(Dari kiri): Ammar Mohd Nazhan, 29 dan Muhammaf Hafizul Haiman, 23.

Dua pempengaruh dan pencipta kandungan digital popular serta empat rakannya didakwa hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan terlibat dalam pergaduhan selepas satu perlawanan tinju, 25 Februari lalu.

Tertuduh Ammar Mohd Nazhan, 29 dan Muhammaf Hafizul Haiman, 23 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Pempengaruh Digital, Ammar Nazhan dan Hafizul Haiman Mengaku Tak Bersalah Gaduh Di Restoran
Pempengaruh & pencipta kandungan; Ammar Mohd Nazhan, 29.
Pempengaruh Digital, Ammar Nazhan dan Hafizul Haiman Mengaku Tak Bersalah Gaduh Di Restoran
Pempengaruh & pencipta kandungan; Muhammaf Hafizul Haiman, 23.

Bagaimanapun, empat lagi orang tertuduh iaitu Abdul Rahim Abd Hakim, 23; Muhammad Ady Putra, 18; Muhammaf Ali Mubarak Baharuddin Selamet, 28 dan Jebat Zulfar Nurfakrullah Abd Ghapor, 24 mengaku bersalah.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan gaduh gempar di Lalaport Bukit Bintang pada 10.15 malam selepas perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial.

Pihak polis kemudian menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada 12.45 malam sebelum polis menahan 11 lelaki tempatan berusia 17 hingga 28 tahun.

Pempengaruh Digital, Ammar Nazhan dan Hafizul Haiman Mengaku Tak Bersalah Gaduh Di RestoranPempengaruh Digital, Ammar Nazhan dan Hafizul Haiman Mengaku Tak Bersalah Gaduh Di RestoranPempengaruh Digital, Ammar Nazhan dan Hafizul Haiman Mengaku Tak Bersalah Gaduh Di RestoranPempengaruh Digital, Ammar Nazhan dan Hafizul Haiman Mengaku Tak Bersalah Gaduh Di Restoran

Ads

“Kedua-Dua Anak Guam Saya Hanya Memperoleh Pendapatkan Sebanyak RM2,000 Sahaja Sebulan…”

Mereka didakwa di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh awalnya mencadangkan jaminan sebanyak RM3,000 ke atas Ammar Mohd Nazhan dan Muhammadd Hafizul Haiman serta hukuman yang setimpal kepada empat tertuduh lain.

Namun, peguambela K.Ramalingam yang mewakili dua pempengaruh itu memohon kepada mahkamah satu bon jaminan yang minimum bagi mereka.

Ads

Katanya, kedua-dua pempengaruh itu yang bekerja sebagai pencipta kandungan (content creator) hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM2,000 sahaja sebulan.

Sementara itu, empat tertuduh lain juga merayu agar mahkamah mengenakan denda minimum terhadap mereka atas alasan perlu menanggung ahli keluarga.

Justeru, Mahkamah membenarkan dua pempengaruh itu diikat jamin sebanyak RM3,000 bersama seorang penjamin manakala empat tertuduh lain didenda sebanyak RM500 atau satu bulan penjara jika gagal membayarnya.

Ads

Sebagai rekod, Ammar Nazhan bersama-sama rakannya, Aras pada awal Februari lalu terpalit dalam kontroversi memalsukan kehilangan seorang pempengaruh gadis Malaysia di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sebagai bahan kandungan media sosial berunsur aktiviti paranormal.

Mereka kemudian membuat permohonan maaf dengan menzahirkan rasa kesal kerana telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak termasuklah dalam kalangan warganegara Indonesia.

Pempengaruh Digital, Ammar Nazhan dan Hafizul Haiman Mengaku Tak Bersalah Gaduh Di Restoran

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI