Ramai berusaha berniaga untuk sara hidup dan menambah pendapatan. Bukan saja mudah dapat aliran duit secara tunai khususnya bagi peniaga kecil-kecilan tapi ia juga menjadi besar jika perniagaan mencatat untung yang banyak.
Tapi awas, bukan semua peniaga mampu jujur kerana ada segelintir mengambil kesempatan atas kepercayaan dan kesusahan orang lain.
Perkongsian dari seorang pengguna twitter Aidil Hakimi @Aidil Hakimi94 mengenai “penipuan” isi guni bundle perlu menjadikan kita lebih berhati-hati kalau mahu memulakan perniagaan pakaian bundle ini.
Seperti katanya, ini kali pertama dia kena scam dengan seller guni bundle. Masa pecah guni ingatkan dapat jackpot (baju-baju ada nilai tinggi) tapi malangnya yang dapat adalah spender soadah. Ada juga baju-baju mengerlip seperti milik penari tiang.
Baca tweet dikongsinya.
FIRST TIME KENE SCAM DENGAN SELLER GUNI BUNDLE. PECAH GUNI KELUAR SEMUA SPENDER SAODAH ! ] HARAM JADAH ! Korang tengok sendiri la video ni. Benda bukan murah RM580 dah labur untuk nak beli guni 'puaka'.
INI ADALAH THREADS!
Ni aku nak share pengalaman dekat korang yang baru berjinak dalam scene bundle. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi untuk pengajaran kita sama sama. Aku percaya dengan seller ni sebab tengok kat IG marketing bukan gempak lagi. Siap masuk TV kateko.
Dah sampai kedai mmg excited gila tengok pekerja2 dok menjerit "JACKPOT GENG !" masa buka guni 'puaka' tu. Buka tu pulak dpn kedai. Korang jangan salah faham ya, dlm bundle mmg pakai istilah Jackpot kalu dpt brg branded mcm NIKE, STUSSY, PANCOAT, BAPE dan lain lain.
Long story short, kitorang decide ambil 3 guni terus termasuk la guni "puaka" tu. So total yg dibayar sebenarnya RM1800 gak. Fuhh !
Dah sampai rumah. Aku pecah guni. Sangat menghampakan. First guni dah failed. Video korang tengok la kat atas sekali. Kitorang pun try la nak settle elok2 kalau boleh tukar guni lain ke memang tak dapat la cerita dia. Sedih ! Kecewa !
Jadi aku sarankan kepada seller seller bundle yang baru, beberapa tips yang boleh pakai untuk ceburi dalam business bundle ni :
- Belajar kenal jenis dan brand guni bundle yg ada Kita ada mcm2 jenis guni dari bnyk negara contohnya from Korea, Usa, Japan. Label pun korang kena tau contoh mcm AddGood,Yuchang,Supremo,Ichiban,Monkey dan lain2. So dgn knowledge yg cukup korang boleh beli guni yang betul.
- Jangan expect yang dalam sebuah guni boleh keluar semua Nike, semua dickies, Stussy , Bape. Percaya lah mana2 seller yang dah berjaya tu diorang pun dah pecah guni lebih dari 50 kali untuk dapat barang yang power2 and padu.
- Kalau untuk korang yang baru nak start and modal masih kecik, korang boleh try beli dulu mini tokol yang dijual oleh seller2 bundle
- Selalunya mini tokol ni barang dah mmg sorting, so takdalah lah dapat yang mengarut macam dalam video tu,brand pun korang boleh nampak and pilih. Yang paling penting harga dia pun lebih saving compare dgn harga guni besar. Dalam Rm120 ke Rm 150 macam tu je modal korang.
Kita masing2 ada struggle tersendiri dalam hidup ni. Ada yang buat dua tiga kerja, buat grab, berniaga makanan minuman, sambil kerja dekat office atau site. So kita permudahkan urusan dan tolong sesama kita.
[ FIRST TIME KENE SCAM DENGAN SELLER GUNI BUNDLE. PECAH GUNI KELUAR SEMUA SPENDER SAODAH ! ]
HARAM JADAH !
Korang tengok sendiri la video ni. Benda bukan murah RM580 dah labur untuk nak beli guni 'puaka'.
INI ADALAH THREADS! pic.twitter.com/RbgrI0xGu2
— Aidil Hakimi (@AidilHakimi94) November 2, 2020