Seorang lagi pemain muda negara, Aqil Arazi yang berusia 17 tahun dilaporkan menyertai kelab divisyen lima Perancis iaitu Cannes yang terkenal kerana berjaya melahirkan pemain bola sepak terkenal seperti Zinedine Zidane dan Patrick Vieira.
Selepas menjalani tempoh pemilihan selama dua bulan, Aqil akhirnya diterima masuk ke kelab tersebut dan berazam mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Ini langkah pertama selepas dua bulan menjalani latihan dan pemilihan, saya diterima dan didaftarkan untuk bermain di kelab AS Cannes di Perancis. Langkah seterusnya adalah untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama,” jelas Aqil dalam laman Instagramnya.
Aqil turut berkongsi perkembangan semasa dirinya dan menjelaskan bahawa kelab itu mempunyai sejarah dalam melahirkan pemain terbaik dan dia berasa bertuah kerana terpilih.
“Tak dapat nak bandingkan dengan pemain ini semua. Tak mengapa saya akan cuba lakukan yang terbaik.
Nampaknya Aqil bakal mengikut jejak langkah pemain negara Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid yang masing-masing telah berpangkalan di luar negara.
Syabas kami ucapkan diharap Aqil akan terus sukses dan dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Sumber: Instagram Aqil Arazi
MENGEJUTKAN! Polis Sahkan Premis 5 Remaja Rentung TIADA LESEN Simpan Bahan Letupan
Tragedi menimpa lima remaja yang mencari wang saku ketika musim cuti sekolah seharusnya menjadi iktibar buat para majikan.
Biarpun mereka hanyalah remaja yang mahu mencari duit tambahan tapi apabila dimaklumkan bahawa premis perniagaan di Taman Perindustrian Maju, Jelapang, Ipoh ini tiada lesen menyimpan bahan letupan, ia seharusnya menjadi iktibar bagi semua pihak.
Benar, ajal maut di tangan Allah taala tetapi apa yang terjadi juga harus diberi perhatian serius kerana keluarga yang kehilangan anak pastinya akan merasai trauma dan kesedihan berpanjangan.
Sesuatu yang mengejutkan, dalam satu sidang akhbar semalam, polis mengesahkan kebakaran sebuah premis di kawasan perindustrian Jelapang Maju adalah berpunca daripada bahan letupan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, ia berdasarkan serpihan bahan letupan iaitu mercun yang ditemui bertaburan di hadapan premis sebaik letupan berlaku.
Menurutnya, letupan berkenaan menyebabkan enam mangsa yang terperangkap itu ditemui dengan kesan terbakar dan lecur yang teruk.
“Ada enam lelaki ditemui meninggal dunia di tingkat satu bangunan ini, namun identiti masing-masing belum dapat dikenal pasti sama ada pemilik atau pekerja kerana semuanya rentung menunjukkan kesan letupan yang agak kuat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, siasatan polis kini menjurus kepada kaitan unsur jenayah iaitu bunuh tanpa niat.
“Berdasarkan semakan rekod, premis yang beroperasi lebih 10 tahun ini tidak mempunyai lesen untuk menyimpan bahan letupan.
“Yang dilesenkan hanyalah premis bersebelahan, namun kita tidak pasti sama ada kedua-dua premis ini ada kaitan atau dimiliki pemilik yang sama,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Saksi Lihat Letupan Umpama Pertunjukan Bunga Api & Kedengaran Sejauh 150 Meter
Yahya berkata, pihaknya akan mengambil keterangan seorang saksi dipercayai pekerja syarikat itu yang ketika kejadian berada di luar premis.
“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu cuai hingga menyebabkan kematian,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Sayani Saidon berkata, kesemua mangsa ditemui di tingkat satu bangunan itu dalam keadaan bergelimpangan di tiga lokasi berasingan.
“Dua ditemui berhampiran tangga dipercayai cuba menyelamatkan diri, dua di dalam bilik air dan dua lagi mangsa di ruang bilik kerja,” katanya.
Menurutnya, letupan-letupan kecil masih berlaku ketika operasi menyelamat dijalankan sebaik menerima panggilan pada jam 1.55 petang.
“Sebaik tiba, kebakaran telah merebak hingga 70 peratus, pemadaman mengambil masa apabila ada ‘fire load’ yang tinggi.
“Operasi dijalankan 20 pegawai bersama 18 anggota dari Balai Bomba Meru Raya dibantu Balai Ipoh dan Pasukan Bomba Sukarela Pekan Bharu berjaya mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya.
Sayani berkata, hasil pemeriksaan di bahagian atas bangunan itu mendapati, terdapat banyak sisa bahan letupan.
Sumber :- SINAR HARIAN
“For The First Time Ever,” Bakal Beraksi Di Liga Dunia PUBG Mobile. Menteri Belia dan Sukan Ucap Tahniah
Sukan elektronik atau e-sukan kian mendapat perkembangan positif bukan sahaja di luar negara bahkan di dalam negara!
