Pemfailan Penceraian Puteri Sarah Tertangguh Hingga Ke Minggu Depan Sebabkan Ini

Share

Selang dua hari selepas memaklumkan secara terbuka kepada suaminya agar melepaskannya daripada ikatan perkahwinan, pelakon Puteri Sarah difahamkan akan memfailkan penceraian daripada Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Isnin minggu hadapan.

Sepatutnya, ia difailkan pada hari Khamis semalam. Namun, pemfailan tersebut terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan setelah pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu perlu menjalani penggambaran di Port Dickson.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah Dengan Play Victim” Puteri Sarah Minta Suaminya Usah Putar Belit Cerita – REMAJA

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, dia akan mewakili Puteri Sarah dan hanya proses permohonan cerai sahaja akan difailkan pada Isnin nanti.

Beliau turut memaklumkan bahawa ibu kepada dua cahaya mata itu pasti hadir di mahkamah bagi permohonan cerai.

Dua hari lalu, Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram secara ringkasnya memohon agar Syamsul ‘melepaskannya’ kerana dia tidak rela untuk dimadukan.

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadukan,” catatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta Lepaskan Saya..” Puteri Sarah Nekad Tidak Rela Dimadu Syamsul Yusof – REMAJA

Sementara itu, Syamsul dalam satu temubual eksklusif media pula berkata, dia sedang dalam usaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah. Pengarah itu juga meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah untuk melakukan perbincangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

@remaja.my Okay tak Syamsul-Syamsul dekat luar sana..? 🥲🥲 Sejurus selepas pengarah filem Munafik & Mat Kilau, #SyamsulYusof mendedahkan dirinya telah menikahi pelakon #IraKazar secara sah di Thailand dengan berwalikan bapa Ira sendiri, isteri pertamanya yang juga merupakan seorang pelakon, #PuteriSarah telahpun memuat naik videonya sendiri bagi meminta penjelasan dan menjawab poin-poin yang diutarakan Syamsul. Antaranya termasuklah permintaan Syamsul agar Puteri Sarah pulang semula ke rumah mereka untuk berbincang secara baik. #majalahremaja #remajanews #remajamalaysia #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #selebritimalaysia #artismalaysia ♬ original sound – Remaja

Sebagai info, tepat semingga yang lalu, Syamsul menerusi satu hantaran video di Instagram telah membuat pengakuan bahawa dia sudahpun menikahi isteri keduanya yang juga merupakan pelakon, Ira Kazar di Thailand.

Majlis tersebut berwalikan bapa mertuanya iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.

BACA LAGI: “Saya Sudah Bernikah Secara Sah Dengan Ira,” – Syamsul Yusof Menjelaskan Status Terkini, Mohon Puteri Sarah Pulang Ke Rumah – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