Peminat Terlalu Obses! Ini Senarai 5 Selebriti Terkenal Yang Pernah Diserang Ketika Membuat Persembahan Di Atas Pentas

Share

Walaupun menjadi bintang pop terkenal mungkin kelihatan seperti pekerjaan yang sangat menyeronokkan dan glamer di mata sesetengah orang, ia masih memerlukan anda untuk kekal yakin apabila membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Lebih-lebih lagi apabila ada peminat yang terlalu obses…..

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Cedera Diserang Dengan Cota, Terpaksa Ditidurkan

Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila penyanyi pop terkenal, Ava Max diserang oleh peminatnya ketika membuat persembahan di Los Angeles. Dikatakan penyanyi itu dilempang dengan kuat sehinggakan bahagian dalam matanya calar.

Namun ini bukanlah sesuatu yang pelik dalam industri hiburan Hollywood ini kerana sudah banyak insiden seakannya terjadi kepada selebriti terkenal lain. Jom ketahui lima selebriti terkenal yang pernah diserang ketika membuat persembahan di atas pentas!

  1. Harry Styles – Makanan Di Lempar Ke Arahnya

Penyanyi Watermelon Sugar ini suatu ketika dahulu pernah mengalami serangan malang semasa konsertnya berlangsung di mana dirinya dilempari Skittles oleh peminat semasa mempersembahkan lagunya Kiwi di Los Angeles.

Dilaporkan juga mata penyanyi tersebut cedera ringan dek kerana salah satu butir dari gula-gula tersebut bergeser dengan kornea matanya.

2. Taylor Swift – Kakinya Ditarik Ketika Konsert Berlangsung

Taylor Swift mungkin boleh dikatakan antara penyanyi terkenal zaman ini namun itu tidak bermakna dia terselamat dari serangan para peminat ketika berada di atas pentas.

Semasa konsertnya sempena album 1989, seorang peminat lelaki memegang kakinya dari tepi pentas ketika dia sedang membuat persembahan Bad Blood.

Penyanyi itu jelas terkejut namun menyambung semula nyanyiannya apabila lelaki tersebut dibawa keluar oleh pihak sekuriti.

3. Justin Bieber – Botol Air Dibaling Ke Arahnya 

Siapa sahaja tidak kenal dengan penyanyi sensasi dari Kanada ini?

Semasa konsertnya di Brazil, seorang penonton telah membaling botol air ke arahnya. Botol tersebut terkena tangannya dan hampir menjatuhkan mikrofonnya ke atas pentas.

Selepas kejadian tersebut, penyanyi Love Yourself tersebut meluru keluar dari pentas tanpa berkata apa-apa. Setelah hampir setengah jam peminat menunggunya, pihak produksi mengambil keputusan untuk menamatkan konsert tersebut.

4. Beyonce – Ditarik Keluar Dari Pentas Oleh Peminat

Satu lagi serangan liar telah berlaku di Brazil apabila penyanyi terkenal, Beyonce pula menjadi mangsa serangan peminat pada tahun 2013.

Penyanyi Crazy in Love itu secara mengejutkan telah ditarik keluar dari pentas oleh salah seorang penonton konsertnya. Tidak lama selepas itu, pihak sekuriti segera menyelamatkan penyanyi tersebut dengan menarik lelaki itu ke bahagian belakang pentas

5. Adam Levine – Peminat Cuba Memeluknya Ketika Dia Sedang Menyanyi

Adam Levine telah mengalami beberapa serangan hendap di atas pentas semasa beliau bersama bandnya, Maroon 5.

Pada tahun 2015, penyanyi utama itu dihampiri peminat yang melompat ke atas pentas untuk memeluknya. Akur bahawa peminat tersebut tidak akan mengalah, beliau terpaksa memanggil pihak sekuriti untuk membawanya turun kembali.

BACA LAGI: Hanya Berlabuh Di Singapura, Konsert Taylor Swift Buat Peminat Sekitar Asia Tenggara Tak Senang Duduk

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Getty Images, Daily Mail

 

Published by
Adriana Syaurah