Selepas Harimau Malaya layak untuk perhitungan separuh akhir menentang juara bertahan, Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, keterujaan para penyokong sukar dibendung lebih lagi perlawanan itu bakal berlangsung pada cuti hujung minggu.
ARTIKEL BERKAITAN : Kenali Stuart Wilkin, Atlet Kacak Kacukan England-Malaysia. Jaring 2 Gol Bantu Malaysia Kalahkan Singapura
Namun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan hanya 59,000 tiket ditawarkan daripada 80,000 kapasiti tempat duduk ditawarkan kepada peminat Harimau Malaya yang datang menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF 2022.
Difahamkan, sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikorbankan’ gara-gara dihalang oleh struktur pentas konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou yang akan berlangsung pada 15 Januari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil
(SNBJ).KBS Bertindak
Sementara itu, Menteri KBS Hannah Yeoh, menjelaskan update terkini tentang isu tersebut.
Hannah Yeoh menyatakan bahawa KBS sedang berbincang dengan pihak perbadanan stadium mengenai isu 21,000 tempat duduk yang terpaksa ditutup. Berdasarkan kenyataan beliau, para peminat berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera agar Stadium Nasional Bukit Jalil “full house” dengan sokongan padu penyokong Harimau Malaya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.