Hampir tiga telah berlalu sejak pemergian penyanyi kesayangan Malaysia, Siti Sarah Binti Raissuddin pada awal pagi Isnin lepas akibat wabak COVID-19. Bagi para peminatnya di Malaysia, masing-masing masih merasai kehilangan tersebut dek kerana situasi menyedihkan yang menyelubungi pemergian Allahyarhamah.
Sarah meninggalkan seorang suami dan empat orang cahaya mata yang masih kecil selepas baru saja melahirkan bayi secara pra-matang yang diberikan nama Ayash Arfan. Kisah-kisah kebaikan yang pernah dilakukan olehnya satu-persatu muncul apabila diceritakan semula oleh mereka yang pernah berhubung dengan Sarah; lalu membuatkan perpisahan ini lebih menyayat hati.
ARTIKEL BERKAITAN : Skuad Penyanyi ‘My All’ Versi Bahasa Melayu Doa Kesejahteraan Arwah Siti Sarah – REMAJA
Segenap penggiat media di Malaysia tampil menceritakan mengenai pemergiaan Allahyarhamah. Siapa sangka, perkhabaran ini turut mendapat perhatian daripada penggiat media antarabangsa juga.
Beberapa portal media termasuklah BBC World, People dan USA Today melaporkan mengenainya sejak semalam sejurus selepas carian mengenainya di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram masih kekal menjadi topik paling diperbualkan hingga ke hari ini.
Menerusi muat naik di Twitter BBC World, warganet antarabangsa bertanyakan sama ada bayi tersebut selamat dilahirkan dan berada dalam keadaan yang sihat. Sambil itu, ramai mendoakan kesejahteraan suaminya, Shuib dan anak-anak mereka.
Portal selebriti dan dunia hiburan popular, People pula menceritakan mengenai tragedi tersebut dan pemilihan nama Ayash Affan yang disukai oleh Sarah sendiri, Nama tersebut diambil daripada seorang pejuang Islam di Semenanjung Gaza.
Sementara itu, USA Today turut melaporkan kisah ini menerusi artikel berjudul ‘Tears Running Down Her Cheeks’; Malaysian singer dies from COVID-19 days after giving birth (‘Air Mata Mengalir Pada Pipinya’; penyanyi Malaysia meninggal dunia akibat COVID-19 beberapa hari selepas melahirkan anak).
Fans are mourning the death of popular Malaysian singer, Siti Sarah Raisuddin, who died days after giving birth. https://t.co/z7YNiyOByj
— USA TODAY (@USATODAY) August 10, 2021
Menghargai sentimen yang dihulurkan oleh penggiat media antarabangsa itu, setiap muat naik artikel di akaun media sosial mereka dihujani dengan ucapan terima kasih oleh warganet Malaysia di atas kesudian memaparkan kisah Allahyarhamah Siti Sarah.
BACA LAGI : ‘Pemergian’ Yang Dicemburui Umat Islam, Untungnya Siti Sarah – REMAJA