Pemuda Genggam Skrol Walaupun Hidap Tiga Kanser, Belajar Sambil Kerja Cari Duit Rawatan

Share

He is definitely a fighter!

Penyakit yang dihadapi bukanlah penghalang bagi seseorang pemuda ini untuk menuntut ilmu kerana pepatah juga ada mengatakan ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negara China’, ia bermaksud carilah ilmu seberapa banyak yang boleh.

ARTIKEL BERKAITAN : Usia Bukan Penghalang, Vanidah Imran Kini Graduan Sarjana Seni Persembahan Di UM

Tempoh 8 tahun tentunya bukanlah satu tempoh yang singkat. Namun, itulah yang terpaksa dilalui oleh pemuda penghidap kanser,  bernama Imran yang terpaksa mengambil masa 8 tahun sebelum berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda dalam bagi kursus Sains Politik di Abdulhamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (AHAS KIRKHS) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Foto Via Twitter  Meran #UNDIKuantan
@merxnism
Ciapan tersebut turut diiringi dengan dua keping foto, simbolik kepada perjalanan hidupnya.

 

”Alhamdulillah, saya berjaya menggenggam skrol ijazah sarjana muda saya selepas lapan tahun. Terlalu banyak liku-liku yang perlu saya hadapi. Daripada masalah keluarga dan kewangan sehinggalah menghidapi kanser dari 2015-2020.’

Kata Imran, dia telah didiagnos dengan kanser limfoma Hodghkin Tahap 2, kanser hati Tahap 3 dan kanser kolon Tahap 3. Netizen bertambah tersentuh apabila dia mendedahkan semua kos rawatan, kemoterapi dan regim-regim yang lain ditanggung sendiri.

”Semua saya cari duit sendiri dengan buat kerja sambilan. Terpaksa tolak ketepi soal sakit, kena kerja kuat untuk hidup,” katanya.

Perjalanan kehidupan yang cukup berliku

Berkongsi lebih lanjut mengenai jadual hariannya yang ternyata padat, Imran mendedahkan dia hadir ke kelas seperti biasa setiap minggu dan pada waktu malamnya pula, dia keluar mencari rezeki bagi mencari dana rawatan yang diperlukan. Walaupun sibuk, dia memastikan dirinya tidak terlepas daripada mengikuti latihan PALAPES pada hujung minggu.

Dia turut berterima kasih kepada IIUM Endowment Fund (IEF) kerana pernah membantunya dari segi kewangan dan juga kepada warga Twitter yang pernah membuat crowdfunding untuk dirinya.

Untuk makluman, Imran terpaksa menangguhkan pengajiannya sebanyak dua kali disebabkan dirinya perlu menghadapi rawatan kemoterapi serta tidak berdaya untuk menjalani kehidupan seperti pelajar biasa sekitar 2019-2020.

Pada awalnya, Imran tidak memberitahu sesiapa mengenai masalah yang dihadapinya dan sering tidak hadir ke kelas. Namun, dia mula untuk membuka kisahnya kepada beberapa orang terdekat pada 2020.

Imran memaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar (STADD), UIAM dan IEF banyak membantu dirinya sewaktu menghadapi detik-detik sukar di universiti.

Foto pertama menunjukkan diri yang berkepala botak sambil ditemani dengan salah seorang staf di UIAM, Encik Ahmad ‘Izzuddin Bin Yunus (.Foto Via Twitter Meran #UNDIKuantan
@merxnism)

Kesan sampingan daripada kemoterapi menjejaskan pengajiannya

Disebabkan kekerapan sesi kemoterapinya, Imran menghadapi kesan sampingan daripada rawatan tersebut seperti tidak dapat mengingati banyak perkara.

Bagaimanapun, dia merasakan dirinya bertuah ketika itu apabila memiliki rakan-rakan yang sangat prihatin dan menyayangi dirinya. Dia dijaga seperti ahli keluarga mereka sendiri dan mereka juga berusaha untuk menceriakan dirinya setiap hari sehingga lupa segala kesakitan.

Walau bagaimanapun, kesan sampingan daripada sesi rawatan tersebut semakin teruk dan Imran membuat keputusan untuk menangguhkan pengajiannya buat seketika.

Pada ketika itu, dirinya terpaksa menelan hakikat yang begitu pahit bahawa dirinya tidak akan daat bergraduasi seperti rakan-rakannya yang lain dan sedikit sebanyak melemahkan motivasinya untuk meneruskan pengajian.

Walaupun menerima kata-kata tajam daripada beberapa individu yang berpendapat dirinya tidak akan berjaya menamatkan pengajian kerana kerap ponteng, namun Imran mengambilnya sebagai satu cabaran.

Pembakar semangat untuk hidup lebih lama

Menurut Imran, mungkin apa yang dilalui oleh dirinya tidak sama dengan orang lain dan mereka mungkin menghadapi situasi lebih perit berbanding dirinya.

Walau apa pun dugaan yang hadir, jadilah kuat demi diri sendiri dan berazam agar dapat hidup lebih lama dan dapat berbakti terhadap orang sekeliling.

Selain itu, Imran juga mengatakan bahawa kekuatan yang dimiliki oleh seseorang individu perlu dilatih dan ia tidak datang dengan sendirinya.

Setiap orang memiliki cara sendiri untuk menjadi kuat dan cekal, namun tidak bermakna anda perlu menafikan perasaan sedih anda. Letakkan had masa seminggu untuk merasa sedih dan bangkit semula dengan nafas baharu.

Sebelum ini, doktor yang merawat Imran pernah berkata bahawa dirinya hanya ada enam bulan lagi untuk hidup semasa menghidapi kenser keduanya.

Berkat semangatnya untuk hidup lebih lama, dia nekad untuk melawan penyakitnya. Dia sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar dapat terus membantu orang ramai, jika dikurniakan usia yang panjang.

Pada akhir ciapannya, Imran menyeru kepada penghidap penyakit-penyakit kronik mahupun penyakit mental agar terus berjuang untuk mendapatkan kesembuhan. Baginya, sentiasalah berdoa agar dipanjangkan usia agar dapat memberikan sumbangan yang besar terhadap komuniti.

Tahniah kami ucapkan buat Imran atas kejayaan mengenggam Ijazah. Panjang perjalanan dia namun sangat berbaloi. Semoga terus berjaya di masa depan.

BACA : Cantik & Bijak, Miliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Jane Teoh Kini Melebarkan Sayap Ke Milan

Sumber: @merxnism via Twitter


Published by
Nana