Seorang lagi anak muda telah membanggakan nama Malaysia apabila ahli gusti, Ayez Shaukat Fonseka atau lebih dikenali sebagai Shaukat untuk meneruskan impian beliau menjadi ahli gusti profesional negara.
Malah, pernah tular Shaukat tampil segak bertanjak disertai dengan video beliau bersilat sebelum masuk ke gelanggang.
ARTIKEL BERKAITAN : Ahli Gusti Berhijab Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia
Lebih membanggakan, penggusti berusia 34 tahun ini turut dilamar menyertai Reality Of Wrestling yang dikendalikan oleh Booker T di mana beliau tampil dengan imej memakai tanjak.
Terbaharu, sebuah pencapaian besar buat dirinya dan industri gusti tanah air apabila Undertaker selaku legenda sukan gusti profesional dan juga merupakan individu yang menginspirasikan Shaukat untuk bergusti tampil dengan sebuah video ringkas menerusi TikTok @coachshaukat dalam mengucapkan tahniah serta memberi ‘amaran’ kepada beliau.
@coachshaukat Baik Undertaker, tolong jangan tombstone saya 🙏 #viral #malaysiaviral #fyp #indonesiaviral #prowrestler #prowrestling #wwe ♬ original sound – Shaukat
Dalam video pendek tersebut, Undertaker mengucapkan tahniah kepada Shaukat bukan sahaja atas kejayaan beliau untuk penggusti malah Shaukat turut dilabel sebagai penggusti terbaik Asia Tenggara dan lebih membanggakan, beliau tampil dengan inisiatif membuka syarikat gusti tersendiri yang bertempat di Kota Damansara.
Kejayaan yang diperoleh Shaukat jelas menunjukkan Malaysia turut mempunyai bakat tempatan dalam industri gusti tanah air. Semoga dengan pembukaan APAC Wrestling bakal membuka ruang kepada mereka yang mahu bergusti secara profesional menyertainya sekaligus menjadi batu loncatan untuk melebarkan sayap ke negara luar.
Cayalah Shaukat, siap bawa identiti Melayu bertanjak dan bersilat lagi di pentas antarabangsa lagi tu…
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.