Pemergian Dicemburui Hari Jumaat 1 Ramadan, Ramai Doakan Arwah Rider Remaja

Share

 

Di saat umat Islam di Malaysia menyambut kehadiran bulan mulia Ramadan, tidak semua di kalangan kita yang diberikan kesempatan untuk menikmatinya hingga ke hari terakhir.

 

Perkongsian yang dimuat naik oleh @aimanomist menerusi Twitter semalam pantas menghadirkan simpati di kalangan netizen. Ini berikutan pemergian adiknya Daniel Dzaqi semalam pada detik Ramadan, pada hari Jumaat penuh baraqah.

Menurut abangnya yang dikenali sebagai Aiman, arwah adiknya itu baru berusia 21 tahun dan sedang bertugas sebagai seorang rider KFC sewaktu kejadian berlaku semalam.

“Semasa menjalankan tugas menghantar makanan, Dzaqi kemalangan dilanggar kereta di Padang Jawa (Shah Alam, Selangor). Ditakdirkan meninggal dunia pada malam pertama Ramadan.

Twitter: aimanomist

“Semoga kau tenang di sana adikku. Sepanjang aku kenal kau, hati kau baik dan selalu cuba untuk ceriakan orang. Kau pun dipanggil Allah semasa kau berkhidmat untuk masyarakat.

“Semoga Allah bagi syurga tanpa hisab untuk kau Daniel Dzaqi. InsyaAllah syurga,” catatnya semalam.

Allahu.

Ternyata, ramai yang mengenali hati budi Allahyarham Daniel Dzaqi. Menerusi bebenang di Twitter, mereka satu-persatu menceritakan kebaikan arwah sepanjang pengenalan mereka dengannya.

@zulfaqar1994 sifatkan arwah sebagai seorang yang amat baik. “Masa aku kerja dekat TGV, dia paling happening, peramah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.”

@aslamismaill pula berkata, “Dia orang pertama yang aku kenal dekat tempat kerja. Aku terus ngam, bagi aku dia penghibur dan sangat muda untuk terima benda ini. Dah setahun lebih dengan dia, dah macam-macam benda hadap. Tiba-tiba dia hilang macam tu.”

Seorang lagi rakan sekerja dari TGV yang dikenali sebagai @kakanuyun_ juga menyifatkan arwah sebagai seorang yang ceria. “I kerja pagi, arwah kerja petang. Dia tegur dulu dan perkenalkan diri. Still fresh in my mind – ketawanya, suaranya, lagu Kpop-nya.”

Jiran arwah turut terkesan. @asyahmi757

berkongsi arwah pernah dijaga oleh ibunya semasa kecil. “Arwah sangat baik dari kecil hingga sekarang. Sebak hati apabila dapat tau dia tiada lagi dan tak dapat lihat wajahnya untuk kali terakhir di bilik mayat unit forensik. Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman sahabat.”

*

Walaupun penulis tidak mengenali gerangan diri Allahyarham Daniel Dzaqi, jelas keperibadiannya amat disenangi oleh orang di sekeliling. Al Fatihah buatnya.

 

 

Published by
FZ