Time Zone. Jom lihat koleksi apa ada untuk kita semua.
Timex X Stranger Things
Siri Stranger Things membawakan tema seram berlatarkan era 80-an. Gaya retro klasik dilihat dalam setiap penampilan pelakon. Selaras dengan tema tersebut, jenama Timex juga telah menyelaraskan produk jam tangannya untuk kerjasama ini.
Jam Tangan Timex x Stranger Things mempunyai 3 koleksi dengan model yang berbeza. Timex mengambil model jam tangan paling ikonik tahun 80-an untuk kerjasama ini, iaitu Timex T80, Atlantis dan Camper. Dengan penambahan elemen baharu dan reka bentuk ala Stranger Things, jam tangan Timex edisi ini boleh menjadi barang koleksi yang menarik untuk peminat filem dan jam tangan.
Selain itu, Timex Group, peneraju dalam pembuatan jam turut mengumumkan kerjasamanya dengan beberapa jenama terkenal antaranya Coca-cola, Peanut dan banyak lagi.
Timex X Coca-Cola 1971
Timex X Peanut
Timex t80 X Space Invader
Untuk info korang, kesemua koleksi edisi terhad Timex ini kini boleh didapati di The Watch Library @ Vernakular Store, Bangsar. Harga pada harga runcit RM439-599.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tapi bila sains dibuktikan dengan fakta, seharusnya kita mempercayainya. Jika dahulu ketagihan pada telefon bimbit boleh mengakibatkan kemurungan terutama bagi remaja yang gemar bermain game tapi kajian terbaru sains ini pasti membuat korang yang tak berenggang dengan telefon lebih gerun.
Tak percaya, baca fakta sains yang dikongsikan oleh Dr Latif Saad dalam page fb TheDiagnosa mengenai kajian sains terbaru mengenai mereka yang menggunakan telefon bimbit dengan sangat kerap.
Moga perkongsian ini mampu membuatkan kita mampu membahagikan waktu 24 jam itu dengan pelbagai perkara bermanfaat dan bukannya mengadap telefon bimbit setiap masa.
Cuba rasa di bahagian belakang kepala anda iaitu beberapa sentimeter sebelum leher anda. Jika anda merasakan sedikit benjolan keras pada kawasan tersebut, ia mungkin menunjukkan anda telah menghadapi kesan sampingan disebabkan asyik melihat telefon.
Tumbuh lebihan tulang sebanyak 27.8 mm kesan daripada akibat terlalu kerap melihat telefon bimbit di dalam tempurung kepala seorang pesakit berusia 28 tahun
Kajian yang diterbitkan di Jurnal berprestij iaitu di Scientific Reports pada 2018 telah menunjukkan penggunaan telefon pintar akan meningkatkan kes penumbuhan tulang yang tidak normal di bahagian tempurung kepala anda. Tulang tersebut tumbuh di bahagian belakang tempurung kepala iaitu beberapa sentimeter daripada tulang belakang.
Saintis daripada Sunshine Coast University di Australia ini telah mendapati bahawa terdapat peningkatan penumbuhan tulang tempurung yang tidak normal pada golongan muda. Panjang tulang itu adalah 2.6cm dan ia boleh mencapai 3.1cm.
Di dalam istilah perubatan, tulang ini dikenali sebagai enthesophytes. Tulang ini terbentuk pada bahagian tempurung yang mempunyai sambungan dengan ligament iaitu dibahagian belakang kepala. Selalunya ia didapati pada mereka yang sudah berumur kerana stress yang lama pada bahagian tersebut.
Tetapi kajian ini menunjukkan perkara sebaliknya. Kajian ini dibuat pada 1200 individu yang berumur diantara 18-86 tahun dan kajian tersebut telah mendapati tulang ini telah tumbuh 33% daripada jumlah kesemua peserta. Yang menariknya, kebanyakan yang mempunyai tulang tidak normal tersebut adalah daripada mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun.
Ini adalah x-ray salah seorang peserta yang berumur 28 tahun. X-ray ini menunjukkan terdapat tulang yang tumbuh di bahagian belakang tempurung kepala.
Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini terutamanya pada golongan muda tahun 1990an.
Kajian ini sebenarnya belum lagi menentukan punca kepada kejadian tulang yang tidak normal tersebut. Tetapi disebabkan ianya berlaku pada golongan muda, pengkaji membuat hypotesis bahawa perkara ini berlaku disebabkan orang muda zaman sekarang banyak menggunakan Telefon pintar dan selalunya ia digunakan pada posisi yang salah.
Posisi mereka adalah dengan cara menunduk ke bawah dengan lama tidak kiralah sama ada untuk membaca whatsapp, melihat facebook, bermain game dan pelbagai perkara lagi. Ini akan memberi tekanan pada ligament yang melekat pada bahagian kepala tersebut.
Tekanan pada bahagian tersebut pula akan menyebabkan badan memberi respon iaitu dengan cara menumbuhkan tulang pada bahagian tersebut.
Jikalau dilihat penumbuhan tulang ini ia adalah sama seperti yang berlaku pada bahagian badan lain yang mengalami stres atau tekanan yang lama seperti bahagian tumit.
Tulang yang tumbuh pada tumit mengakibatkan rasa sakit keterlaluan pada kaki
Jika dilihat pada bahagian tumit tersebut telah tumbuh tulang sama seperti tulang di bahagian kepala sebelum ini. Tulang ini disebut sebagai heel spur dan ia boleh menyebabkan sakit tumit.
Penumbuhan tulang seperti ini menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar bagi kesemua lapisan masyarakat akan menyebabkan postur badan yang tidak betul. Oleh disebabkan itu, kita diminta untuk mengurangkan atau membetulkan postur badan kita ketika melihat telefon pada satu jangka masa yang lama.
Rujukan:
David Shahar & Mark G. L. Sayers. Prominent exostosis projecting from the occipital squama more substantial and prevalent in young adult than older age groups. Scientific Reports 8, Article number: 3354 (2018). https://doi.org/10.1038/s41598-018-21625-1
Pelakon dan hos terkenal, Ain Edruce, yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, memberitahu bahawa dia menyerahkan sepenuhnya tugas memilih nama bayi...