Jikalau dulu, bermain permainan video di komputer atau konsol PlayStation dan Xbox dalam kalangan anak muda sering kali dikaitkan dengan aktiviti membuang masa, namun sekarang dunia sudah berubah.
Kemajuan industri yang lebih terarah kepada sukan elektronik membuka peluang kepada remaja mempertaruhkan bakat mereka dalam permainan video popular seperti Dota 2, Mobile Legends dan juga PUBG.
Baru-Baru ini, pasukan e-sukan PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank dinobatkan sebagai juara dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020.
Yoodo Gank yang terdiri daripada 4 orang pemuda iaitu Abdul Aziz Ikromi (Draxx), Aiman Mohamad (ManParang), Muhammad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) membawa pulang $30 ribu (~RM128 ribu) selaku juara.
Yoodo Gank atau sinonim dengan gelaran The One and Onleh dalam kalangan peminatnya dinobatkan sebagai terbaik dalam kalangan pasukan-pasukan Asia Tenggara selepas berjaya mengumpul 284 mata dalam 15 pusingan yang dipertandingkan.
Selain wang kemenangan di tempat pertama itu, Yoodo Gank turut mendapat hadiah wang tunai tambahan kira-kira RM44,000 menerusi kemenangan Anugerah Pasukan Paling Popular di Malaysia, kutipan Chicken Dinner (mata kemenangan) sebanyak lima kali dan Anugerah Pemain Terbaik.
Mereka turut menewaskan jaguh dunia, Bigetron Red Aliens (Indonesia) yang sekadar selesa di tempat kedua. Sementara itu dua lagi pasukan Malaysia, Team Secret MY dan Bigetron AROV masing-masing menduduki ke-lima dan ke-12 dalam kejohanan itu.
PMPL SEA berlangsung selama tiga hari, melibatkat 16 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM640,000 secara keseluruhan.
Difahamkan, Yoodo Gank sebelum ini dikenali sebagai pasukan Gank FTY, namun selepas kejayaan mengungguli PMNC di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall tahun 2018, pasukan terbabit mendapat langganan percuma plan Yoodo selama setahun.
Dengan kejuaraan ini Yoodo Gank bakal beraksi di Liga Dunia PUBG Mobile bersama dengan King of Gamers manakala Bigetron RA dan Team Secret sudah layak sebelum ini.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut merakamkan ucapan tahniah melalui laman Twitter rasminya. Reezal berkata, kejayaan Yoodo Gank itu dilihat sebagai satu langkah positif untuk meraih lebih banyak pencapaian pada masa akan datang.
Congratulations team Malaysia Yoodo GANK for officially claiming your spot as the SEA Champions for the PMPL SEA Finals 2020 Season 1.
For the first time ever a Malaysian team has won a PUBGM tournament on the SEA level.
Let this be a stepping stone for greater achievements! pic.twitter.com/rrLMYRjv78
— Reezal Merican (@reezal_merican) May 3, 2020
Tahniah kami ucapkan buat Yoodo Gank dan moga terus mengaharumkan nama Malaysia di mata dunia. Best-nya boleh jadikan video games sebagai kerjaya!
Isu Ayam Berulat! McDonald’s Nak Saman Pada Gadis & Netizen Beri Komen Buruk?
Haih, menjawablah nanti.
Seram jugak bhai.
Inilah orang kata, hati-hati menulis di media sosial. Tak kira apa saja niat korang tapi ia mungkin membawa padah.
Sebentar tadi, di bebenang twitter, McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan isu ayam goreng keluaran mereka yang berulat dan tular di media sosial hingga menjejaskan nama baik restoran makanan segera tersebut.
.
Dalam satu kenyataan, Mc Donald’s Malaysia berkata, kami telah merujuk kepada beberapa artikel media dan komen yang berlegar di media sosial mengenai seorang netizen yang membuat dakwaan palsu mengenai makanan kami.
Pada era hari ini di mana setiap individu mempunyai suara di platform media sosial, kami menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan kandungan yang dikongsi di media sosial agar tidak ada reputasi yang akan terjejas disebabkan dakwaan yang tidak berasas dan tidak sahih. Lebih penting lagi usahlah menyebarkan ketakutan dan kebimbangan yang tidak wajar di kalangan netizen.
Di Mc Donald’s Malaysia kami sangat mementingkan keselamatan dan menitikberatkan kawalan kualiti di mana kami mematuhi standard penyediaan makanan yang ketat.
Kami sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk pelanggan kami di seluruh negara dan kami menggesa pelanggan dan orang ramai amnya supaya merujuk kepada saluran rasmi syarikat kami bagi mendapatkan sebarang penjelasan di masa hadapan.
McDonand’s Malaysia kini mendapatkan nasihat perundangan untuk merujuk netizen terbabit serta mereka yang telah menyiarkan semula atau menerbitkan semula artikel itu ke muka pengadilan. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil Tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuba merosakkan reputasi kami.
Harap doalah bebanyak bagi yang komen keterlaluan itu ya. Itulah kata orang, fikir dulu sebelum bertindak.