Peminat Muslim Dihentam Kerana Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kim Jonghyun

Share

Bertempat di perkarangan Sungai Klang di Masjid Jamek Kuala Lumpur semalam, para peminat K-Pop terutamanya yang menggelar diri mereka sebagai Shawol berkumpul di sana untuk memberikan penghormatan terakhir kepada ahli grup itu yang disahkan meninggal dunia, minggu ini.

Kira-kira 100 orang peminat semalam dari segala latar belakang, bangsa, umur (walaupun kebanyakannya adalah remaja) dan agama sama-sama menyatakan rasa sedih dan hiba.

Ada peminat yang dilihat membawa belon berwarna putih dan ada juga yang memegang kad berbunyi ‘You Did Well Jonghyun We Love You MSIA’ (Kamu Telah Lakukan Yang Terbaik Jonghyun Kami Cintakan Kamu Dari Malaysia’.

Nampak seperti tiada apa-apa kontroversi yang harus dibangkitkan kerana mereka yang berdiri di situ, bercakap sesama mereka dan gambar mereka diambil. Nope.

Kebanyakan netizen Muslim merasakan perbuatan tersebut salah kerana berada di tempat kejadian dan mengikuti ‘sesi’ meratapi pemergian idol mereka itu.

Mereka mengatakan adalah okay untuk remaja beragama lain melakukannya tetapi adalah salah bagi remaja Muslim menyertai ‘sesi’ seumpama itu.

Ada netizen yang mengatakan mereka melampaui batas kerana berdiri di hadapan lilin yang diletakkan. Malah, ada warga Twitter yang mencerca remaja tersebut kerana mengapa perlu merasa kasihan kepada seseorang yang mengambil tindakan membunuh diri akibat depresi.

Relax Guys

Kami memahami sentimen yang diluahkan oleh netizen namun kami tak merasakan korang perlu mengecam sebegitu rupa.

Firstly, tiada perbuatan pemujaan pun yang berlaku di tempat kejadian. Apa yang berlaku hanyalah mereka berdiri bersama-sama tanpa mengira bangsa. Ada waktu mereka juga  menyanyikan lagu ‘Replay’ yang dipopularkan oleh kumpulan SHINee.

Satu perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana peminat K-Pop seluruh dunia.

Sumber Foto: Astro

Dalam mana-mana kejadian kematian orang berpengaruh sedunia pun, orang ramai tanpa mengira agama akan tampil memberi penghormatan.

Ingat lagi tragedi Princess Diana?

Adakah kami bersetuju dengan perbuatan mereka berada di situ? Well, mungkin tidak kerana kami sedar ia akan menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Jika kehadiran peminat Muslim di situ lebih banyak menimbulkan kata-kata cacian netizen berbanding sokongan, lebih baik untuk tak hadirkan diri.

Namun, kita perlu melihat mana-mana perkara dari sudut positif.

Kematian Jonghyun sebenarnya telah banyak membuka mata masyarakat tentang betapa seriusnya masalah depresi.

Tak kiralah sama ada kamu muda atau tua, kaya atau miskin, popular atau biashe-biashe saja, ia boleh menganggu sesiapapun yang tidak mempunyai mentaliti dan dalaman yang kuat.

Setidak-tidaknya, ramai yang telah mula sedar kepentingan isu ini dan diharap tampil mendapatkan bantuan jika bermasalah. Atau saling menyebarkan informasi bagaimana kita boleh membantu orang terdekat yang menghadapi depresi.

Published by
FZ