Berita

Peminat Doakan Syasya Rizal Kekal Istiqamah Dalam Berhijab

Share

Bekas kumpulan Dolla, Syasya Rizal sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi imej terbaharunya iaitu tampil berhijab.

Syasya dilihat kembali aktif di media sosial selepas memuat naik satu video di aplikasi TikTok.

Menerusi sebuah klip video pendek itu, gadis berusia 23 tahun itu dilihat melakukan trend ‘Maestro Challenge’

dengan berlatar belakangkan lagu Maestro nyanyian kumpulan dari Korea Selatan, Seventeen.

ARTIKEL BERKAITAN: Norreen Iman Kongsi Momen Penghijrahan Berhijab, Fasa Cuba Kawal Ketawa & Percakapan

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah, imej Syasya dalam video tersebut yang tampil mengenakan hijab berwarna hitam dan digayakan dengan baju tshirt berlengan panjang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan terbaharu Syasya yang dilihat lebih sopan dan menutup aurat.

Bahkan, mereka memuji kecantikan dan keayuaan yang dimiliki Syasya lebih-lebih lagi selepas berhijrah.

Keep istiqamah, cantik sangat awak bertudung,” komen seorang peminat.

Syasya so pretty MashaAllah, keep istiqamah okey,” komen peminat yang lain.

“MasyaAllah cantiknya selepas berhijab,” tulis seorang lagi.

Baru-baru ini, Syasya mengejutkan ramai apabila mengesahkan selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Syasya Rizal

IKLAN