Foto Via Pexels

Memelihara kucing di kediaman bukan sahaja memberikan kegembiraan tetapi juga pelbagai manfaat kepada pemiliknya. Namun, terbaru negara jiran kita Singapura WAJIBKAN lesen & tanam mikrocip bela kucing di kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN : Dari Jalanan Ke Kucing TikToker Of The Year, Ini Kisah Kucing Terkaya Bernama NALA!

Nak Bela Kucing Di Singapura Kini Perlu Ada Lesen Dan Mikrocip!

Perlesenan, Mikrocip Kucing

Menurut Rangka Kerja Pengurusan Kucing di bawah Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) Lembaga Taman Negara, ia akan bermula selepas tempoh peralihan selama dua tahun untuk pemilik kucing memenuhi keperluan pelesenan dan mikrocip.

Peraturan itu akan membenarkan sehingga dua ekor kucing dipelihara di setiap flet HDB dan tiga ekor kucing untuk setiap kediaman persendirian, dengan pemilik dikehendaki melesen dan memasukkan mikrocip.

Nak Bela Kucing Di Singapura Kini Perlu Ada Lesen Dan Mikrocip!
Pemilik Kucing Foto Via Pexels

“Mereka yang mempunyai lebih banyak kucing daripada had untuk flet HDB dan premis persendirian akan dibenarkan menyimpan semua kucing peliharaan sedia ada mereka jika mereka melesenkannya dalam tempoh peralihan ini,” katanya.

Ads

Permohonan lesen tersedia dalam talian melalui portal Sistem Pelesenan Haiwan-Haiwan AVS mulai 1 September ini.

Pemohon kali pertama perlu melengkapkan kursus pemilikan haiwan peliharaan dalam talian secara percuma yang meliputi kemahiran asas penjagaan haiwan peliharaan dan pemilikan bertanggungjawab.

Perlesenan Percuma Tempoh Peralihan

Pelesenan adalah percuma dalam tempoh peralihan dua tahun dari 1 September 2024, hingga 31 Ogos 2026.

Selepas itu, akan dikenakan bayaran SGD$15 (RM52) bagi lesen untuk kucing yang dimandulkan dan SGD$90 (RM314) untuk kucing yang tidak dimandulkan bagi tempoh setahun.

Orang ramai juga digalakkan untuk memandulkan kucing peliharaan mereka untuk mengelakkan pembiakan yang tidak diingini.

Ads

Lesen yang dikeluarkan ketika tempoh peralihan adalah sah seumur hidup untuk kucing yang dimandulkan, manakala bagi kucing yang tidak dimandulkan, lesen hanya sah ketika tempoh peralihan.

Program Sokongan Pemandulan Kucing Peliharaan

Secara berasingan, Program Sokongan Pemandulan Kucing Peliharaan juga akan dilancarkan oleh AVS pada 1 September ini.

Ia menyediakan pensterilan dan mikrocip percuma kepada isi rumah berpendapatan rendah untuk kucing peliharaan mereka.

Memelihara kucing tanpa lesen mulai 1 September 2026 adalah menjadi satu kesalahan, dengan pemilik kucing boleh didenda sehingga SGD$5,000 (RM17,419) kerana tidak mematuhi syarat pelesenan, sama seperti peraturan sedia ada untuk pemilik anjing.

Ads

Larangan ke atas kucing peliharaan di flet HDB dilaksanakan sejak 1989, dengan pesalah dikenakan denda sehingga SGD$4,000 (RM13,935).

Bagaimanapun, tindakan biasanya hanya diambil terhadap pemilik sekiranya terdapat aduan mengenai kucing mereka yang menyebabkan gangguan kepada orang lain.

So apa pendapat korang tentang undang-undang baru tentang kucing peliharaan di Singapura ni!

BACA LAGI: Rawat Kucing Luka & Kurap Dengan Remedy KUNYIT. Lebih Selamat & Jimat!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Bharian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI