Tanggal Disember 2021 pernah meninggalkan kesan yang cukup mendapat buat Pengarah Urusan & Pengarah Butik COSRY, Ariff Quasry Md Din setelah beliau dikejutkan dengan pemergian bekas Pengarah Kreatif dan rakan akrabnya, Allahyarham Putra Aziz.
Tidak lama selepas itu, Ariff terus diasak dugaan seterusnya apabila butik COSRY yang selama ini berdiri gah di Sri Hartamas terbakar pada Jun 2022; hanya enam bulan selepas pemergian arwah Putra.
Pertemuan bersama REMAJA baru-baru ini telah membuka kisah di sebalik beberapa bulan mendukacitakan untuk Ariff & COSRY.
“Apabila butik COSRY terbakar, semua koleksi rekaan Putra dan archive yang dikumpul selama 15 tahun turut terbakar tanpa sempat diselamatkan walaupun sehelai.
“Barang kenangan arwah hilang lenyap dalam sekelip mata. Perasaan sedih dan kecewa itu, hanya Tuhan yang tahu, lebih-lebih lagi baharu sahaja kehilangan Putra. Saya mengambil sedikit masa untuk kuatkan semula semangat dan menyakinkan diri bahawa pasti ada hikmah atas setiap ujian Allah SWT ke atas hambaNya,” ulas Ariff membuka bicara.
“Lantas, dua ketentuan takdir itu menjadi titik tolak kepada saya untuk membuka chapter baru. Saya berfikir secara rasional dan mula merancang perjalanan baru COSRY.”
Jika dahulunya, COSRY terkenal sebagai sebuah jenama fesyen tempatan yang menyediakan busana eksklusif untuk disarungkan oleh pembeli VIP dan selebriti ternama Malaysia terutamanya sewaktu majlis perkahwinan.
Berbagai-bagai rupa busana kahwin pernah menyinari dunia selebriti hasil sentuhan COSRY; dari Zahirah Macwilson, Mawar Rashid, Che Puan Syamim Farid, Che Puan Juliana Evans hinggalah ke gaun perkahwinan ikonik ‘Mariposa’ untuk si cantik jelita, Anzalna Nasir.
ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya Untuk Buat Anzalna Happy ..” Gaun Mariposa Ciptaan Arwah Putra Cosry Jadi Idaman Bakal Pengantin Malaysia – REMAJA
Sentuhan ‘emas’ Allahyarham Putra sebagai Pengarah kreatif pada ketika itu menjadikan butik itu sebagai pilihan utama kepada bakal raja sehari atau kepada selebriti yang bertandang acara rasmi dan musim perayaan.
Setelah pemergian arwah selama ebam bulan, penerus legasinya, Ariff bangkit dengan sokongan baharu daripada wanita kelahiran Sarawak yang juga merupakan pelanggan setia COSRY selama ini, Datin Philomena Simeon.
“Saya minat dengan fesyen dan tekstil; tetapi saya bukannya daripada latar belakang fesyen. Saya menyertai COSRY sebagai Pengarah dan rakan kongsi ini adalah atas rasa cinta terhadap jenama ini. Ia dekat dengan hati saya.
“Kini, Ariff dan seluruh pasukan kerja COSRY akan lebih bersemangat dengan penjenamaan semula yang lebih segar dan rekaan yang kita sasarkan kepada orang muda dengan harga mampu milik,” tinta Philomena.
Ariff menambah bahawa hala tuju COSRY yang baru ini adalah hasil ilham dan sentuhannya sendiri tanpa memandangkan ke belakang terhadap koleksi yang pernah dihasilkan Allahyarham Putra.
“Bukannya untuk melupakan terus ‘signature’ sentuhan Putra tetapi barangkali sudah tiba masa COSRY mengkaji semula citarasa pembeli berusia 25 – 35 tahun dan permintaan pasaran pada era ini. Kita masih akan terus bermain dengan elemen lace dan potongan kebaya kerana itu adalah identiti kita, cuma kini mengikut stail saya,” kata Ariff.
Yang pasti selepas ini, COSRY tidak lagi menumpakan jenama semata-mata kepada golongan VIP, atasan atau selebriti sahaja seperti yang pernah berlaku satu ketika dahulu.
Bagi membuka lembaran baharu ini, COSRY tampil dengan koleksi Hari Raya pertamanya selepas berehat seketika.
Bersesuaian dengan seluruh lapisan masyarakat, COSRY pada tahun ini mula memperkenalkan rekaan plus size dan meneruskan koleksi bagi pemakai lelaki.
@remaja.my Ramai selebriti yang pernah dapatkan khidmat rekaan baju kahwin daripada Allahyarham #PutraAziz #Cosry, termasuklah #PuteriSarahLiyana. 🤍✨ #majalahremaja #remajanews #puterisarah #fesyen #raya #raya2023 #cosryofficial #trending #bajuraya2023 #bajuraya ♬ Stories 2 – Danilo Stankovic
Terdapat 3O helaian rekaan baharu untuk digayakan Aidilfitri tahun ini. Tema warna musim perayaan ini menjurus kepada warna pastel tanpa mengabaikan terus ‘warna-warna garang’ kerana peminat warna sedemikian tetap ada.
Kesemuanya hasil keras 10 individu berdedikan lagi berbakat termasuk pereka fesyen, tukang potong, tukang jahit baju dan tukang jahit manik.
Jom lihat beberapa rekaan yang dibahagikan kepada koleksi Ready-To-Wear, Luxe Edition dan Limited Edition.
Dalam pada itu, COSRY dijangka bakal mengoperasikan butik baharunya di Jalan Maarof, Bangsar pada Jun 2023.
Oleh itu, jika korang ingin mendapatkan koleksi Hari Raya ini, korang boleh ke stor ‘pop-up’ COSRY di aras dua, Shoppes At Four Seasons Place dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur atau di laman sesawang yang baru dilancarkan.
BACA LAGI: Boleh Berangan Sis! Lihat 6 Rekaan Baju Sanding Rekaan Cosry Yang Jadi Sebutan – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.