Siapa tidak kenal dengan legenda bola sepak Brazil yang sememangnya seorang figura hebat dan tangkap di atas padang pada suatu masa dahulu…
Pele, seorang pemain bolak sepak yang handal dan satu-satunya pemain yang berjaya menjulang tiga piala dunia. Kini, tahap kesihatan legenda berusia 82 tahun itu dikhabarkan semakin kritikal.
Perkhabaran duka tersebut dikongsikan anak perempuannya yang dikenali sebagai Kely Nascimento menerusi satu hantaran gambar yang memperlihat dia sedang memeluk erat bapanya yang terlantar di atas katil.
Sehubungan itu, perkongsian tersebut telah mengundang rasa sebak rata-rata warganet apabila anaknya itu mencoretkan sebuah kapsyen yang menyentuh hati.
“Kami masih di sini, berjuang dan percaya. Satu malam lagi bersama,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah komen pada hantaran berkenaan, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat dan doa agar diberikan kesihatan seperti sedia kala buat Pele.
Menurut laporan media, bekas pemain Brazil itu dilaporkan semakin kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Albert Einstein, Sao Paulo, pada penghujung November lalu.
Selain itu doktor turut mengesahkan kanser yang dihidapinya semakin teruk, selain mempunyai masalah berkaitan jantung dan buah pinggang.
Sekadar informasi, Pele membuat penampilan sulung antarabangsanya pada tahun 1957 dan menjadi watak utama membawa Brazil meraih Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Pele & Kely Nascimento