Kalau sudah minat namanya, apa-apa pun kita sanggup lakukan.
Projek khas jenama fesyen terkenal Perancis, Louis Vuitton sempena ulang tahun kelahiran pengasasnya yang ke-200 pada bulan Ogos ini telah dinamakan sebagai Louis 200.
Menerusinya, 200 orang individu penting daripada pelbagai bidang dan yang datang seluruh pelusuk dunia dijemput untuk sama-sama memeriahkan ulang tahun ini dengan mencipta 200 rekaan ‘suitcase’ atau beg pakaian khas mengikut kreativiti masing-masing.
Kesemua rekaan tersebut kemudiannya dipamerkan di stor Louis Vuitton terpilih di seluruh dunia. Ada beg pakaian yang mendapat sentuhan pereka fesyen Marc Jabobs, arkitek Frank Gehry, astronaut Alyssa Carson, syarikat LEGO dan bermacam-macam individu lain.
Menariknya, salah seorang (or should we say,
salah sebuah) individu yang terlibat ialah kumpulan sensasi dari Korea Selatan, BTS. Sebagai duta antarabangsa Louis Vuitton, BTS diberikan penghormatan tersebut untuk mencipta sebuah suitcase yang menggabungkan idea serta kreativiti mereka bertujuh.Sejak berita ini diumumkan pada minggu lalu, peminat BTS seperti kebiasaan mempamerkan keterujaan mereka di atas penghormatan yang diberikan ini dan masing-masing cuba untuk menilai maksud sebenar rekaan suitcase BTS ini.
*
Pada bahagian atasnya tertera corak berjalur ungu, kuning, jingga, merah jambu dan putih dengan logo ‘LV’ di bahagian tengah berserta tanda tangan Jungkook di bawah.
Di keempat-empat bahagian sisinya dipenuhi lakaran ahli BTS lain. Untuk mengetahui milik siapakah setiap lakaran tersebut, mereka sanggup ‘zoom in’ ke bahagian tanda tangan masing-masing!
Bahagian ikan paus adalah milik V dan Jimin.
Jika korang perasan, ekor dan kepala ikan paus yang berada di atas permukaan air itu membentuk huruh L dan V.
Bentuk hati milik J-Hope manakala tote bag berwarna hijau dilukis oleh Jin.
Turut tertera pada sisi yang satu ini adalah lobak merah dengan corak monogram Louis Vuiton. Ia merupakan simbol kepada rekaan beg pouch yang diperagakan oleh Jin semasa acara pertunjukan fesyen Louis Vuitton Seoul 2021.
Fun Fact : Pouch sebenar itu telahpun mula dijual sejak hujung minggu lalu atas permintaan ramai.
Suitcase ini bertambah unik dengan penggunaan perkataan ‘Louis Vuitton’ dalam tulisan Hangul pada bahagian tengah. Ia kemudiannnya diulang banyak kali bagi mencipta rekaan baharu di salah satu sisi suitcase.
Ia adalah hasil ciptaan Suga.
RM pula menyiapkan logo LV berwarna coklat.
Jangan dilupa, ada satu lagi bahagian yang tidak kelihatan iaitu bahagian bawah suitcase ini. Mungkin ada lagi lakaran ‘tersembunyi’ pada bahagian tersebut.
Untuk pengetahuan, kesemua 200 rekaan beg pakaian ini telah dicetak dan dipamerkan di jendela stor Louis Vuitton di seluruh dunia termasuklah di Korea Selatan (dan mungkin sekali di stor Louis Vuitton Malaysia bertempat di Suria KLCC).
Setiap dua hari sekali, ia akan digantikan dengan rekaan berlainan. Bagi cetakan yang telah diturunkan dari jendela stor itu, ia akan digunakan semula sebagai kertas pembalut.
*Siapa yang dapat kertas pembalut BTS ini memang akan kaya! Just saying ~*
Menerusi pameran ulang tahun ini, Louis Vuitton mendermakan sejumlah 2 juta pound kepada 200 buah badan organisasi seluruh dunia. Wow, itu bermaksud 10,000 pound bagi setiap badan. Sumbangan ini adalah untuk membantu generasi muda dan golongan tidak berkemampuan untuk menceburi bidang seni artistik.