Cyber bullying kini seakan sudah menjadi satu epidemik baru yang muncul tanpa henti di kalangan pengguna Internet di seluruh dunia.
Terbaru gempar satu dunia semalam apabila penyanyi dan juga pelakon kelahiran Korea, Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri iaitu bekas ahli f(x) telah ditemui meninggal dunia keseorangan di dalam rumahnya dengan punca kematian dikenalpasti seperti membunuh diri.
Terdahulu, Sulli pernah menyepikan seketika dirinya dari dunia hiburan kerana tekanan mental dan fizikal akibat komen-komen negatif netizen.
Namun heboh di platform Twitter apabila ada seorang peminat Sulli memuat naik video terakhir beliau dengan ayat “that’s why don’t misunderstand me, im not a bad person” mungkin kata-kata terakhirnya ini ditujukan kepada semua pembuli cyber?
Ads
This is what Sulli said in her last broadcast “I am not a bad person. I’m sorry. Why are you saying bad things about me? What did I do to deserve this?”
Her trying to still be nice and smile to you, cyberbullies. I am devastated.. God. RIP, angel. 💔😭 pic.twitter.com/jQrigG4V7R
Sebelum ini Sulli seringkali menjadi mangsa kecaman netizen kerana perkara-perkara kecil yang tak mendatangkan persetujuan daripada mereka, contohnya perbuatannya tidak memakai sarung dalam sehingga dengan kadang-kadang secara tak sengaja mendedahkan bahagian payu daranya, lihat lebih memedamkan perasaannya walaupun kadang-kadang beliau ada menyuarakan kejadian buli siber di laman sosialnya.
Ads
Menjelang hari-hari kematiannya, fizikal Sulli yang tampak semakin mengurusdaripada kebiasaan dan beliau juga pernah memuatnaik video di laman instagram sebelum dipadamkan kemudiannya, mengaku sedang menderitai sakit panik dan ketakutan sosial sejak kecil lagi.
Peminat turut berharap rakan-rakan rapat seperti Taeyeon, IU, Krystal, Heechul, Minho dan yang‘Closed’ dengan Sulli tabah menerima dugaan dan kehilangan Sulli.
Ads
drama lakonan Sulli termasuklah SBS To The Beautiful You yang merupakan adaptasi drama Jepun, Hana Kimi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali lagi, dunia hiburan negara terpalit dengan isu ‘lawak lucah’ yang difikirkan kelakar oleh segelintir pemain industri lelaki. Seakan tidak belajar daripada kes-kes lampau di mana perkara seperti rogol dan isu seksual dijadikan sebagai bahan kelakar.
Susulan video temubual membabitkan pelakon, Fauzi Nawawi yang sakan bercerita mengenai pengalaman melakonkan adegan aksi rogol bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal 14 tahun lalu, ramai yang mengecam tindakan Fauzi, pengacara program iaitu Shuk Sahar dan Khir Rahman serta beberapa lagi panel jemputan seperti dalam video tersebut.
Tertengok dekat tiktok like how doh diaorang open this topic dekat tv ? like how doh ? tak boleh brain wei pic.twitter.com/4RMGKZMUQf
Golongan selebriti yang boleh diibaratkan senior seperti mereka ini seharusnya boleh dijadikan contoh dan ikutan baik kepada masyarakat jika diukur daripada usia serta pengalaman yang mereka miliki. Tapi lain pula jadinya setelah mereka galak membuka cerita mengenai adegan filem yang tidak seharusnya kembali sakan diceritakan.
Bukan hanya masyarakat yang tampil mengecam perbuatan itu. Malah semakin ramai selebriti yang menolak ‘bahan lawak lucah’ atas dasar menghiburkan penonton di rumah. Sejak semalam, tinjauan REMAJA di media sosial mendapati solidariti dalam kalangan artis semakin meningkat.
Penyanyi rap popular, Joe Flizzow berpendapat artis dan pengacara TV yang merasakan isu rogol dan gangguan seksual itu adalah sesuatu yang kelakar harus ‘berhenti’ saja daripada terus berkarya dalam industri seni. Ini kerana isu ini tidak sepatutnya dijadikan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Joe berkata, “Pakai otak sikit korang ni, role model tidak sepatutnya promote isu bodoh macam ini. Ini bukan budaya yang sepatutnya ada di Malaysia. Jangan rosak pemikiran.”
Bagi penyanyi dan pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Daiyan Trisha pula, ini sudah menjadi satu isu sosial yang besar dan tidak boleh dianggap sebagai normal. Apatah lagi apabila ia diperbincangkan secara terbuka di kaca televisyen seperti ini dengan gaya tidak menghormati kaum wanita.
