Hiburan

Peminat Global Kecewa NCT Teruskan Kolaborasi Dengan Jenama Minuman Terkenal, Ada Ahli Hilang Jutaan ‘Followers’!

Share

Sudah menjadi kebiasaan bagi grup-grup K-pop popular untuk menghadiahkan ‘buah tangan’ buat peminat setia mereka menerusi projek kolaboratif bersama jenama makanan dan minuman terkenal.

Kalau korang masih ingat, BTS pernah menjalin kolaborasi bersama francais makanan segera, McDonald’s manakala grup wanita sensasi, Blackpink juga pernah mengeluarkan edisi istimewa bersama Orea dalam bentuk biskut berwarna hitam-merah jambu serta photocard yang boleh dikumpul.

Maka tidak hairanlah apabila grup K-pop, NCT juga baru-baru ini terpilih untuk mengeluarkan merchandise istimewa setelah ia ditunggu-tunggu oleh NCTzens di seluruh dunia.

NCT.

Bagaimanapun, penerimaan terhadap kolaborasi kali ini dilihat cukup berlainan daripada yang sebelum-sebelum ini.

Ini memandangkan kolaborasi NCT tersebut adalah bersama jenama minuman global terkenal, Starbucks di Korea Selatan selepas tercetusnya pergolakan di Palestin membabitkan kekejaman rejim zionis Israel.

Sentimen yang dirasakan penduduk global terhadap jenama Starbucks yang didakwa mempunyai hubung kait dengan pihak ketenteraan zionis dipercayai menjadi punca mengapa merchandise terbaru dengan NCT ini tidak diterima baik oleh peminat. Malah tidak keterlaluan jika REMAJA andaikan ia diboikot oleh peminat global.

Sejak dijual mulai 30 Mei lalu (jualannya akan terus dibuka sehingga 4 Julai hadapan), REMAJA difahamkan koleksi tersebut masih belum habis terjual; jauh berbeza dengan fenomena yang pernah dicetuskan merchandise BTS dan Blackpink pantas disambar oleh peminat K-pop, satu ketika dahulu.

Item-item collectible seperti beg galas, beberapa rekaan bekas minuman, kole minuman, pemengang kad dan light stick NCT tersebut juga khabarnya masih ada di rak-rak kafe Starbucks di Korea Selatan.

Lebih malang lagi apabila ahli-ahli grup NCT juga menerima tempias daripada kolaborasi ini. Tinjauan REMAJA terhadap akaun Instagram peribadi mereka mendapati masing-masing mengalami penurunan jumlah pengikut Starbucks mengesahkan kolaborasi bersama NCT ini.

Setakat awal minggu ini, Jaemin sudahpun kehilangan 1.3 juta pengikut diekori Haechan (1.3 juta), Jeno (1.2 juta) Jaehyun (1.2 juta), Mark (1.2 juta) dan Renjun (1 juta). Lain-lain ahli turut kehilangan ratusan ribu pengikut dari 600,000 hingga 900,000. Banyak tu!

Biarpun Starbucks Korea Selatan telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi yang menidakkan pembabitannya dengan badan ketenteraan Israel, rata-rata peminat masih memboikot jualan merchandise

ini.

Baca kenyataan penuh mereka di bawah:

“Starbucks ialah syarikat global yang komited untuk membuatkan semua orang rasa dialu-alukan di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Kami menolak keras kebenciaan dan keganasan terhadap mereka yang tidak bersalah.

“Walapun berita palsu tersebar melalui media sosial, Starbucks tidak pernah menyumbang kepada mana-mana operasi kerajaan atau ketenteraan dalam apa cara sekalipuN.” – Starbucks Korea Selatan.

Nampaknya, mana-mana selebriti selepas ini tidak kiralah yang Muslim atau bukan Muslim perlukah lebih sensitif terhadap sentimen isu semasa dunia memandangkan ia bukan saja menyentuh perihal keagamaan tetapi lebih menjurus ke arah isu kemanusiaan penduduk Palestin.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