Penyanyi dan ikon legenda muzik Bollywood, Udit Narayan baru-baru ini mengumumkan bakal menemui para peminat di Kuala Lumpur, Malaysia pada 28 Disember ini.
Menurut penganjur VVST Digital Creation berkata, konsert kali ini akan mengamit nostalgia para peminat lagu Hindustan dan membawa semula pengalaman zaman kegemilangan filem dan lagu Bollywood yang popular dari era 90-an sehingga hari ini.
“Kami mula menghubungi pasukan Udit sekitar Disember tahun lalu. Walaupun beliau satu nama besar dalam industri muzik Bollywood, tetapi segala proses berjalan dengan mudah”
“Kami juga mendapat persetujuan dari pihak Udit pada April lalu. Jika diikutkan jadual, beliau memang sangat sibuk kerana ada konsert besar di beberapa negara lain seperti Eropah dan UAE, tetapi disebabkan Udit sendiri teruja mendengar pelawaan kami. Akhirnya kami berjaya mendapat persetujuaannya,” jelas Pengarah First Pictures Sdn Bhd, Dzulhilmi Zainol.
Selain itu, wakil VVST Digital Creation, Gunasegaran Palanisamy juga berkata, konsep persembahan Udit Narayan juga menarik kerana para peminat yang membeli tiket berpeluang untuk mengundi lagu pilihan semasa konsert akan datang.
“Kami akan membuka sistem ‘polling’ di media sosial seperti Instagram dan Tiktok. Jadi kami akan senaraikan lagu mana yang mendapat undian terbanyak dan ia bakal dinyanyikan oleh Udit pada 28 Disember nanti”
Selain itu, Gunasegaran juga mengakui pihaknya sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang dianggarkan jutaan ringgit untuk membawa masuk penyanyi bertaraf legenda itu ke sini
“Kami tak nafikan untuk membawa Udit Narayan menelan belanja yang tinggi. Sebenarnya, kalau boleh kami tidak mahu dedahkan kerana ramai yang akan terkejut setelah mengetahui kos sebenar”
Dalam pada itu, antara fakta mengenai pelantun lagu Kaho Naa Pyaar Hai ini adalah beliau telah menyanyikan lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang lebih tiga dekad kerjayanya. Terkenal dengan suara emas yang dipinjamkan kepada ‘3 King of Khans Bollywood’ seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan, Amir Khan, dan beberapa pelakon lain.
Penyanyi berusia 68 tahun itu juga dijangka membawakan 40 seleksi lagu popularnya dalam konsert yang dijangka berdurasi tiga jam.
Penganjur turut memaklumkan bakal mengundang tiga penyanyi Bollywood dan seorang penyanyi tempatan yang bakal diumumkan dalam waktu terdekat.
Tiket Konsert Udit Narayan Live In Kuala Lumpur 2024 sudah mula dijual bermula hari ini dengan harga bermula RM148 hingga RM1466.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kini, penyanyi indie-pop ini kembali dengan album penuh pertamanya, ‘Private Blizzard’! Tajuk album ini diambil daripada frasa “each in his own private blizzard” yang diambil dari puisi “The City Planners” oleh Margaret Atwood. Very mindful#MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia” />