Kongsi Daiyan sekitar setahun yang lalu menerusi temubual bersama program Melodi, dia telahpun menggalakkan rakan-rakan selebriti lelakinya untuk menggunakan platform dan populariti mereka bagi mendidik pengikut lelaki mereka agar mencegah perbuatan rogol.
“Saya selalu nampak rakan perempuan saya seperti Sharifah Amani dan Yuna menggunakan platform mereka, tapi saya tak nampak lelaki berbuat sedemikian. Saya rasakan lebih penting untuk lelaki mengawal nafsu mereka berbanding wanita yang diminta untuk berjaga-jaga sentiasa. Ini adalah isu sosial, bermakna kita kena sama-sama mainkan peranan untuk mencegah.”
Catat Daiyan lagi, “Jika kamu benar-benar menghormati wanita, perbincangan seperti (dalam temubual tersebut) dengan cara itu tidak patut berlaku sama ada secara terbuka atau tertutup.
Pelakon berkaliber, Bront Palaraejuga tidak bersetuju apabila topik rogol kerapkali dijadikan bahan lawak.
“Tiada kata-kata yang mampu menutup rasa kesal. Kita perlu menjadi lebih baik daripada ini.”
Pelakon senior seperti Fatimah Abu Bakar dan Susan Lankester juga tidak teragak-agak untuk mengecam perbuatan ‘artis senior lelaki’ yang terbabit.
“Lawak lucah tak kelakar, tak macho! Memalukan diri sendiri adalah. Dah banyak kali cakap, buat lagi. Tak tahulah macam mana lagi nak kata,” catat ‘Ibu Fati’.
Seorang lagi selebriti terawal yang bertindak untuk menyuarakan kekesalan mereka apabila isu bahan lawak lucah ini kembali diperkatakan ialah Lisa Surihani.
“Kita perlu sedar betapa seriusnya isu ini. Kebenaran untuk memaparkan babak rogol telah keterlaluan dan ia ‘mengglamorkan atau menormalkan’ serangan seksual terhadap wanita.
“Apabila kita mula bercakap mengenai dengan cara sedemikian menunjukkan betapa kita tidak sedar kesalahan yang kita lakukan. Allahu, maafkan kami. Sebagaimana yang diberitahu oleh Ustazah semalam, salah satu perkara yang dikhuatiri oleh Nabi kita adalah keruntuhan moral dan keruntuhan akhlak.”
*
Kalau korang masih ingat pada pertengahan tahun ini, isu lawak rogol seperti ini pernah hangat diperbincangkan akibat kes seorang tenaga pengajar di sekolah menengah yang membincangkan secara terbuka dan tidak sensitif terhadap keberadaan pelajar perempuan di dalam bilik darjah tersebut.
Kumpulan K-Pop sensasi, BTS sekali lagi mencatat sejarah dalam dunia muzik Korea Selatan apabila mereka menjadi artis Korea pertama yang memberikan anugerah pada acara Grammys, hari ini.
Ketujuh-tujuh ahli BTS sebelum itu telah berjalan di karpet merah dan ramai peminat seluruh dunia menanti-nantikan stail yang akan mereka pilih. Iyalah, BTS kan ikon fesyen, mestilah mereka hendak lakukan sesuatu yang istimewa untuk kemunculan kali pertama di karpet merah Grammys.
Ramai yang meramalkan BTS untuk memakai jenama terkenal seperti Dior by Kim Jones, Gucci atau Saint Laurent – antara nama-nama pereka fesyen hebat yang pernah berkolaborasi bersama BTS.
BUT NO.
Bts hadir dalam persalinan tuksedo hitam klasik yang direka oleh 2 orang pereka fesyen Korea Selatan. JayBaek Couture menyiapkan tuksedo untuk V, Jungkook, Jin, Jimin, Suda dan RM, manakala J-Hope pula memilih pereka fesyen bernama Kim Seo Ryong yang popular di negaranya.
Ya, JayBaek Couture pernah bekerjasama dengan pelakon seperti Hyun Bin dan kumpulan GOT7. Namun, itu hanya untuk anugerah tempatan. Jarang sekali selebriti Korea memilih pereka fesyen tempatan untuk acara antarabangsa.
Pilihan pereka fesyen tempatan Korea Selatan itu membuatkan ramai peminat BTS meluahkan rasa bangga kerana membawa nama negara ke pentas berprestij seperti Grammys.
TAHNIAH BTS. Lihat klip slow motion mereka di bawah.
Khabar gembira buat semua peminat drama bersiri Melayu & Jepun di Malaysia!
