Bagi kanak-kanak dan remaja yang membesar pada zaman 90-an, pastinya korang masih mempunyai koleksi novel seram nukilan penulis ikonik, R.L. Stine.
Novel seperti Goosebumps sudah menjadi satu kemestian untuk semua orang kumpul dan baca; mungkin sekali sehingga ke hari ini. Sekiranya Goosebumps sudahpun diadaptasi dalam bentuk drama bersiri (1996-1998) dan filem (2015 & 2018), kini satu lagi siri novel popular R.L. Stine menemui penonton dalam – bukan satu, bukan dua tetapi tiga filem berturut-turut sepanjang tiga minggu!
Filem Triologi Fear Street diadaptasi daripada novel seram & thriller R.L. Stine dan ia sedang ditayangkan di platform penstriman Netflix sepanjang bulan Julai ini. Setiap filem akan ditayangkan pada minggu berbeza dan kita perlu menunggu sehingga 16 Julai 2021 untuk menonton pengakhirannya.
Seperti yang diketahui pembaca novel Fear Street, plot cerita ini bukan sekadar kisah hantu yang akan mengganggu tidur malam korang – ia lebih daripada itu.
Sentimen yang sama telah dipersetujui oleh enam orang pelakon Fear Street ketika ditemui REMAJA baru-baru ini menerusi sesi secara maya. Kata mereka, Fear Street
menggabungkan elemen-elemen seperti cinta, kejutan, suspen, komedi, drama dan rasa ingin tahu – all tied with one perfect bow (or rather three bows, for that matter).Triologi ini bermula dengan filem pertama berjudul Fear Street Part 1 : 1994 (yang telah ditayangkan sejak 2 Julai). Ia mengisahkan sekumpulan remaja yang merasakan kesemua kejadian aneh dan menakutkan di pekan Shadyside selama ini adalah satu sumpahan dan berkait-rapat antara satu sama lain.
Demi mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa seterusnya, Deena (Kiana Madeira), Josh (Benjamin Flores Jr), Simon (Fred Hechinger) dan Kate (Julia) sedar mereka perlu lakukan sesuatu.
Fear Street Part 2 : 1978 pula akan ditayangkan pada 9 Julai ini. Ia akan merungkai apa sebenarnya yang terjadi 16 tahun lalu di Camp Nightwing. Di sebuah kawasan perkhemahan yang mengumpulkan penduduk Sunnyvale dan Shadyside, kejadian pelik pernah terjadi apabila pembunuh bersiri didapati berlegar di summer camp itu hingga mengundang kepada kematian.
Akhir sekali pada 16 Julai nanti, penonton dibawa semula ke tahun 1666 bagi mengetahui punca di sebalik insiden misteri di Shadyside menerusi filem ketiganya, Fear Street Part 3 : 1666. Kami enggan spoil-kan plot filem ini, but lets just say it involves a witch.
Kepada mereka yang telahpun menonton Fear Street 1: 1994, pastinya korang perasan status R-Rated yang diletakkan untuk filem tersebut. Ya sudah tentu untuk menjayakan sebuah filem seram/thriller
yang realistik kepada penonton, ia haruslah padat dengan adegan menakutkan agar korang terhibur.Bagi REMAJA dan juga pelakon Kiana Madeira yang membawakan watak Deena Johnson, status R-Rated itu bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan. Kata Kiana, dia percaya penonton muda sekarang sudah boleh menjangkakan adegan seperti pembunuhan, misalnya akan terjadi sejak mereka membaca novel Fear Street lagi.
“Saya adalah Goosebumps kid. Saya dilahirkan pada 1992 dan semua yang berlaku pada zaman itu berkait dengan Goosebumps. Sebagai peminat R.L Stein, saya amat berterima kasih kerana dia telah menjadikan zaman kanak-kanak saya lebih interesting.
“Jadi apabila saya diberikan watak ini, ia terasa seperti mimpi. Dan pada masa yang sama, saya tahu saya perlu melakukan homework kerana ini bukanlah watak picisan dan ia melibatkan tiga buah filem.
“Jadi saya dan pelakon lain diberikan filem-filem seram ikonik sepertii The Goonies dan Scream untuk kami tonton sebelum memasuki set,” kata pelakon Trinkets itu.
Seperkara lagi yang penulis rasa membuatkan triologi Fear Street ini cukup menarik adalah disebabkan ia bukannya filem seram stereotaip korang.
Komen Olivia Scott Welch ketika kali pertama diberikan peluang menonton ketiga-tiga buah filem ini, dia merasa cemas untuk melihat hasilnya namun terselit rasa teruja dan bangga dalam dirinya.
“Sebagai pelakon, saya gembira setelah menjayakan genre filem yang amat saya minati ini. Dahulu, apabila saya menonton filem seperti A Nightmare on Elm Street atau Screa, saya akan cemburu dengan pelakonnya. Kini saya tahu sudah peraaan mereka semasa melakonkannya.
“Sebagai penonton pula, saya amat berpuas hati. Fear Street lebih daripada apa yang saya jangkakan dan saya pasti penonton di luar sana akan setuju dengan saya,” katanya.
Bercakap dengan pelakon lain seperti Ashley Zukerman, Gillian Jacobs dan Darrell Britt-Gibson, mereka turut merasakan bahawa setiap karakter yang ditampilkan adalah penting, bukan hanya karakter sendalan membawa sesuatu yang bermakna kepada triologi ini.
Malah, keputusan untuk menjadikan Fear Street yang merupakan novel kanak-kanak kepada filem yang lebih matang dan ‘dark’ juga membuatkannya relevan dengan golongan pembaca asal Fear Street yang rata-rata sudah dewasa.
Tak sabar rasanya untuk menonton dua lagi filem sambungan kepada trilogi Fear Street ini sepanjang Julai.