Bila menyebut soal kematian, kehilangan orang tersayang akan membuatkan kita berasa amat sedih. Bayangkan jika yang meninggal itu, kedua ibu bapa, adik beradik, suami atau isteri dan juga anak-anak atau orang yang dekat dan kita sayang.
Namun di sebalik kematian yang akan dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa seperti mana janji Allah taala, mereka yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan selagi mana hayat tersisa.
Baru-baru ini, tular video seorang pemuda dilaman sosial dikenali Detective Wan dengan membacakan talkin buat arwah neneknya, Maimunah Abdul Hamid, mengundang sebak dan meruntun hati netizen yang menyaksikannya.
Menerusi video itu, pemuda yang memakai baju berwarna putih itu sedaya upaya menahan daripada menitiskan air mata dan terus membacakan talkin sambil disaksikan oleh ahli keluarga lain yang hadir.
Bacaan talkin yang dilakukan tanpa melihat sebarang teks dan secara terus itu juga secara tidak langsung menimbulkan keinsafan dikalangan warganet yang menontonnya.
Tuan-tuan yang dirahmati Allah, sesungguhnya talkin pada hari ini bukanlah talkin kepada si mati, jenazah, sedangkan talkin pada hari ini, talkin kepada kita semua.
“Mengingatkan kita kepada mati, mengingatkan kita kepada alam akhirat. Berapa ramai orang yang tak sangka dia akan mati esok.
Ads
“Anak-anak muda mahu pun orang tua yang sedang bersuka ria yang sedang gelak ketawa di kedai kopi, sedangkan mereka tidak tahu bahawasanya kain kapan mereka sudah pun dipotong,” katanya dalam talkin itu.
Video dengan jumlah tontonan seramai 4.2 juta netizen itu turut menerima maklum balas positif dan memuji tindakannya yang dianggap sebagai contoh terbaik anak muda.
Alfatihah dan syabas buat pemuda ini, semoga talkin yang dibaca ini sampai kepada semua umat manusia .
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syukur ke hadrat Ilahi selepas 86 tahun, hari ini buat pertama kalinya umat Islam di Turki bakal menunaikan solat Jumaat di Hagia Sophia.
Dalam sidang media yang dilakukan oleh Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya memaklumkan orang ramai sudah tidak sabar untuk menantikan detik bersejarah itu.
Walau bagaimanapun, susulan penularan wabak COVID-19, langkah-langkah pencegahan sudah dilakukan termasuklah menyediakan ruang solat berbeza bagi mengelakkan orang ramai berkumpul pada satu masa.
Mereka yang mahu melakukan solat berjemaah di masjid tersebut perlu membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka.
Kawalan ketat sudah dirancang termasuk penutupan beberapa stesen keretapi sebelum dan ketika solat Jumaat sedang berlangsung.
Bangunan Hagia Sophia atau Ayasofia dibina oleh empayar Rom Timur sebagai gereja besar pada abad keenam Masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453.
Status bangunan itu sekali lagi bertukar apabila kerajaan secular Turki menjadikannya muzium pada 1934. Lebih 50 tahun kemudian, Hagia Sophia telah diiktiraf UNESCO sebagai sebahagian daripada Kawasan Bersejarah Tapak Warisan Dunia Istanbul.
Baru-baru ini juga, selepas memaklumkan Hagia Sophia bakal dibuka kepada orang awam untuk solat berjemaah, berita ini turut mendapat respon negatif daripada beberapa pemimpin dunia yang lain.
Namun, Alhamdulillah kini Hagia Sophia secara rasminya bakal membuka ruang buat orang awam menunaikan solat Jumaat pada hari ini.
Siapa tak kenal dengan kelincahan pemain lagenda dan juga penyerang utama Barcelona dan Argentina ini. Dia lah playmaker dalam pasukan dan dia juga finisher untuk menjaringkan gol.
Peminat sukan bola sepak terutamanya pasukan bola sepak Argentina tentunya berdukacita pagi ini selepas mendengar perkhabaran mengenai Lionel Messi menyatakan bahawa Piala Dunia Qatar 2022 yang bakal berlangsung November depan adalah ‘Piala Dunia Terakhir’ disertainya sebelum menggantung but dari pentas antarabangsa.
Sebelum bermulanya bola sepak di Qatar iaitu acara yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak, Sebastián Vignolo memutuskan untuk menemu bual Lionel Messi dalam suatu temu bual ekslusif ” Orang Pertama” Star+.
Jangkaan warga Argentina yang ingin menjadikan Albiceleste sebagai salah seorang calon untuk memenangi kasut emas kembali ditenangkan oleh Leo dengan mengatakan bahawa “kami bukan calon yang terbaik” untuk memenangi kasut emas di Qatar.
Walau bagaimanapun, Flea kini menunggu detik-detik permulaan Piala Dunia dan akan menikmati lebih daripada sebelumnya atas sebab yang paling menyedihkan bagi semua peminat Pasukan Kebangsaan Argentina.
“Ini adalah Piala Dunia terakhir saya” bintang Paris Saint-German (PSG) itu mengaku kepada Pollo Vignolo yang mengumumkan keputusannya bersama pasukan kebangsaan mulai 2023.
Itu sebabnya, dari penyertaan pertamanya di Jerman, 2006 dan pelbagai cabaran yang dilaluinya bersama Albiceleste termasuklah ‘final’ piala dunia, Leo akan menamatkan khidmatnya dalam dunia bola sepak apabila dia ‘diletakkan’ dalam Copa Amerika.
Ia dilihat sama ada Argentina akan dapat menikmatinya lagi untuk beberapa tahun, baik untuk kelayakan ataupun untuk Copa Amerika
Untuk info, sebelum ini Messi dikatakan telah mencatat pendapatan sebanyak 98 juta pound (RM521 juta) daripada gajinya dan juga bayaran iklan atau penajaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara umum, ‘nasi bajet atau menu bajet’ merujuk kepada hidangan lengkap dan dijual dengan harga murah. Biasanya, ia selalu dikaitkan dengan para pelajar di kampus.
Keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini juga banyak mendorong orang ramai memilih nasi bajet kerana ia jauh lebih menjimatkan.
Tapi jangan tak percaya, ada berita baik buat peminat makanan kedai ‘Mamak’. Ada satu menu bajet akan diperkenalkan di lebih 10,000 restoran mamak di seluruh negara. Hal ini bagi meringankan beban rakyat terutamanya golongan B40 di kawasan bandar yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, inisiatif tersebut akan dibincangkan di antara pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam tempoh terdekat.
Setakat ini, harga menu berkenaan belum lagi dapat didedahkan, namun ianya dikatakan akan diselaraskan bersesuaian dengan jenis makanan dan tempoh waktu tertentu.
“Sajian pada harga mampu milik atau bajet itu akan selaras di semua restoran mamak sama ada pada waktu siang atau malam.
“Namun, ia mungkin bergantung kepada tempoh waktu tertentu dan harganya akan ditetapkan nanti selepas perbincangan dengan kementerian berkaitan,” katanya yang dipetik oleh wartawan Iskandar Shah Mohamed dari Utusan Malaysia.
Menurutnya lagi, inisiatif itu juga kelak akan dipantau sepenuhnya oleh kementerian bertanggungjawab bersama dengan pihaknya. Pihaknya menjangkakan menu bajet itu akan dilaksanakan pada awal tahun 2023.
Alhamdulillah, ada juga berita gembira di zaman semua barang mahal ini. Happy tak peminat ‘makanan mamak’?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu peminat fanatik yang tidak 'merestui' hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.Sejak era generasi...