Drama adaptasi yang walaupun belum lagi ditayangkan tetapi sudah menjadi bualan di media sosial iaitu drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi (KTCH) lakonan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar dan Dewi Remaja 2018/2019, Arena Wan.
Diadaptasi daripada drama popular Jepun ‘Mr. Hiiragi’s Homeroom’ karya Shogo Muto yang diterbitkan oleh Nippon TV itu telah menerima pelbagai reaksi menarik walaupun ia akan ditayangkan pada 25 September ini.
Membawa genre yang lebih berat dan sulit, drama ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ memaparkan sebuah insiden di dalam satu kelas di antara Cikgu Hiragi dan para pelajarnya demi membongkar misteri kematian salah seorang pelajarnya. Cikgu Hiragi ialah seorang guru seni dan merupakan guru kelas Tingkatan 5A yang baru sahaja mengajar di Sekolah Raja Ishak selama dua tahun.
Sepuluh hari sebelum mereka tamat persekolahan, pelajar-pelajar kelas 5A berkumpul di dalam kelas atas arahan Cikgu Hiragi. Tanpa disangka, pelajar-pelajar ini menjadi tahanannya untuk merungkai insiden hitam lama yang berlaku kepada salah seorang pelajar daripada kelas itu.
Kematian pelajar itu menjadi misteri apabila semua rakan-rakannya mendiamkan diri tentang apa yang berlaku. Tiada siapa yang akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada Cikgu Hiragi sehinggalah kebenaran mengenai insiden itu dibongkar.
Sebelum mula menonton! REMAJA senaraikan beberapa alasan mengapa kami rasakan drama bergenre misteri ini tidak kalah dengan versi original dari Jepun.
Antara salah satu tarikan utama Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi adalah bagaimana elemen budaya pengajaran dan pembelajaran (PNP) di Malaysia yang berbeza daripada naratif asalnya. Nadhir Nasar yang melakonkan watak Cikgu Hiiragi berkata, bahawa terdapat banyak perubahan dibuat untuk menyesuaikan dengan budaya tempatan.
“Untuk drama adaptasi versi Malaysia, kami ada 20 episod tetapi versi Jepun cuma ada 10 episod sahaja. Antara sebab kenapa drama ini 20 episod kerana kami memang nak tunjukkan budaya tempatan kita dan ada beberapa scene yang nampak lebih kemelayuan dan dekat dengan penonton,” ujar Nadhir.
WATAK YANG LEBIH BERANI DAN REALISTIK
Setiap watak dan karakter dalam drama ini mempunyai sifat dan latar belakang berbeza. Menurut Arena Wan yang melakonkan watak Sofia, penampilannya dalam Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi tampak lebih berani dan tegas berbanding dengan watak asal versi Jepun iaitu Sakura Kayano yang dilakonkan oleh Nagano Mei.
Jelasnya, “Kalau ikutkan drama original, karakter saya itu lebih blur, nampak lebih penat dan lebih penakut. Of course, sifat pemalu dan blurriness Sofia itu masih ada tapi tidak terlalu ketara.”
BARISAN PELAKON YANG LEBIH ‘FRESH’
Selain Nadhir Nasar dan Arena Wan, Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi turut membariskan ramai pelapis baru tanah air seperti Evertts Gomes, Arabella Ellen, Cahaya Nilam, Razin Qidran, Elyshia Abegail, Baihaqi Majid, Rasyidin Zainal, Aizat Saha dan ramai lagi!
Sewaktu ditemui REMAJA di set penggambaran KTCH, Nadhir berkata bahawa kesemua rakan-rakan pelakon teruja untuk belajar sesuatu yang baru, tidak kira sama ada daripada pelakon baru dan juga pelakon yang sudah berpengalaman.
Tambahnya, mereka semua hampir sebaya dan bagi membina hubungan baik antara satu sama lain tidak terlalu menjadi masalah.
‘EXPECTATION VS REALITY’ PENONTON
Menurut Evertts Gomes yang membawa watak Ashraf dalam KTCH, selain poster drama yang dikritik kerana menggunakan Artificial Intelligence (AI). Ada beberapa warga internet yang memandang rendah terhadap siri naskah KTCH dan mempersoalkan mengapa terlalu banyak drama adaptasi dari negara luar seperti Jepun atau Korea berbanding drama asli yang dihasilkan anak tempatan sendiri.
Nadhir menambah kenyataan Evertts, “Sebenarnya ada sebab kenapa kami buat begitu begini tapi ramai yang sudah judge awal. Tetapi kalau mereka dah tonton nanti, mungkin mereka akan faham dan okay sahaja”
Nampak menarik bukan drama adaptasi Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi ini!
Kalau nak tahu, Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi akan mula bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza, bermula 25 September 2024, jam 9 Malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...