‘Pemergian’ Yang Dicemburui Umat Islam, Untungnya Siti Sarah

Share

Kematian yang begitu dicemburukan. Rata-rata hari ni rakyat Malaysia bercakap mengenai ‘pemergian’ Siti Sarah Raissuddin ke dunia abadi. Allahyarhamah Siti Sarah ini sememangnya amat bertuah.

Rata-rata rakan selebriti mahupun yang mengenali Siti Sarah memuat naik perilaku baiknya dan dermawanya beliau ketika hayatnya. Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu meninggal dunia selepas melahirkan anak dan akibat wabak COVID-19

membuatkan arwah layak tergolong sebagai ‘mati syahid’ yang didambakan oleh ramai umat Islam.

Menurut Pendakwah Bebas, Imam Muda Asyraf — kedua-dua faktor itu membolehkan pemergian penyanyi kesayangan ramai itu tergolong dalam syahid ketiga, iaitu syahid akhirat.

Foto Kredit : Azhan.co

Jelasnya, syahid terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :

1) Syahid dunia dan akhirat – hanya untuk mereka yang terkorban dalam medan peperangan fisabilillah.

2) Syahid dunia –  mereka yang pada zahirnya terbunuh dalam peperangan, tetapi sebaliknya diselubungi nawaitu yang tidak jujur atau dipaksa.

3) Syahid akhirat – kematian disebabkan melahirkan anak, terbakar, wabak seperti taun serta COVID-19, lemas dan sebagainya.

“Dalam kes Siti Sarah, Allahyarhamah meninggal dunia disebabkan virus COVID-19 dan baru melahirkan anak. Maka, kita boleh kata Allahyarhamah tergolong dalam syahid akhirat,” katanya kepada BH Online.

Asyraf yang juga juara musim pertama Imam Muda berkata, individu yang tergolong dalam syahid akhirat akan diberi ganjaran dan kemuliaan Allah SWT di akhirat.

Jenazah mereka diuruskan seperti biasa. Cuma diberikan kemuliaan khusus di akhirat nanti.

Benar janji Allah, bagi mereka yang punya hati yang ikhlas dalam beribadah dan menuntut ilmu, bila tiba kematiannya, Allah akan memuliakannya. Dan hari ini menjadi saksi, sungguh ramai yang mendoakanmu.

Al-Fatihah ( dengan bacaan) buat Siti Sarah.

Published by
Nana