Isu peminat fanatik yang tidak ‘merestui’ hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.

Sejak era generasi pertama idola K-pop lagi, bintang-bintang ini akan bertindak dengan amat berhati-hati dalam soal mempamerkan kemesraan apabila mereka sedang hangat bercinta.

More often than not, mereka memilih untuk merahsiakan terus perhubungan agar masing-masing tidak menerima tempias negatif daripada peminat fanatik yang tidak dapat menerima fakta idola mereka sudah menjadi kepunyaan orang lain.

BACA: V BTS & Jennie Blackpink Dikatakan ‘Berdating’ Di Pulau Jeju, YG Entertainment Beri Respon – Remaja

BACA: Gosip Cinta Jennie & V BTS Kembali Berputik! YG & HYBE Akhirnya Respon Video Berpegangan Tangan – Remaja

Ramai menyangka isu ini tidak lagi timbul apabila dunia hiburan K-pop kini sudah semakin terbuka selari dengan zaman digital di mana mereka akan berkongsi perkara-perkara peribadi.

Ads

But NO! Nampaknya, keperibadian peminat fanatik seakan tidak berubah sejak dahulu hingga sekarang. Terbaru, kumpulan aespa yang kini berada di Shanghai, China menjadi mangsa terjahan peminat agresif ketika menghadiri acara bertemu mesra di KMStation Shanghai.

Menerusi klip yang kini tular di platform X dan TikTok, aespa dilihat terpaksa dilindungi oleh pegawai bertugas menggunakan payung hitam ketika memasuki kenderaan mereka di lokasi parkir.

Difahamkan, salah satu ahlinya iaitu Winter baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan peminat K-pop di China setelah dirinya terkait dengan gosip bercinta bersama ahli ENHYPEN, Jungwoon.

Peminat Fanatik Jungwoon ENHYPEN ‘Serang’ Winter aespa Di China Selepas Timbul Gosip Bercinta
Jungwoon ENHYPEN.
Peminat Fanatik Jungwoon ENHYPEN ‘Serang’ Winter aespa Di China Selepas Timbul Gosip Bercinta
Winter aespa.

Biarpun kedua-dua syarikat label mereka iaitu SM Entertainment dan Belift Lab pantas menafikan khabar angin itu, nampak peminat di China tidak memperdulikan kenyataan yang dikeluarkan.

Ads

Lapor pemerhati K-pop di media sosial, sekumpulan peminat memperolehi info rahsia mengenai itinerari aktiviti, laluan perjalanan dan alamat hotel yang didiami oleh aespa.

Lantas, mereka menterjah Winter dan ahli aespa lain sewaktu di lokasi parkir untuk mengerumi grup tersebut dan mengambil foto tanpa kebenaran. Mereka turut mempamerkan tingkah laku agresif serta menjerit kata-kata kesat ke arah aespa

Ads

Tambah merunsingkan, Winter baru sahaja pulih daripada keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan trip ke China ini merupakan aktiviti pertamanya selepas kembali bekerja.

Rata-rata netizen mengutuk keras tingkah laku peminat di China itu dan berharap agar SM Entertainment melindungi kelima-lima ahli daripada insiden yang tidak diingini.

Macam-macam ya!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI